Malique Ibrahim saya kira nama yang sentiasa mahu dan dinantikan kemunculannya. Maka biar selama mana harus penggemarnya menantikan naskhah terbaru, pasti beriring sabar dan menanti. “Sedih Hati” pertaruhan terbarunya dalam persembahan sample lagu Mona Fendy menjadi sebuah lagi bual bicara penggemar muziknya.
Melepasi fasa untuk bergelar a living legend, Malique sudah menghasilkan banyak hits malar segar setelah bergerak solo. Semakin dalam dan berisi setiap patah kata yang ditulis bergerak sebagai sebuah sakti dalam persembahan penuh kritikan sosial. Malique bergerak sebagai wakil suara jiwa-jiwa yang terpinggir, tertindas dan juga tak didengar.
Muzik Kita melewati kembali katalog muzik Getaran Nostalgia EMI – mendengarkan kembali lagu-lagu yang pernah dihasilkan seniman ini dalam lapan lagu yang kami pilih sebagai naskhah terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang bermuzik. Enjoy!
SENYUM ( BERSAMA NAJWA MAHIADDIN)
“Senyum” saya letakkan antara komposisi muzik terbaik dan paling segar ciptaan Malique sejak bergerak solo. Penghasilan melodinya cukup catchy dan membangkit rasa bahagia dalam penulisan liriknya. “Senyum // Tak perlu kata apa-apa” – itu bait yang cukup ikonik dan akan sentiasa diingati selamanya. Menambah hebat lagu in tentu saja persembahan vokal Najwa benar-benar memberikan suntikan soulful yang cemerlang di lagu ini.
CUBA LAGI (BERSAMA LAH AHMAD)
“Dah cuba berkali-kali // Masih tak menjadi-jadi // Tapi ku tak patah hati // Tiap kali gagal lagi // Cuba lagi” – menjadi bait motivational terbaik dalam mana-mana lagu Pop yang pernah terhasil di pasaran muzik semasa. Malique penyusun kata-kata yang bijak dalam mentafsir jiwa-jiwa kecil yang hilang, kabur dan tak berarah. Refleksi hidup dalam kisah cuba dan gagal itu dipersembah dengan cukup bersahaja lewat lagu ini. Siapa saja yang tidak boleh relate dengan cerita begini?
BAWAKU PERGI (ZIZAN & KAKA)
Sebuah lagi persembahan Pop malar segar yang sentiasa segar didengar. Malique saya kira a master of makin a great Pop dengan infusi Hip-Hop yang dimanipulasi dengan cara paling mudah mengikat pendegar. Sama seperti “Senyum” lagu ini satu daripada yang paling fun and catchy pernah dihasilkan Malique. “Buku merah janga lupa bawa // Moga-moga belum tamat tempoh // Kali ini kita pergi lebih lama // Lebih jauh.”
PEJAMKAN MATA (BERSAMA DAYANG NURFAIZAH)
“Pejamkan Mata” bergerak sebagai kelangsungan bermuzik Malique setelah sebuah lagu kolaborasi bersama Black menerusi “Teman Pengganti”. Lagu ini kesinambungan idea serupa dengan cerita yang menyentuh. Menambah bijaknya Malique untuk mengikat pendengar semasa, Dayang disunting sebagai penyanyi undangan yang menambah satu lagi hits malar segar buat kedua-dua mereka.
MANTERA BERADU (BERSAMA M.NASIR)
Pabila dua legenda betermu – menghasilkan sebuah melodi yang kompleks tetapi cukup membunga rasa teruja pendengar untuk menikmatinya. “Mantera Beradu” itu tajuknya sendiri sudah cukup kompleks bagi saya tetapi itulah Malique dan M.Nasir – pertembungan dua genarasi bermuzik ini menjadikan ia sebuah penyatuan sempurna antara Hip-Hop dan muzik Nusantara bergerak seimbang mengisi keperluan pasaran muzik semasa.
TEMAN PENGGANTI (BERSAMA BLACK)
Lagu ini benar-benar memiliki momennya yang cukup tersendiri. “Teman Pengganti” sebuah manipulasi muzik Rock leleh dalam dunia Hip-Hop yang dihasilkan dengan begitu komersil sekali. Sudah sepuluh tahun lagu ini beredar di pasaran muzik semasa, masih diingati dan didengari. Kisah sedih yang dihasilkan dalam ilham muzik Ahmad Nawab meets Sentimental Rock Black menghasilkan sebuah naskhah yang cukup ikonik.
BUKAN MUDAH (NUKILAN)
Sebuah persembahan muzik mellow dalam penulisan lirik yang juga bersifat simpati namun masih puitis. “Tubuh yang mengah lesu // berkais dan melombong // Pulang menapak laju dalam langkah yang melonjong.” Vokal Adeep menghidupkan lagu ini dengan sangat baik. Setiap bait lirik yang di bahgiannya dipersembahkan dengan cukup memaknakan. Antara yang terhasil cukup puitis dan berisi “Pecah jari-jemari tekan tubi pensil kayu // Resah harianku telan ubi berkipas bayu”
CERITA KEDAI KOPI (BERSAMA SALAM & DJ FUZZ)
Entahkan sebuah satira kritikan atau kutukan, lagu ini diisi dengan bait keras “Ada satu hero Melayu // Namanya rahsia // Dulu lepak tepi parit kampung // Sekarang lepak media massa.” berlarutan dengan cerita “Dinner show menyanyi seorang pun tak faham // Tapi datin muda tengok geram dan sangkut” – Malique berani dalam kisahnya yang mungkin sebuah realiti yang tidak diceritakan ketika itu tetapi diperhati dan dijadikan naskhah muzik “Cerita Kedai Kopi” – such a fun text to read.
ARTIKEL BERKAITAN