
Lagu: Suara
Artis: Sivia
Komposer / Lirik: Sivia Azizah / Iwan Popo
Produser: Iwan Popo
Bergeraknya Sivia Azizah atau lebih dikenali sebagai Sivia sebagao bakat R&B Indonesia sememangnya satu langkah cukup berani. Hadir sebagai persona berhijab dalam pautan Soul, Gospel dan Blues yang dibawakan dengan caranya yang tersendiri menyuntik satu pengalaman baru menikmati muzik Indonesia.
Awal mencuri perhatian sekitar tahun 2019 menerusi single “New York” dan “Storm” sebelum muncul dengan album penuh berjudul “Love Spells” pada tahun 2020, dia terus perlahan-lahan membuka mata, telinga dan hati pendengar muzik nusantara dengan ketersendiriannya bermuzik.
Terakhir kali mengedar EP berjudul “Camellia” tahun lalu, Sivia muncul kini dengan pesona baru menginjak kedewasaan sebagai seorang wanita secara menyeluruh. “Suara” menjadi pertaruhan terbarunya yang mengangkat isu berbeza luar daripada ceritera cinta sesama manusia.
Terhasil dalam penulisan lirik ketuhanan yang disusun cukup humanisme dalam bait-bait kemas berisi. Masih kental dalam feel Soul dengan pengaruh muzik Gospel, Sivia menongkah arus dalam tipikal lagu ketuhanan yang senantiasa hadir mendayu dengan menghasilkan sesuatu yang lebih segar di lagu ini.
Penulisan liriknya cukup menarik. Bait terbaik di lagu ini “Di setiap lima pilar ku, Berserah kepada-Mu” – sebuah ungkapa penyerahan terbaik yang pernah saya baca dalam mana-mana penulisan lirik lagu religi.
Persembahan vokal Sivia tidak pernah mengecewakan. Di lagu ini air lagunya berjalan baik dan cukup kemas. Setiap runs yang dia lakukan kedengaran cukup natural without have to showing off. Tiada jeritan tiada adlib yang tidak diperlukan (Satu hal yang penyanyi Malaysia kurang ada).
“Suara” saya kira akan begitu memuaskan hati penggemarnya. Lagu ini a major repeat mode.
9.8/10
ARTIKEL BERKAITAN