
AZHARINA – PUPUS (57%)
Persembahan vokal kemas dan kelihatan terancang baik. Cuma susunan muziknya kurang memberi impak berbeza jadi magisnya hampir tiada. Sekadar persembahan vokal yang baik sahaja.
NIKKI – TAK TERCAPAI AKALMU (86%)
Ini yang saya maksudkan dengan memberi magis dalam persembahan. Lagu ini diberi nafas baru dengan sangat baik. Momentum muziknya membantu Nikki dan Wani bermain dengan styling dan warna vokal mereka yang memberi pengalaman baru menikmati lagu ini. Dan ini hal yang penting dalam persembahan untuk memberi infusi berbeza berbanding versi asal.
HADY MIRZA (50%)
Hady sebetulnya hanya menyanyi mengikut kehendak melodi lagu sahaja. Tiada apa yang terlalu tersendiri dan mewah dalam persembahan vokalnya. Dari awal ke hujung hanyalah sekadar persembahan yang selamat sahaja. Tiada hal baru yang boleh diperkatakan.
ALIFF AZIZ – IF I AINT GOT YOU (66%)
Aisyah Aziz memberi flavour lebih sensual di lagu ini. Dia yang sebenarnya menghidupkan persembahan ini. Chemistry Aliff bersama Aisyah ada cuma Aliff kedengaran begitu kebelakang berbanding Aisyah yang sangat menyerlah.
AISHAH – TERLANJUR CINTA (21%)
Duet gone wrong. Saya semakin tidak faham dengan karakter vokal Aishah dan penyampaiannya yang semakin tidak stabil saban minggu. Aishah semakin hilang sakti dalam kemerduan yang dia pernah ada sebelum ini. Sejujurnya jika berterusan begini persembahan suaranya, peluang ke final sangat sukar.

NORYN AZIZ – I’M EVERY WOMAN (71%)
Pembukaan kedua-dua mereka sangat cemerlang tapi di bahagian tengah lagu ini agak biasa sebetulnya. Chemistry vokal sangat baik keduanya cuma saya mengharapkan impak yang lebih daripada apa yang dipersembahkan. But Liza Aziz? AMAZING!
JACLYN VICTOR – DIALAH DI HATI (87%)
The best vocal showcase malam ini. Semuanya sempurna dan begitu kemas, cukup menarik ditonton dihayati terutama sekali di bahagian korusnya. Kedua-dua mereka saling memberi dan melengkapi sebaiknya.
TOMOK – MENGEGAR DUNIA (60%)
Energy Stacy menyelamatkan persembahan Tomok yang saban minggu semakin biasa dan predictable. Pertengahan ke hujung lagu ini menjadi lebih menarik berbanding awal dibuka. Namun ya, Stacy lebih menyerlah.
NAQIU – AKU & DIRIMU (54%)
Sejujurnya lagu ini tidak memberi justice buat kedua-dua vokalis hebat ini. Saya menantikan momen yang datang dengan punch di tengah lagu tapi saya gagal larut dalam persembahan mereka. Average.
SITI NORDIANA- ADA APA DENGAN CINTA (45%)
Arrangement muzik malam ini baik cuma ia agak berat buat Nana. Susunan lagu ini sepatutnya dilembutkan mengikut karakter vokal Nana. Ada bahagian di tengah yang diwarnakan vokalnya dengan styling berbeza tapi ia tidak terlalu membantu mencipta momen besar dalam persembahan ini. Nana dalam kedudukan bahaya malam ini.
EZAD – IBU (68%)
Saya sukakan kesederhanaan dalam persembahan mereka berdua. Lembut dan tidak terlalu merintih seperti di versi asal.namun masih dapat perasaannya, emosinya. Sebuah persembahan yang sangat matang
ZAMANI – AKU PENGHIBURMU (30%)
GV should bring back memori Isabella’98 pabila menemukan Zamani & Jamal. Lagu ini tidak memberi kelebihan langsung untuk buat Zamani menyerlah.
AYAI – RAIKAN CINTA (97%)
Pabila mendapatkan lagu yang betul Ayai akan benar-benar menyerlah di pentas. Hal ini sangat jelas malam ini. Chemistry dengan M. Nasir sangat baik dan menjadikan persembahan malam ini begitu menghiburkan dan yang terbaik daripada Ayai sepanjang di GV musim ini.
LIZA HANIM – MADAH BERHELAH (60%)
Susunan muzik lagu ini begitu memaksa kedua-duanya kedengaran agak memekik dalam nyanyian. Tetapi begitulah yang penonton kita sukakan. Emosi dalam nyanyian kurang dirasa kerana fokusnya mendadak pada lantunan nota tinggi semata-mata jadi merdunya kurang dapat dirasakan.
*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita
ARTIKEL BERKAITAN