Seperti apa yang kita tahu keakraban dua nama Datuk Ahmad Nawab dan Ramlah Ram yang cukup sinonim dalam lapangan muzik Pop Melayu 80-an sudah menzahirkan barisan hits malar segar yang masih dirayakan sehingga hari ini. Chemistry kedua-dua bakat bermuzik ini terus diraikan dalam sebuah album rakaman semula karya Datuk Ahmad Nawab.
Diedarkan pada tahun 1991, album yang diberi nama “Lagu-Lagu Hits Ahmad Nawab Nyanyian Ramlah Ram” ini terbahagi 3 medley panjang yang disusun semula Datuk Ahmad Nawab sebagai menjadi sebuah naskhah panjang yang membuat kita larut dalam persembahan Ramlah Ram.
Bahagian pertama album ini menyenaraikan lagu-lagu seperti “Namamu Terukir di Hati”, “Semakin Hari Semakin Sayang”, “Pengorbanan” dan Hatiku Dicuri Lagi” dalam durasi selama 10 minit 17 saat. Lenggok merdu Ramlah Ram di medley ini begitu menawan sekali terutama sekali saat dia melantunkan irama “Semakin Hari Semakin Sayang” dan “Hatiku Dicuri Lagi”.
Kolaborasi dua nama besar berpengaruh pasaran muzik 80-an ini diteruskan dengan medley di bahagian kedua menerusi rangkaian hits Sharifah Aini seperti “Tiada Maaf Bagimu” dan Kau Tinggi di Awan Biru”.
Masterpiece karya agung Ahmad Nawab di kedua-dua lagu ini diberi kemasan muzik yang lebih simple berbanding versi asal namun masih melekakan dengan tiupan saxophone yang sensual sekali. Dua buah lagi lagu yang terhasil di medley kedua ini adalah “Hapuslah Air Matamu” dan “Setulus Cinta”.
Saya mungkin ada sedikit masalah dengan persembahan suara Ramlah Ram di medley kedua ini yang agak bingit dan terusik sedikit kelembutan melodi asal yang pernah dibawa Sharifah Aini. Namun mungkin intepretasi berbeza ini membuatkan versi Ramlah Ram disukai oleh sesetengah orang.
Album rakaman semula ini ditutup dengan sebuah lagi medley di bahagian ketiganya yang menampilkan rangkaian moderate Pop seperti “Yang Ditunggu Tak Tiba”, “Kasih”, “Ku Gembira Disampingmu” dan “Setulus Cinta”. Mungkin bahagian yang paling bore me a bit. Ramlah Ram to be honest tiada that groove yang boleh bagi warna baru yang menarik untuk mencantikkan versi baru ini menjadi luar biasa.
Ramuan muziknya juga tidaklah begitu memberi impak yang lebih, semuanya terhasil dengan agak mediocre tanpa infusi muzik yang current memandangkan album ini disiapkan di era 90-an yang saya pasti ketika itu sudah sedikit ke depan dengan pengaruh muzik luar yang boleh diintepretasi baik dalam rakaman semula.
Namun apa yang tetap menarik tentang album ini adalah hubungan dua legenda dalam bermuzik yang disatukan dalam album yang sehingga hari ini masih saya mahu dengar dan kupaskan isinya. Biar pun ia tidaklah terhasil dengan satu skop muzik yang cemerlang serba-serbi tetapi masih acceptable untuk turus didengar dan dinikmati.
Medley di bahagian pertama album ini still the best menurut saya. Dan jika album ini dicetak semula saya pasti juga akan membelinya melengkapkan koleksi peribadi. Kesemua medley rakaman lagu-lagu Ahmad Nawab persembahan Ramlah Ram ini boleh didengar secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia.
ARTIKEL BERKAITAN
Ceritera Susah Senang Ramlah Ram Sebagai Biduanita Pop Tempatan