
Lagu: Duhai Sayang
Artis: Yura Yunita
Komposer / Lirik: Muhammad Tulus / Yura Yunita
Produser: Ari Renaldi
Nama Yura Yunita semakin utuh dalam pasaran muzik Indonesia dengan barisan hits yang berawal “Cinta & Rahasia” sehingga “Buka Hati” yang sudah pasti menjadi lagu-lagu cari makannya yang akan kekal lama jangka hayat popularitinya.
Dan kelibat Yura dalam industri muzik Indonesia akan pasti dinanti dengan pelbagai lagi kejutan manis yang mampu dia berikan. Terkini bersama Tulus, Yura menghasilkan “Duhai Sayang” sebagai pertaruhan terbarunya.
Terhasil dengan cukup indah dalam penyatuan melodi dan lirik yang cukup lembut membuai sebagai sebuah persembahan yang cukup puitis.
Kali kedua berkolaborasi bersama Tulus dalam penciptaan lagu, kali pertama buat lagu “Buka Hati” – Yura tampil mempesona dalam kesederhanaan miliknya.
“Duhai Sayang” saya kira sudah memikat biar di kali pertama mendengar lagu ini. Kemasn muzik Ari Renaldi meninggikan standard teks melodi lagu ini dalan persembahan Jazz Pop yang menyanangkan.
Bait liriknya jarang sekali tidak menyentuh dalam pemilihan kata-kata yang begitu menangkap pendengaran. “Duhai Sayang” saya kira menjadi sebuah lagi naskhah dalam katalog Pop Yura yang boleh dia banggakan.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Paradoks Pop Isyana Sarasvati Dalam Radikal Klasikal “Unlock The Key”