
Lagu: Terakhir Buat Teman
Artis: Hazama & Sarah
Komposer / Lirik: Faizal Uzair / Iman Imran
Produser: Genervie Kam
Allahyarham Faizal Uzir atau lebih senang digelar Lok U menjadi nama pelapis pengarah muzik yang cukup dikenali di barisan belakang persembahan pentas live program televisyen juga majlis anugerah muzik tempatan. Pemergiannya Januari lalu meninggalkan sebuah nota muzik yang dihasilkan bersama Arwah Aji yang asalnya diciptakan sebagai sebuah ingatan buat arwah Kelly.
Namun takdir menulis satu jalan cerita yang kadang tak kita duga menghentikan penghasilan lagu yang berjudul “Terakhir Buat Teman” ini terhenti seketika sebelum ia kembali dikemaskan Genervie Kam
Bersama lontaran vokal Hazama dan Sarah, melodi “Terakhir Buat Teman” terhasil cukup menyentuh dengan penulisan lirik Iman Imran dalam susunan kata-kata yang menerbitkan rasa dalam mengenang individu-individu hebat dalam bermuzik ini.
Genervie Kam seperti biasa jarang gagal dalam memberi impak emosi dalam kemasan muziknya. Terhasil dalam momentum bermuzik yang cukup beremosi. Kawalan vokal Sarah di lagu ini sangat-sangat cemerlang – Cukup kemas sekali dengan emosi yang tepat dalam setiap melodi yang dilantun.
kolaborasi dua vokal yang tidak pernah saya bayangkan boleh disatukan ini berhasil melengkapi mentafsir naskhah melodi dan lirik dengan cukup tepat.
“Terakhir Buat Teman” saya kira sudah mampu menjadi tribute anthem buat semua anak seni yang telah pergi meninggalkan sejarah dalam kerjaya mereka yang akan terus diingati.
ARTIKEL BERKAITAN
Melarut Dalam Kesayuan Naim Daniel Menerusi Single “Purnama”