#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

10 Album / EP Terbaik Malaysia 2023

Pasaran muzik tahun ini diraikan sebaiknya dengan penghasilan album yang menyaksikan nama-nama besar pasaran Pop seperti Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Dolla, Yonnyboii, Aina Abdul dan beberapa lagi yang melahirkan album penuh sebagai salah satu demand besar peminat mereka dan yang pastinya juga meluaskan lagi landskap muzik tempatan dengan lebih besar.

Bernafas dengan kelangsungan single demi single yang dizahirkan membuktikan pemasaran album masih ada rasionalnya. Bakat-bakat muda dalam label independen seperti Breaking Music, YRR dan TONGTONG Asia menjadi rumah muzik bakat urban Pop tempatan seperti TY:DEL, Talitha., Lunadira dan beberapa lagi yang menyerlah tahun ini bagi penghasilan album penuh dalam format digital.

Muzik Kita mahu turut sama mahu meraikan pasaran album yang semakin rancak dengan menyenaraikan lengkap 10 Album / EP Terbaik sepanjang tahun. Kesemuanya sudah dihasilkan dalam sebuah produksi muzik yang pastinya mampu meninggikan terus standard muzik tempatan ke tahap yang lebih baik tanpa terikat idea lama. Berpaksi kreativiti, evolusi dan kualiti yang seiring standard muzik global.

BELAGU II
Dayang Nurfaizah / DN & AD Entertainment Sdn Bhd

“Belagu II” mendahului senarai album terbaik tahun ini dengan sebagai sebuah produksi muzik yang telah memberi satu pengalaman baru menikmati lagu-lagu klasik tempatan dengan cukup membanggakan. Dayang Nurfaizah di bawah kendalian produser muzik Aubrey Suwito telah memberikan revival kepada lagu-lagu Melayu klasik seperti “Nak Dara Rindu”, “Ketipang Payung” dan “Umpan Jinak Di Air Tenang” untuk kembali relevan dan diraikan dengan sebaik-baiknya sepanjang tahun ini. Produksi album dengan kualiti bunyi yang sebegini baik akan pasti terus didendang biar berganti generasi.

NEW CLASSIC
DOLLA / Universal Music Sdn Bhd

Dolla bergerak cukup cemerlang dan meyakinkan menerusi album perdana mereka “New Classic”. Standard persembahan muzik yang mereka berikan setanding dengan apa yang ada di pasaran global. Kolaborasi bersama produser luar dan tempatan dalam penghasilan album ini menghasilkan lagu-lagu yang bersifat cukup current dan mudah didekati. “New Classic” solid sebagai sebuah pentafsiran Pop terbaik tahun ini. Pengalaman mendengarkan keseluruhan album ini nyata membuah bangga untuk melihat bakat tempatan juga mampu menghasilkan sesuatu yang bersifat global.

UNTUK KAU
FLQ / YRR / TONGTONG Asia

This is probably the most fun album to play on repeat mode. FLQ menelusuri ilham Synth Pop dan Disko dalam persembahan Indie dengan cukup baik sekali. Setiap lagu datang dengan groove yang membentuk attitude bermuzik FLQ yang tersendiri tanpa perlu bergantung terus pada apa yang ada di pasaran muzik semasa. Album ini dibentuk dengan kesinambungan muzik yang cukup kemas daripada satu lagu ke satu lagu yang berhujung satu kepuasan menikmatinya berulang kali.

PERSONA
Yonnyboii / Def Jam Recordings Malaysia / Universal Music

Yonnyboii dewasa dengan penghasilan “Persona” yang nyata berbeza dengan apa yang ditawarkan di album perdananya. Album ini datang dengan sound yang lebih solid dalam penulisan lirik yang lebih matang, kurang depresi berbanding album perdananya. Transisi kedewasaan Yonnyboii sebagai pemuzik yang jelas di setiap lagu yang diisi.

MASIH
Yuna / YRR

Yuna kembali menawan dengan pesona sebuah EP berbahasa Malaysia keseluruhannya dengan menyentuh. Pengisiannya kali ini kembali dekat dengan jiwa-jiwa galau yang mahu diraikan dengan lagu-lagu patah hati cara tersendiri Yuna. Biar hanya terisi empat lagu, ia dihasilkan dengan cukup sempurna pada setiap satu traknya. Ceritanya dekat dengan pendengar muda, emosinya dirasai betul dengan penghasilan melodi yang mellow, lirik yang relatable. “Hiasi pagiku dengan senyumanmu” , “Tiada salah jika kau rasa sedih” dan “Kau buat ku percaya dalam sebuah camaraderie.”

AURA
Ernie Zakri / Universal Music Malaysia

Ernie melewati kematangan bermuziknya sebagai penyanyi dengan cukup sempurna di album “Aura”. Terhasil sebagai sebuah Pop album yang saya sifatkan sebagai tastefully produced. Tanpa perlu terikat dengan kehendak Balada sahaja album ini diisi dengan feel Pop R&B yang cukup baik di bahagian awalnya. Bersama produser John Jeeves, Iqie Hugh dan lainnya, terhasil lagu-lagu seperti “Aura”, “Gelita”, “The Best” dan “Terima Seadanya” – saya letakkan sebagai rangkaian lagu terbaik yang mentafsir citarasa bermuzik Ernie sebagai penyanyi.

YANG BENAR
Aziz Harun / Faithful Music Sdn Bhd

Sepertimana judulnya, saya kira EP ini gambaran terbaik perjalanan bermuzik Aziz Harun. Setiap satu lagu di album ini terisi sebagai lakaran terbaik gambaran siapa Aziz yang sebenar. Penghasilan lagu-lagunya komersil dan datang idea segar bagi menggerakkan sebuah konsep yang tepat buat Aziz. Jiwa setiap lagunya dihidupkan sebaiknya dengan komposisi muzik yang baik, lirik dalam jiwa muda dengan citarasa cukup moden dan kekinian. Hal ini jelas dalam lagu seperti Jarak, Mengapa Harus Begini dan TY.

TRANSISI
Prasasti / Ruang Hati Kita

Menikmati Prasasti dalam rif keras gitar dan derum deram yang bingit serta quirky vokal pada keseluruhan album ini memberi pengalaman yang menarik menikmati penghasilan album tempatan. “Ada Bulan” lagu yang paling menarik minat saya di album ini, melodinya keras namun liriknya puitis. Hal serupa saya dapat di lagu “Disko Setan” yang keras kritikan sosialnya. Prasasti menerusi “Transisi” adalah sebuah ideologi dan identiti. Menikmatinya harus dengan terbuka dan tanpa prejudis. Kualiti rakaman album ini luar biasa.

TY:DEL
TY:DEL / Breaking Music Sdn Bhd

Kugiran Pop ini memiliki potensi besar untuk bergerak sebagai Pop band yang harus terus diraikan di pasaran muzik tempatan. Muzik yang mereka persembahkan di keseluruhan album adalah apa yang banyak ditawarkan di lapangan muzik antarabangsa dan ditafsirkan sebaiknya dalam versi mereka. Mendengarkan lagu-lagu seperti “Run”, “Delete” dan “Grocery Store” melekakan dan tidak terasa seperti dihasilkan anak tempatan kerana sound yang mereka hasilkan baik biar masih belum sempurna.

LUNADIRA
Lunadira / Lowly

Lunadira membawa ilham R&B Pop dengan cukup flawless sekali. “Overthinking” menjadi anthem di EP ini dengan vokalnya yang cukup soothing dan merasuk. Ilham 2000’s Pop Bic Runga di lagu “Bitter” terhasil cukup mengasyikkan dan groove “I’ll Be Alright, Right” membuatkan keseluruhan album ini terhasil menyenangkan dan addictive sekali. Single perdananya tahun ini, “Go Slow” yang turut menjadikan dia sebagai penyanyi pertama Malaysia muncul di program A COLORS Show, melengkapkan EP ini. Lunadira saya kira antara bakat R&B tempatan terbaik yang kita ada.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Terkini,

Ulasan Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza 2023

HADY MIRZA

MAKING LOVE (81%)

Hady begitu selesa dengan lagu inj. Persembahan vokalnya flawless cuma ada bahagian pengucapannya tidak berapa jelas. Hady menyudahkan lagu ini dengan sangat baik. 

SEANDAINYA MASIH ADA CINTA (70%)

Hady mengambil verse pertama dengan agak kurang jiwa sebetulnya. Mungkin kerana key yang dipilih ia kedengaran agak kurang smooth. Namun penghujungnya baik.

SITI NORDIANA

KISAH HATI (80%)

Nana cemerlang di bahagian korus lagu ini yang dialun dengan merdu dan secukupnya. Melodinya dijaga baik dan kemasan lagu malam ini memberi kelebihan untuk vokalnya menyerlah.

KEMARIN (68%)

Nana agak terbatas pergerakkannya dek kerana baju yang begitu. Suaranya baik di semua bahagian. Korusnya dilantun kemas cuma agak predictable dan masih kurang wow factor.

NIKKI PALIKAT

TRAGEDI BUAH EPAL (70%)

Energy Nikki baik cuma lagunya tidak bersifat pertandingan ada sedikit keterbatasan untuk nyanyiannya menyerlah. 

IKHLAS TAPI JAUH (72%)

Suara Nikki kemas, kolaborasi ini menarik kerana gabungan suaranya mengena. Lagu juga cukup santai untuk penonton nikmati sebaiknya.

AZHARINA AZHAR

HALO (67%)

Persembahan Nina agak kurang impak. Pengulangan korus di lagu ini tidak dimanipulasi sebaiknya untuk dia bernyanyi dengan lebih kreatif. It sounded boring.

KAMELIA (78%)

Persembahan yang seimbang. Azharina baik dalam persembahan lagu ini, vokalnya kemas biar agak kurang chill di pentas.

JACLYN VICTOR

WHEN YOU BELIEVE (98%)

Jac bijak memilih lagu bersifat pertandingan yang memberi kelebihan untuk vokalnya diraikan di pentas sebaiknya. Dan malam ini dia membuktikan sekali lagi sakti yang dimiliki adalah kelantangan vokalnya.

SANDARKAN PADA KENANGAN (68%)

Jac ada tersilap lirik beberapa kali dalam persembahan ini tetapi tidaklah sehingga merosakkan. Chemistry dengan Jamal jugak okey cuma ia sekadar level persembahan bukan pertandingan.

LIZA HANIM

MY HEART WILL GO ON (100%)

Liza begitu in control, merdu dan mengalunkan melodi dengan sebaik-baiknya malam ini. Pengalaman terbaik menikmati persembahan Liza sepanjang ASGV. 

TERUS HIDUP (98%)

Malam ini berpihak pada Liza kerana kedua-dua lagunya memberi kelebihan untuk dia sangat menyerlah.

TOMOK

SEBERAPA PANTAS (68%)

Tomok kembali dengan sifat intense nya di pentas. Lagu ini ringan sahaja sifatnya namun begitulah Tomok suka memberatkan persembahan dengan hal yang tak perlu.

TERBANG (78%)

Karakter lagu ini sangat baik untuk Tomok namun presence Armand cukup besar membuat Tomok agak tenggelam.

NAQIU

NUR NILAM SARI (71%)

Vokal Naqiu agak serak malam ini sehingga agak hilang merdu yang biasa dia miliki. Kawalan persembahan baik.

KEKASIH BAYANGAN (70%)

Keseimbangan suara Naqiu dan Cakra Khan menyatu baik namun again Naqiu agak kurang lepas malam ini. 


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Melly Goeslaw Menghidupkan Kembali Nike Ardilla Menerusi “Bertemu Kembali”

Album: Bertemu Kembali
Artis: Melly Goeslaw / Nike Ardilla
Komposer / Lirik: Melly Goeslaw / Dadang S. Manaf

Masih saya ingat di tahun 1997 ketika KRU menghidupkan kembali P. Ramlee menerusi rakaman semula “Getaran Jiwa” yang terhasil cukup segar dalam acuan muzik trio bersaudara ini membangkit bangga dan tak kurang yang resah dengan idea tersebut.

Evolusi bermuzik KRU itu sehingga hari ini masih segar sebagai salah satu sejarah dalam pasaran muzik Pop tempatan yang akan terus diingati ilhamnya. Dan setelah itu saya kira beberapa kali juga jiwa-jiwa yang hilang jasadnya di bumi dihidupkan kembali dalam lagu.

Melly Goeslaw, Pop sensation dari tanah seberang menghidupkan kembali Nike Ardilla dengan ilham baru “Bertemu Kembali” yang menggabungkan dua lagu dalam satu. Melodi asal karya cipta Dadang S. Manaf “Duka Pasti Berlalu” yang dimanipulasi ilham kreatif Melly membentuk sebuah kraf muzik yang baru.

Melayani lagu ini seharusnya saya kira bersama muzik videonya yang mengadaptasi teknologi AI bagi benar-benar menghidupkan semula Nike Ardilla seperti dia wujud seadanya. Lagu ini terhasil dalam persembahan yang sederhana, ilham melodi asal diadun sebaiknya dalam menciptankan sesuatu yang lebih baik ilhamnya.

Kualiti rakaman lagu ini benar-benar menyatukan jiwa Melly dan Nike sebagai persembahan yang kedengaran baru biar ia adalah hasil daripada vokal asal Nike Ardilla. “Bertemu Kembali” saya sifatkan sebagai sebuah naskhah yang bergerak seiring kecanggihan teknologi yang dimanfaatkan sebaiknya dalam medium muzik – audio dan visual.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Tertawan Persona Adrian Khalif

Album: Mr. Menawan
Artis: Adrian Khalif 
Produser: SOIN / S/EEK / Kenny Gabriel

Persona R&B Pop seberang Adrian Khalif antara yang mungkin masih kurang diberi perhatian yang besar namun bakat dan originality bermuziknya cukup besar untuk diraikan. Lagu-lagunya cukup mudah menangkap pendengaran, catchy dan segar.

Album perdananya “Embrace, Embrace” beredar 2019 cukup cemerlang sebagai pentafsiran bermuziknya. Rangkaian lagu-lagunya cukup memberi justifikasi pada soul serta persembahan vokalnya. Sedap, subtle dan solid sebagai sebuah album perdana ia saya anggap sebagai sebuah album yang berjaya.

Dan setelah itu dia meneruskan perjalanan bermuziknya yang banyak datang dengan kerjasama bersama Juicy Luicy menerusi lagu “Kembali Kesepian” dan tahun ini single “Sialan” menyusul meneruskan kelangsungan bermuziknya sehingga hari ini.

“Mr. Menawan” pertaruhan terbarunya, sebuah EP berisi lima lagu termasuk tiga lagu yang beredar lebih awal “Sialan”, “Sini” dan “Menawan”. Bersama produser yag current di pasaran muzik tempatan seperti SOIN dan S/EEK, EP ini dibentuk sebagai sebuah lagi naskhah yang komersil.

“Sedetik” (Adrian Khalif / Iqbal Siregar / Faishal Muhammad Fasya) hadir cukup mellow dengan petikan piano lembut membuai. Karakter vokal Adrian cukup kuat untuk menggerakkan lagu ini, membaluti sebaiknya melodi yang ditulis. Korus lagu ini lembut menjerat rasa pendengar dengan soul yang dimiliki Adrian. Saya puas menikmati persembahan suaranya.

“Makan Tuh Cinta” (Adrian Khalif / Abraham Kevin / Denis Ligia / Farrel Hilal / Iqbal Siregar) hadir dengan groove R&B yang begitu menyenangkan. Kolaborasi vokal Adrian Khalif bersama Abraham Kevin dan Farrel Hilal menciptakan satu keseimbangan sebagai kolaborasi suara yang harmoni.

Lagu ini memiliki attitude tersendiri untuk kita benar-benar hidup bersama alunan melodinya. Korusnya menjadi nadi utama untuk kita menyenangi lagu ini yang terhasil cukup baik. Sepertimana judulnya, “Mr. Menawan”, Adrian Khalif menerusi lima lagu di EP ini ternyata menawan sekali personanya.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terkini,

All Stars Gegar Vaganza – 10 Penilaian Tertinggi & Terendah Muzik Kita

JACLYN VICTOR – ALL I ASK (100%)

This is the best experience menikmati persembahan vokal yang seimbang dan sangat harmoni. So much control dan sangat membuai. Sempurna di setiap sisi persembahan.

JAC – HATINYA TAK TAHAN (38%)

Mungkin inilah pengalaman terburuk menikmati persembahan vokal Jaclyn Victor yang pernah kita dengar. Sayang sekali, lagu ini terlalu heavy buatnya.

HADY MIRZA – HOW AM I SUPPOSED TO LIVE WITHOUT YOU (99%)

Cemerlang! Sedap! Flawless!

HADY MIRZA – LEMAK MANIS (56%)

Hady membuka persembahan dengan a bit off but dia catching up towards the end. Persembahan lagu ini sebenarnya boleh jadi meriah di pentas untuk menjadikan pengalaman yang lebih meninggalkan kesan menontonnya.

LIZA HANIM- PANTUN JANDA (93%)

Cemerlang. Liza mengalirkan sebaiknya vokal yang dia miliki. Sangat kemas, merdu dan tidak berlebihan. Stage presence Liza sangat besar biar tanpa perlu melakukan hal-hal yang tidak perlu, Liza success malam ini.

LIZA HANIM – JANGAN KHIANATI AKU (36%)

Mungkin kerana mahu mengeluarkan karakter Rock dalam persembahannya Liza kedengaran agak memekik dan menekan-nekan nyanyiannya. Dia sepatutnya menjadikan lagu ini sifatnya Liza Hanim sahaja. Lembut, merdu dan lantang tanpa kedengaran memekik dan terlalu menjadi Lan. Lagu kedua juga begitu.


NIKKI PALIKAT – GEMURUH / PELESIT KOTA (99%)

A WINNING PERFORMANCE!

NIKKI – SEMAKIN RINDU SEMAKIN ASYIK (40%)

Saya tak faham kenapa Nikki mahu develop sound Amelina dalam lagu ini. Tone yang dia miliki sudah cukup untuk create a different sound yang lebih interesting di lagu ini. But she sounded lost.

AZHARINA – RAMBU RAMBA / LA LAMBA (86%)

Nina hidup dalam persembahan lagu begini. Dia sangat enjoy di pentas dan itu sudah mencukupi untuk lagu dan nyanyiannya menyatu baik. Dia faham kehendak lagu dan bijak mewarnakan nyanyiannya. 

AZHARINA- SAYANG DI SAYANG (25%)

Persembahan Nina malam ini serba tak kena. Banyak hal yang tidak melengkapi antara satu sama lain – lirik, melodi dan pemahaman kehendak lagu bagai tidak menyatu sebaiknya. Nina dalam bahaya malam ini.


TOMOK – MELODI HATI / CUP OF LIFE (98%)

Tomok memberi vibes final show malam ini. Sangat menghiburkan dan flawless. Lagu begini sangat bersesuaian dengan Tomok kerana sangat menyatu dengan energy yang dia miliki. Terbaik daripada Tomok sepanjang beberapa minggu ini.

TOMOK – CINTA TAK KERUAN (31%)

Menerusi persembahan ini jelas Tomok membuktikan limitasi dalam kreativitinya. Ia terlalu biasa dan sudah dijangka. Atas faktor lagu juga mungkin ia tidak begitu memberi impak.

SITI NORDIANA – SEPI (89%)

Nana sangat cemerlang, bersahaja mengalirkan emosinya sebaiknya tanpa kedengaran memaksa. Beautiful voice.

SITI NORDIANA – TERINGIN (30%)

Lagu ini sepatutnya menjadi kelebihan buat Nana but it kills hard. Vocally tidak begitu baik dan tidak sedap didengar. Nana agak bahaya malam ini.

NAQIU – SANTAI (89%)

Naqiu is a smart performer. Dia bijak menyatukan jiwa miliknya dengan apa jua kehendak lagu dan persembahan. Fleksibiliti begini yang tiada pada kebanyakan peserta GV. Naqiu harus sangat digeruni peserta lain.

NAQIU – HAKIKAT SEBUAH CINTA (49%)

Daripada segi persembahan vokal Naqiu sebenarnya tidaklah begitu memukau. Lagu seperti ini pejam mata sahaja dia boleh nyanyikan. Warna persembahannya ada namun seperti peserta sebelumnya Naqiu juga tidak begitu memberi impak malam ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Review, Terkini,

Terlarut Melayang-Layang Lewat Single Terbaru Maliq & d’Essentials “Aduh”

Lagu: Aduh
Artis: MALIQ & D’Essentials
Komposer / Lirik: Angga Puradiredja / Widi Puradiredja / Indah Wisnuwardhana / Dendy Sukarno / Ilman Ibrahim
Produser
MALIQ & D’Essentials

Jika anda pengikut muzik Indonesia, pastilah nama Maliq & D’Essentials akan sentiasa memberi keterujaan sebagai pendengar. Sejak awal bermuzik di era 2000 sehingga hari ini mereka sudah menjamu pendengaran kita dengan rangkaian lagu-lagu dengan idea segar dan bervisi mereka.

Setiap satu album dihasilkan dengan visi tertentu membangkit semangat, mengusik rasa, membuat kita melayang dan berangan manis. Semuanya diramu dengan satu formula muzik yang cukup kemas sekali. Transisi muzik Indo Jazz ke Synth Pop sehingga menerokai muzik Dangdut dalam beberapa rangkaian lagu mereka menjadikan M&DE sebagai grup yang cukup istimewa.

Terkini meneruskan kelangsungan bermuzik mereka, Maliq & D’Essentials menzahirkan sebuah lagu berjudul “Aduh” yang terhasil mengasyikkan sekali. Hadir cukup soulful dan membuai dalam feel Jazz dan Soul yang membaluti feel lagu ini membawa saya terawang-awangan bersama muzik mereka.

“Surga itu kamu // Duniawi juga kamu // Sumpah mati yang kumau // Cuma sama kamu.” menjadi bait penngikat di bait korus yang cukup memikat. Cukup catchy dan menawan, lagu ini menjerat pendengar tanpa memaksa. Hanya dengan sekali dengar sesiapa sahaja saya kira mampu “Mabuk kepayang // Aduh menyenangkan.”

MALIQ & D’Essentials saya kira menjadi bukti bahawa muzik yang simple tanpa perlu chord yang kompleks atau momentum muzik yang laju adrenalinnya juga mampu mengusik dan terhasil mengasyikkan sekali. Dan hal ini sekali lagi dibuktikan di single “Aduh”.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Teraju Pop Marion Jola Melewati Fasa “Serious”

Lagu: Serious
Artis: Marion Jola
Komposer / Lirik: Marion Jola / Dennis Talakua
Produser
S/EEK

Entah mengapa sejak kebelakangan ini single-single terbaru daripada Marion Jola kurang melekat pada pendengaran saya. Hal ini saya teliti semuanya bermula pada trak “Overthinking” sebelum lagu lainnya seperti “Bukan Manusia” dan “Not Your Cup of Tea”. Melodinya sedap, mudah diikuti namun kerana formulanya serupa dengan persembahan yang lebih kurang membuatkan ia tidak terasa baru dan segar.

Hal ini saya kira akan menjadi titik stagnant bermuzik Marion kerana jika dia masih selesa dengan formula serupa akan ada lebih banyak lagi single yang forgettable akan dihasilkan. Dan hal ini sekali lagi dibuktikan dengan lagu berjudul “Serious” ciptaan bersama Marion dan Dennis Talakua.

Kemasan muziknya menyerupai lagu rakaman semula “Jatuh Cinta” (Kolaborasi bersama Teza Sumendra) yang mengambil ilham Pop yang fun, ada feel R&B yang minimal yang juga banyak dihidangkan di album perdananya yang beredar di tahun 2021 dulu.

“Serious” bukanlah lagu yang buruk cuma ia terlalu predictable dan biasa dibawakan Marion dengan single-single sebelum ini. Sebagai seorang penyanyi yang berekspresif saya membayangkan hal-hal yang besar dengan eksperimentasi muzik yang lebih grandeur sifatnya.

Pop dalam single “Serious” ini sekadar sebuah lagu yang hanya akan diulang dengan penggemar tegarnya sahaja (yang mungkin juga akan bosan dengan persembahan begini. Kerana jika meletakkan diri saya sebagai pendengar baru Marion tiada banyak hal istimewa tentang lagu ini untuk diperkatakan.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terkini,

Ulasan Gegar Vaganza All Stars Minggu 11

NAQIU (70%)

Opening yang sangat baik daripada Naqiu. Persembahannya selalu bernyawa dengan lagu bersifat keras seperti Its My Life yang begitu memberi justice pada kemampuan berpentasnya. Nyanyian lagu pertama biasa-biasa sahaja.

SITI NORDIANA (67%)

Nana menghiburkan malam ini. Dan dia kelihatan selesa di pentas cuma vokalnya masih tidak kemas terutama nada rendah yang masih sukar dibawakan dengan baik.Korus lagu pertama sangat sedap dan puas mendengarkan vokal Nana yang cukup lepas.

TOMOK (80%)

Saya kira lagu bersifat upbeat atau rock begini kena dengan karakter Tomok. Lagu begini mampu menyembunyikan vibrato berat yang dia ada untuk kedengaran lebih ringan dan tidak intense

LIZA HANIM (36%)

Mungkin kerana mahu mengeluarkan karakter Rock dalam persembahannya Liza kedengaran agak memekik dan menekan-nekan nyanyiannya. Dia sepatutnya menjadikan lagu ini sifatnya Liza Hanim sahaja. Lembut, merdu dan lantang tanpa kedengaran memekik dan terlalu menjadi Lan. Lagu kedua juga begitu.

JACLYN VICTOR (50%)

Jac agak boring dan predictable malam ini. Tiada yang kurang cuma tiada yang lebih.

NIKKI PALIKAT (99%)

A WINNING PERFORMANCE!

HADY MIRZA (60%)

Seperti kurang kejutan dan keterujaan menikmati nyanyian Hady malam ini. Tenaganya seperti berkurang dan kelihatan kurang berjiwa. Clarity dalam vokalnya baik cuma dia kedengaran lelah menghabiskan persembahan.

AZHARINA (42%)

Nina agak over do to be honest. Dia perlu lebih relaks dalam penyampaiannya. Terlalu membuktikan sesuatu sehingga kejujuran dalam nyanyian itu tidak dirasai.

*Peratusan adalah penilaian MK


ARTIKEL BERKAITAN 

Highlight, Review, Terkini,

Melewati “Teduh” dan “Cukuplah” Persembahan Tebaru Aisha Retno

Album: A.R
Artis: Aisha Retno 
Produser: Sharon Paul / MFMF. / Aziz Harun / Glowrush / Omar K / Hanis Rafi / Iqie Hugh / John Jeeves

Harapan besar saya sebetulnya untuk bakat sehebat Aisha ini untuk melihat dia melebarkan langkah bermuziknya dengan lebih jaya. Aisha sudah buktikan pada kita kelebihannya di pentas, bermuzik, menghasilkan hits dan kemampuannya menjerat penggemar muzik muda dengan sangat baik.

Jadi penghasilan EP dengan initial A.R ini penting sebagai langkahnya untuk ke fasa berikutnya dalam bidang muzik. “W.H.U.T”, “Jarak”, “I.L.S.M” sehingga yang terakhir “Ternoktah” bagi bergerak sebagai fasa pengenalan. Dan apa langkah seterusnya? Itu menjadi satu hal kritikal yang harus difikirkan Aisha bersama pengurusannya.

Penghasilan single baru itu pasti, saya kira setiap lima bulan Aisha harus konsisten. Dan di sela seli itu lagu-lagunya harus terus diketengahkan pada cara paling dekat dengan penggemar muda khususnya (Mungkin juga endorsement). Jadi saya kira jika melihat data yang sedia ada sememangnya Aisha sangat disenangi dengan lagu-lagu Inggerisnya seperti “W.H.U.T” terutamanya.

Ini jaluran yang harus dia terus terokai lebih lagi. Sebagai anak muda yang ada bakat menyanyi, menulis lagu sendiri dan peka dengan pasaran muzik semasa, Aisha pelapis bintang Pop yang harus terus diraikan dan dijaga sebaiknya kerana potensi yang dia ada sangat besar. She’s young dan Aisha ada citarasa bermuzik yang sangat baik.

Berbalik pada “A.R” – EP ini datang dengan lima trak yang diisi dengan dua lagu yang belum dirilis sebelumnya – “Teduh” dan “Cukuplah” yang terhasil dalam kemasan muzik Pop dalam feel R&B Aisha yang cukup soulful.

“Teduh” (Aisha Retno / John Jeeves / Iqie Hugh) memberi vibes Yura Yunita di intronya. Penghasilan lagu ini begitu memberi kelebihan buat Aisha membebaskan feel dalam nyanyiannya dengan sangat lepas sekali. Saya puas mendengar persembahan vokalnya. Melodi lagu ini cukup mudah menangkap pendengaran dan mengikat dengan sekali dengar.

Penulisan liriknya juga sangat baik, datang dengan vibe yang sangat positif dan menyenangkan. “Izinkanlah ku hadir // Ke dakapanmu // Jadikan kasihmu rumah // Teduh” dan hal ini penting untuk penyanyi semuda Aisha daripada terus terjerat dalam penceritaan patah hati semata-mata.

“Cukuplah” (Firdaus Rahmat / Aisha Retno / John Jeeves) sebuah lagi baru yang diisi di EP ini dengan sangat menyenangkan. Petikan piano yang mengiringi hampir keseluruah lagu ini cukup membuai. Komposisi lagu ini sangat baik untuk mentafsir sifat bermuzik Aisha Retno itu sendiri. Sekali lagi saya sengang dengan penulisan liriknya yang membawa ilham self-empowerment.

Persembahan vokal Aisha sekali lagi sempurna membaluti kehendak melodi dan kemasan muzik di lagu ini. Runs Aisha juga semakin kemas. “Cukuplah” saya kira menjadi antara lagu terbaik yang pernah dirakam Aisha sehingga hari ini.

Bersama John Jeeves dan Firdaus ilham Piano Pop di lagu ini sangat menyerlahkan persembahan vokal Aisha yang cukup soulful sekali gus menghasilkan sound yang begitu tinggi standardnya.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Persembahan A Total “New Classic” Dolla

Album: New Classic
Artis: Dolla
Produser: Hyuk Shin / Mrey / Papi Lee / BARD / SonaOne / Joshua Tan / Rio / Alex Challey / MFMF. / ByHVN

Dolla saya kira a national treasure sebetulnya yang begitu boleh kita banggakan kerana standard muzik telah mereka bawa sejak awal muncul sehingga hari ini semuanya terhasil mengikut acuan muzik global yang current dan produksi muzik yang bukan calang-calang.

Dolla datang sebagai sebuah girl group yang siap dan rapi segala segi. Mereka bukan tentang vokal tetapi tentang muzik dan strategi pemasaran. Hal ini sudah saya bicarakan dalam ulasan-ulasan lagu mereka yang sebelum ini. Universal Music membentuk Dolla dengan cemerlang untuk dijual dan diraikan.

Saya antara yang teruja pabila mengetahui akhirnya album perdana mereka diedarkan. “NEW CLASSIC” menampilkan tujuk trak keseluruhan termasuk single “Damelo” yang beredar lebih awal. Menampilkan nama-nama besar dalam pasaran muzik K-Pop seperti Hyuk Shin (EXO, Shinee) dan MRey (DEAN, Taeyon) sebagai produser utama album ini sepastinya menjanjikan sound yang cukup menarik.

Dibuka cemerlang dengan “CLASSIC” (BARD / Hyuk Shin / Kyler Niko / Mrey / Papi Lee / Paulina Cerrilla) anthem terbaru Dolla yang datang dengan momentum muzik yang sangat hebat. Sound Pop dan EDM di lagu dengan beat yang berbalut kemas persembahan vokal Dolla menghidupkan “CLASSIC” sebagai pembuka yang cukup baik di album ini.

Momentum muzik ini diteruskan dengan lagu “DAMELO” sebelum “MASA” (Alex Cahlly Keys / Karli / Lio) yang meneruskan deru laju tenaga Dolla dalam lagu ini. Pre-chorus “Nuevo goteo on me
Pull up in a drop, beep, beep // When you lookin’ at me what do you see? // Mucho dinero, CC
” di lagu ini is the best part untuk menikmati lagu ini sebelum diteruskan dengan simple chorus dengan hook I got that // masa // masa // masa.” Such a fun track to play on repeat.

MFMF. menjadi antara produser yang turut menyumbangkan ilham kreatif mereka menerusi lagu “drip”. Hadir lebih striped down berbanding tiga trak terawal memberi sedikit chill menikmati muzik Dolla di album ini. Korus lagu ini sekali lagi menjadi killer utamanya. Loop pada bait “Drip, drip, drip” begitu addictive dan mengikat.

“best side” (SonaOne / Karli / Rio) meneruskan kelangsungan album ini dengan sangat baik sekali. Melodinya mengikat di saat pertama lagu ini berputar sebelum diteruskan dengan “BO$$ UP” (byHVN / Hyuk Shin / JJean) yang hadir dengan sound yang lebih wild. “Wake up ’cause I’m always on time // Adrenaline, it’s running so high.” mentafsir sifat keseluruhan lagu ini yang datang dengan feel Latin, EDM dan Pop yang disatukan dengan sangat baik. Drum line di hujung lagu dengan riuh suara Dolla yang mengiringi keseluruhan lagu terhasil cemerlang sekali.

“New Classic” memberi satu pengalaman luar biasa menikmati muzik tempatan. Pengisiannya solid dengan lagu yang bersifat kekinian, produksi muzik yang cukup cemerlang. Mendengarnya puas, merasuk dan kecanduan.

Dolla ternyata bergerak sebagai sebuah produk yang telah dilaksanakan oleh orang-orang yang peka, bercitara dan memiliki visi besar meninggikan sandard muzik tempatan Dan hal ini tentu saja harus diberi kredit buat batalion muzik di Universal Music Malaysia. Saya memutarkan album ini sepanjang minggu ini tanpa gagal. A definitely zero skip album.


ARTIKEL BERKAITAN