Pasaran Pop negara jiran, Brunei digerakkan tenaga muda yang semakin yakin dalam penghasilan muzik mereka sendiri tanpa perlu terlalu bergantung label luar untuk memasarkan muzik mereka. Muzik Kita merentasi batas muzik dengan menikmati suara generasi baru muzik Brunei Darussalam.
R&B Feel Aisyah terhasil cukup baik dalam lagu-lagunya seperti “Shoulda Said”, “Memories” dan kolaborasi bersama Pisces Kid menerusi lagu “Slow Down”. Tahun ini Aisyah merilis sebuah lagi Kontemporari R&B yang cukup segar dan menawan penghasilannya menerusi lagu “The Way You Make Me Feel”. Penuh groove dan hadir dengan attitude yang cukup meyakinkan.
Bluemoongirl is the coolest indie girl in Brunei. Penghasilan album berjudul “1996” penuh dengan feel nostalgia, pengaruh muzik retro 60’s juga 70’s cukup menyenangkan. Persembahan muziknya kemas dengan kualiti rakaman yang cukup baik. Lagu terbaik di album ini adalah “All To Urself, 21st Century Man”, “1996”, “Girl” dan “Closing Song”. Give it a listen, anda pasti menyukainya.
Trak berdurasi lebih 6 minit ini mengambil ilham indie dan akustik yang menjual jiwa Byehai di balik petikan gitar dan suara merdunya. Lagu ini terhasil cukup indah dalam bait lirik melankolis yang dihasilkan cukup soulful sekali. Ambien muzik yang melatari vokal dan petikan gitar di lagu ini menyatu cukup sempurna sebagai sebuah naskhah muzik yang terhasil cukup menyenangkan.
Projek kolaboratif tiga anak muda dari Brunei yang menampilkan Mat Fadhil, MHI dan Yazid R ini hadir dalam ilham muzik Synth Pop dan Modern R&B. “Tape #081” menjadi percubaan perdana mereka tahun ini dalam eksperimentasi muzik dari kamar yang nyata terhasil tidak mengecewakan. Adunan Jazz, Funk dan Soul dalam muzik mereka melengkapkan EP ini dengan sound yang cukup menarik untuk kita sebagai pendengar explore isi bunyinya.
Antara kolaborasi yang terbaik dan cukup komersial unruk terus di ketengahkan di pasaran semasa. Ilham muzik Hip-Hop lo-fi yang dibawa tiga anak muda ini cukup current dan pasti disenangi pendengar muda khususnya. Dengan barisan lirik yang mudah menangkap dan relatable dengan anak muda memberi ruang yang baik untuk lagu ini bergerak jauh di pasaran semasa.
Sebuah lagi kolaborasi bermuzik anak muda Brunei yang menghasilkan sound yang cukup current dan menarik untuk dieksplorasi muziknya. Pop dan R&B di lagu ini hadir dalam konteks pasran muzik global yang banyak dilagukan bakat-bakat luar negeri. Lagu ini cukup relaks dengan sedikit pengaruh muzik Surfaces yang cukup santai dan menyenangkan.
Seorang lagi persona R&B, NQBH menzahirkan 3 single sejak tahun lalu – “No Doubts” , “Love Affair” dan tahun ini dia muncul dengan sebuah lagu berjudul “Still” yang dihasilkan dalam ritma R&B kontemporari hari ini. Feel lagu ini say akira tidak sukar menembus ruang rasa pendengar muda kerana ilhamnya sangat dekat rangkaian lagu-lagu popular hari ini.
Ezah Hashim mula mencuri perhatian dengan single “Tertulis” pada tahun 2019 mempesona dengan kelembutan dan gemersik suaranya. Alunan Balada Ezah sangat kemas dalam menyentuh rasa tanpa perlu terlalu bergantung pada stail nyanyian yang bermacam-macam. Semuanya dialun sederhana dalam kemerduan. Hal-hal ini sudah dia buktikan menerusi single” Tertulis “dan “Jeritan”.
Jaluran Pop Aznneil Yunus tidak sukar untuk pendengar semasa mendekatinya. Melodinya terhasil cukup menarik dan melodious – liriknya juga cukup kekinian dengan gabungan bahasa Melayu dan Inggeris yang ada di kebanyakan pasaran lagu Malaysia hari ini. A good Pop!
Cukup popular kerana kerap meramu semula rangkaian lagu-lagu popular masa kini, Rizal sempat merlis sebuah single pada tahun lalu berjudul “Cukup”. Pakej lengkap suara dan imejnya mampu membawa Rizal jauh di pasaran komersial. Cuma jika mahu dinilai dengan single perdananya itu sebetulnya ia tiada hal terlalu istimewa untuk diperkatakan. Masih berasas Balada yang biasa didengar tetapi masih cukup ramai penggemarnya.
ARTIKEL BERKAITAN
#SepekanMuzik Pasaran Muzik Indie Tempatan – TY:DEL, Alchemist, Dewataraya, Bihzhu