Lagu: Cinta Yang Abadi
Artis: Salma
Komposer / Lirik: Ajai
Produser: Ajai
Verdik: 2.3/10
Salma penyanyi yang berbakat tetapi dia tidak ada pengurusan yang bagus untuk merencana kembara muziknya menjadi lebih baik dari masa ke masa. Single “Cinta Yang Abadi” ini satu saya kira percaturan yang salah untuk mengembangkan kembara muziknya. Lagu ini tak ada daya pemikat, melodinya lemah dan dated. Salma sangat-sangat memerlukan pengurus yang bagus jika dia tidak mahu bakatnya sekadar bakat sahaja.
Lagu: Sengsara
Artis: Khai Bahar
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / John Jeeves / Omar K
Verdik: 6/10
Khai Bahar saya kira evolve dalam rencana Pop nya yang semakin baik sejak dia merilis “Durja” komposisi bersama Iqie Hugh yang semakin kurang mendayunya tetapi menyuntik semangat Pop yang lebih moden. “Sengsara” meneruskan ilham “Durja” dengan cukup baik. Komposisi lagu ini kemas cuma liriknya agak lemah bagi saya, pemilihan kata-kata dan susunannya tidak menarik dengan penceritaan yang kurang jelas. Namun kelemahan di liriknya diselamatkan melodi juga persembahan vokal Khai.
Lagu: A Love Like Yours
Artis: Crinkle Cut
Komposer / Lirik: Crinkle Cut
Verdik: 4.5/10
Grup R&B tempatan ini hadir lagi dengan naskhah dalam kitaran muzik berpengaruh Pop global. Setelah hadir dengan “Fascination” beberapa bulan lalu mereka menghadirkan “A Love Like Yours” yang seperti biasa lengkap dengan groove dan hook dalam melodi yang terhasil. Grup vokal wanita ini saya kira konsisten dalam memasarkan ilham muzik mereka cuma saya kira masih kurang komersil dalam mencuri perhatian penggemar muzik semasa.
Lagu: Kau Ilhamku
Artis: Bahiyya Haneesa
Komposer / Lirik: Asmin Mudin
Arranger: Afif Tirmizie
Verdik: 5.3/10
Grup vokal harmoni wanita tempatan yang cukup dikenali dengan rangkaian lagu rakaman semula ini, menghadirkan versi baru “Kau Ilhamku” yang cukup popular dinyanyikan Man Bai lebih 2 dekad lalu. Kelebihan Bahiyya Haneesa adalah dalam menwarnakan nyanyian mereka. Melodi asal lagu ini dijaga tertibnya tanpa terlalu banyak mengubah struktur lagu asal dengan approach baru yang lebih moden dan kekinian. Rap di tengah lagu memberi justice yang baik untuk keseluruhan lagu.
Lagu: Bongok
Artis: Pretty Ugly
Komposer / Lirik: Neves Cugat
Verdik: 6/10
Pretty Ugly menerusi single berjudul “Bongok” terhasil cukup dominan esen muzik Neves yang banyak terhasil dalam lagu-lagu yang dihasilkan sebelum ini. Dengan susunan lirik yang santai menyatu baik dalam melodi yang cukup catchy dan sing-a-long ini. Saya kira lagu ini tidak sukar untuk membuat kita senang dengan penghasilan keseluruhan lagu. A repeat mode.
Lagu: Saranghae
Artis: Meer Nash
Komposer / Lirik: Bella Irish / Meer Nash / Rafiq Zahri
Verdik: 5.6/10
Seorang lagi bakat baru yang mencuri perhatian pendengar. Meer Nash pernah merilis beberapa lagu sebelum ini namun tbh saya tak notice langsung dengan bakat ini. Lagu ini ada korus yang baik. Melodinya catchy, kemasan muziknya juga kemas dan tidak sloppy. Berada dalam radar Pop semasa yang saya kira punya jalan mudah untuk memikat penggemar muzik yang lebih muda.
ARTIKEL BERKAITAN