Minggu ini di “Sepekan Muzik” kami membwakan rangkaian lagu-lagu baru daripada bintang popular seperti Naqiu, Ara Johari, A.Nayaka, Megat Rahim, Marsha Milan juga bakat seberang Sezairi.
Lagu: Tetap Aku Cinta
Artis: Ara Johari
Komposer / Lirik: Amy Bong / Furhan
Produser: Amy Bong / MFMF.
Verdik: 3.4/10
Penghasilan lagu ini diselamatkan kemasan muzik MFMF. sebetulnya, sebab kalau semata-mata mahu bergantung pada melodi lagu yang lembik dan vokal emotionless Ara tu saya kira this is a skip one. Pekikan Ara di tengah lagu sangat melemaskan tak ada emosi yang bersulam hanya sekar begitu-begitu sahaja.
Lagu: Orang Lain
Artis: A.Nayaka / SonaOne / YHB Sleepsover
Komposer / Lirik: A.Nayaka / SonaOne / YHB Sleepsalot
Produser: SonaOne
Verdik: 8.4/10
Kolaborasi rapper 3 negara ini hadir sebagai sebuah trak Hip-Hop yang sangat cemerlang penghasilannya. Hadir dalam hook yang cukup memikat tanpa perlu terlalu bereksperimen dengan sound yang bermacam-macam. “Orang Lain” saya kira antara lagu yang paling “pop” persembahan A.Nayaka berbanding apa yang sudah dia hidangkan sebelum ini terutama di album debut “Cadence Blue”. Perjalanan bersama Def Jam SEA saya kira meluaskan skop muzik Hip-Hop A.Nayaka ke arah yang lebih dekat dengan pendengar muzik semasa.
Lagu: Blue
Artis: Sezairi / msftz
Komposer / Lirik: Sezairi / msftz
Produser: Sezairi / Potatohead People
Verdik: 8.8/10
Sebuah persembahan Urban Pop yang cukup menarik persembahan Sezairi bersama msftz. Kraf lagu ini bergerak dalam tempo kontemporari R&B yang diakhiri dengan feel Jazz menerusi petikan piano yang hadir menyempurnakan teks lagu ini. Sezairi semakin matang dalam menyusun agenda bermuziknya. “Blue” menjadi bukti how he evolves sebagai pemuzik yang baik.
Lagu: Cinta
Artis: Marsha
Komposer / Lirik: Hang Nadim / Bunga Cantik
Verdik: 4/10
“Cinta” bergerak dalam konteks Balada yang diberi semangat lebih moden dalam kemasan muziknya. Melodi lagu ini bagi saya kurang daya pemikat yang boleh mengikat pendengar dengan sekali pendengaran. Maybe tiga empat kali dengar rohnya akan masuk perlahan. Korus lagu ini bagus cuma saya terganggu dengan persembahan vokal Marsha yang terlalu memekik. Kalau dia chill sikit dan alurkan sahaja emosi dengan lebih terkawal itu lebih baik.
Lagu: Kuasa Dua
Artis: Megat Rahim
Komposer / Lirik: Shazee / Omar K / Audi Mok / Firdaus Rahmat
Verdik: 6.8/10
Vokal Megat semakin matang dan sedap. Seawal dia membuka lagu di bait awal lagu ini, Megat buat saya rasa seronok untuk layan Pop begini yang nyata serasi dengan vokalnya. “Kuasa Dua” sebuah naskhah yang kemas, catchy dan current. Potensi Megat untuk bergerak sebagai Pop star itu saya kira sudah ada jika dia konsisten bermuzik dengan produser muzik yang betul seperti mana yang dilakukan menerusi single ini.
Lagu: Rindu Separuh Nyawa
Artis: Naqiu / Vanessa Reynauld
Komposer / Lirik: Wit & Mohsen / Naqiu / Siti Rosmizah
Verdik: 1/10
Dua penyanyi yang sangat berbakat namun stuck dengan tawaran lagu-lagu Balada OST. Saya terus terang tak enjoy langsung tengok talent yang hebat begini kena nyanyi lagu macam ni. They both are bigger and better this song, kenapalah kena bagi lagu sebegini? Jiwa kedua-dua mereka sangat besar sifatnya and this song just dont do justice for both of them. Semoga pihak pengurusan lebih peka dan bijak dengan talent yang ada pada bakat sebegini.
ARTIKEL BERKAITAN
#SepekanMuzik Sebuah Sudut Pandang Lagu-Lagu Pasaran Pop Semasa