Lagu: Esok
Artis: Amir Masdi
Komposer / Lirik: Amir Masdi / Audi Mok / Shazee Ishak
Verdik: 6.6/10
Kembara muzik Amir bergerak semakin baik dan baik. “Esok” sebuah lagi percaturan yang sangat kemas penghasilannya. Melodi lagu ini diadun baik seiring rasa dalam penyampaian Amir di keseluruhan lagu. Dengan keyakinan yang semakin tinggi di kalangan pemgamat muzik tempatan, saya pasti lagu ini akan memberi kelebihan untuk Amir terus bersinar. Vokal Amir sangat-sangat kemas dan sedap.
Lagu: Bukan Aku
Artis: Danial Chuer
Komposer / Lirik: Amsyar / Amzar / Faraid / Marzuq
Verdik: 3/10
Sebenarnya saya agak terganggu dengan penyampaian Danial, he’s over doing his singing dari awal sampailah ke hujung. Danial ada suara yang sedap dan dia sebetulnya hanya perlu sing the melody tanpa perlu terlalu membawa perasaannya berlebih-lebihan. Keep it simple dan maknakan sahaja cerita dalam lagu kerana itu lebih dari cukup untuk kita dapat rasa nyanyiannya.
Lagu: Halusinasi
Artis: Fieya Julia
Komposer / Lirik: Fieya Julia
Verdik: 3.8/10
Persembahan vokal Fieya semakin baik di lagu “Halusinasi” ini. Lebih tenang, kurang lenggok-lenggok yang terlalu meleweh bunyinya. Lagu ini juga saya kira Balada yang sounds better lah berbanding apa yang pernah dia hasilkan sebelum ini. Banyak ruang untuk Fieya menjadi lebih baik kalau dia benar-benar dibimbing dan perbaiki citarasa muziknya.
Lagu: Irama
Artis: Shiha Zikir
Komposer / Lirik: Iqie Hugh / John Jeeves / Firdaus Rahmat
Verdik: 4/10
Sekali dengar lagu ini sangat intersting. Melodinya mudah, catchy dan seronok untuk kita layan. Beberapa bahagian lagu ini ada feel Dangdut yang mungkin datang dari cara nyanyian Shiha. Namun saya tidak pasti kalau lagu ini ada daya pengikat yang boleh buat kita mahu mengulang dengarnya berkali-kali.
Lagu: Melihatmu Bahagia
Artis: Yuka
Komposer / Lirik: Yuka Kharisma / Ahmad Jeffny
Verdik: 4/10
Ketepikan melodi lagu yang terlalu biasa bagi saya ini dan fokus pada nyanyian Yuka sahaja saya boleh bagi markah penuh. Nyanyian kemas, tidak berlebih-lebihan dan sebutannya sangat memaknakan lirik yang siap tertulis. Cuma, bila dah mula nak mengilai di tengah tu saya jadi kurang minat. Hal ini sama dengan apa yang ada di lagu Aisha Retno. Kemasan muziknya seolah-olah memaksa penyanyinya berlebihan sebegitu. Balada tak perlu terlalu merintih kerana kesedihan yang ada di lagu ini saya betul-betul rasakan di bahagian awal kerana hujungnya bukan sedih more like meroyan.
Lagu: Nota Hasratku
Artis: Ahmad Adly
Komposer / Lirik: Adly Sofwan / YonnyBoii
Verdik: 6.4/10
Saya tidak pasti siapa Ahmad Adly ini namun jika mahu dinilai daripada single “Nota Hasratku” ini saya sangat impress. Penyampaiannya sederhana tetapi dibaluti rasa yang cukup. Dia menyantuni melodi lagu ini sebaiknya tanpa perlu over power the melody. Emosinya sangat dirasai bergerak menaik dan menurunnya dengan perasaan yang tepat. Very promising.
Lagu: Tentang Siang Malam dan Romantis
Artis: Teman Lelaki / Airm / Ainina Hasnul
Komposer / Lirik: Ainina Hasnul / Aziem Rashidi / Eidi Arif
Verdik: 6.5/10
Lagu yang terhasil cukup menyenangkan. Melodinya lembut tenang membuai dengan bait-bait lirik yang ditulis cukup puitis sekali. Kolaborasi tiga nama asing dalam pasaran mainstream yang saya kira harus dibantu menembus skala pasaran muzik yang lebih luas sepatutnya. Semoga ada ruang itu untuk mereka memberi lebih warna dalam kelabunya pasaran muzik semasa hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN
#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Sissy imann, Mafidz, Ruang Hati, Awie, Farisha Iris & Siti Sarah