
TOMOK – FARHANA (70%)
Clarity vokal Tomok sangat membantu untuk nyanyiannya menyerlah minggu ini. Bahagian tengah ke hujung lagu dipersembahkan dengan caranya yang tersendiri dan menarik. Mungkin persembahan vokal terbaik Tomok sepanjang di pentas All Stars GV.
NIKKI PALIKAT – SELAGI ADA CINTA (67%)
Berbeza dengan pandangan Syafinaz, saya kira suntikan baru yang diberikan pada lagu ini di bahagian hujung memberi kelebihan untuk Nikki berikan pengalaman berbeza menikmati lagu ini. Kerana saya faham jika Nikki bergantung pada kemasan muzik asal ia akan menjadi sangat predictable.
ALIFF AZIZ (40%)
Sebetulnya sudah tiada apa hal yang menarik untuk ditonton persembahan Aliff. Saban minggu begitu jugalah. Hal-hal kreatif dalam nyanyiannya semakin tiada. Aliff bagai membuktikan itu sahaja limit yang dia mampu lakukan.
NAQIU – IDOLA (52%)
Slur Naqiu agak janggal untuk lagu begini namun korusnya baik. Cuma saya kira jeritan di bahagian hujung itu tak perlu sangat sebab it sounded soulless.
LIZA HANIM – GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU (68%)
Agak predictable sebenarnya. Saya mengharapkan Liza memilih lagu yang lebih bersifat R&B / Soulful Ballad berbanding Balada Melayu begini yang seperti dijangka begitulah persembahan vokalnya. Tiada yang lebih tiada yang kurang. Menyenangkan.
EZAD – SEKSA (21%)
Ezad sangat-sangat sumbang malam ini. Entah mengapa banyak nota all over the place. Suaranya semacam penat dan tidak menarik didengar.
JACLYN VICTOR – MENGHITUNG HARI (70%)
Jac in control dalam nyanyiannya malam ini. Tidak terlalu lepas dan semuanya berjalan mengikut kehendak teks lagu yang ditulis untuk kita sebagai pendengar larut dan merasai nyanyiannya.
NORYN AZIZ – GELOMBANG (61%)
Paten lagu begini bukanlah makanan Noryn namun dia mencuba untuk tidak mengubah lagu ini mengikut acuannya. Noryn steady malam ini biarpun agak janggal mendengarkan dia menyanyikan lagu begini.
AZHARINA – SEJATI (59%)
Azharina agak ekspresif malam ini. Tenaganya baik cuma agak terlebih daripada tuntutan lagu. Nina perlu berbalik pada kehendak teks lirik dan fahamkan penceritaan agar penyampaiannya tepat dan tidak tersasar.
SITI NORDIANA – TIADA KEPASTIAN (71%)
Nana kedengaran begitu selesa dengan lagu malam ini. Ada bahagian dia agak struggle to catch her breath tapi dikawal semula dengan baik. Dia memberikan warna yang lebih lembut secara keseluruhan berbanding versi asal.
HADY MIRZA – ROMAN CINTA (90%)
Hady paling cemerlang malam ini. Flawless. Lagu begini memberi kelebihan buat clarity yang Hady miliki untuk kita nikmati nyanyiannya malam ini. Persembahan terbaik Hady sepanjang di GV All Stars.
*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita
ARTIKEL BERKAITAN