
Rencana memajukan muzik Indonesia cukup beragam sifatnya. Bakat-bakat baru di sana berani untuk berdiri sendiri tanpa terikat ilham pasaran komersil. Sal Priadi salah satu sosok pemuzik yang masih hijau dalam merangka karier muziknya.
Bermula dengan single “Kultusan” dan diikuti “Ikat Aku di Tulang Belikatmu” nama Sal Priadi mula mencuri tumpuan pasaran muzik Indonesia pabila dia mendapat nominasi lima teratas Artis Solo Pria Terbaik Anugerah Musik Indonesia tahun ini bersaing hebat seiring Afgan, Vidi Aldiano, Anji, Adrian Khalif dan Rendy Pandugo. Biar tewas, nama Sal Priadi setidaknya sudah setara dengan nama-nama besar lainnya di legasi muzik pop Indonesia.
Dan setelah kejayaan dua single tersebut, Sal Priadi tampil dengan single ketiganya “Melebur Semesta” yang kembali mengekalkan esez muzik balada sepenuh jiwa yang begitu terasa besar sekali perasaannya.
Melebur Semesta karya sepenuhnya Sal Priadi ini diibaratkan sebagai sebuah keraian cinta bagi sesia pun yang sedang mendalaminya. “Bercinta seperti perlambangan Midnight Sun, satu fenomena meleburnya matahari dengan sang malam, keseluruhannya saling mendamba dan mencairkan suasana.” Menurutnya.
Manakala Melebur Semesta melambangkan cinta yang mampu meleburkan semua batasan yang dimiliki manusia, meski dalam latar belakang yang berbeza. Single ini tersedia di semua gedung muzik digital bermula hari ini 7 Disember 2018.
INFO!
Lagu: Melebur Semesta
Penyanyi: Sal Priadi
Pencipta: Sal Priadi
Lirik dan melodi: Sal Priadi
Produser Eksekutif: KIJN
Produser: Mahatamtama Adinegara
Aransemen musik: Mahatamtama Adinegara