Lagu: Tunggu
Artis: V.E
Komposer / Lirik: Zaf / Mulah / DJ Uno / AJ Pop Shuvit / Cham
Produser: V.E
Voice of Euphonious atau V.E saya kira sudah menjadi sejarah menarik muzik tempatan dalam memberi revolusi muzik yang memercikkan satu warna menarik untuk kita ingati kraf muzik mereka.
Berawal dengan single “Ayu” evolusi muzik mereka cukup besar dalam memanipulasi Pop Yeh Yeh menerusi single “Pop Ye Ye” dan “Tak Mengapa” bersama Datuk A.Rahman Hassan. Selain harmoni mereka cukup dirasi menerusi Balada seperti “Kerna Sayang” dan “Saat Bahagia”.
Biar hanya sempat menzahirkan sebuah album penuh “For You” dan sebuah kompilasi kolaborasi mereka bersama rakan artis lain menerusi album “V.E & Friends” grup vokal ini saya pasti akan terus diingati berganti generasi.
Setelah beberapa kali percubaan untuk membuat comeback seperti jadi dan tidak itu, V.E akhirnya merilis sebuah lagu baru berjudul “Tunggu” yang datang dengan sebuah komposisi OldSkool R&B yang cukup matang penghasilannya.
Feel lagu ini berat terarah pengaruh Motown dan Soul dengan sedikit rasa Indo Pop yang diadun baik perasaan, penyampaian vokal dan produksi muzik yang cukup kemas.
Komposisi lagu ini saya kira cukup rasanya untuk kita sebagai pendengar muzik old skol R&B begini untuk mudah menikmatinya. Cuma saya tidak pasti jika pasaran muzik generasi muda hari ini mampu melayani ritma muzik begini.
Tapi saya kira untuk pemuzik senior seperti V.E itu bukanlah hal yang harus menreka terlalu ambil kira. Apa yang penting adalah konsistensi mereka dalam terus menghasilkan lagu begini kerana bagi saya ia penting untuk perkembangan muzik agar tidak stagnant dengan arah serupa sahaja.
Saya berharap VE dapat lakukan projek kolaborasi seperti apa yang mereka lakukan menerusi V.E & Friends dulu untuk cater pasaran lebih luas. Maybe EP 5 lagu kolaborasi bersama Shila Amzah, Alif Satar, YonnyBoii dan Dina mungkin.
6.3/10
ARTIKEL BERKAITAN
Firdaus Rahmat Kembali Menawan Rasa di Single Terbarunya “Sentiasa”