
Cukup dikenali dengan rangkaian Balada hebatnya seperti “Teratai Layu di Tasik Madu”, “Dia”, “Apa Sebenarnya”, “Setiaku Korbankan”, “Tiada Nokhtah Cinta” dan banyak lagi, Fauziah Latiff sejak mula menjejakkan kaki di persada muzik tempatan di penghujung 80-an sehingga hari ini saya letakkan sebagai rujukan terbaik jika anda mahu menghasilkan Balada.
Rangkaian Baladanya lembut menyentuh dengan penyampaian yang sederhana membuatkan Jee cukup menyerlah dengan kelembutan suara yang dia miliki. Tanpa perlu bergantung pada nada-nada tinggi semata, nyanyiannya tersendiri dan sehingga hari ini masih diingati dan diraikan.
Melewati katalog Pop sepanjang bermuzik, Fauziah Latiff sebetulnya tidak hanya memiliki Balada yang hebat tetapi rangkaian melodi Pop yang pernah dihasilkan menerusi lebih lima album dihasilkan dengan feel R&B dengan groove yang memikat. Dengarkan kesemua lagu-lagu Fauziah Latiff secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
RESAH (ZURAINI / JEE)
Dipetik daripada album “Jee 98” yang membawa visi baru muzik Fauziah Latiff yang lebih moden dan dipenuhil dengan ritma Pop. “Resah” ciptaan Zuraini menjadi nadi album ini membentuk Fauziah Latiff yang lebih muda dan cool. Terhasil cukup sensual dengan attitude bermuzik Jee yang lebih ketara sesuai dengan karakter vokalnya.
AKU (HELEN YAP / AMRAN OMAR)
Helen Yap ternyata juara dalam menghasilkan fast Pop yang cukup berkelas penghasilannya. “Aku” salah satu lagu terbaik yang saya kira pernah dirakamkan Fauziah Latiff dalam rangkaian lagu-lagu Pop. Dipetik daripada album “Yang Lebih Kau Cinta”, lagu ini memberi dimensi berbeza keseluruhan album yang dipenuhi dengan Balada.
SAHABAT (ZUL MAHAT / AMRAN OMAR)
Sahabat ketika diedarkan pada tahun 1995 mengubah landskap Pop Fauziah Latif yang datang attitude berbeza. Menjadi single perdana di album ini, “Sahabat” terhasil dalam ramuan Pop yang cukup original dalam pasaran muzik tempatan ketika diedarkan dan meninggalkan terus kebanyakan lagu yang ada. Kraf lagu ini bergerak dinamik dengan idea baru dan segar. Salah satu rakaman terbaik Jee sepanjang karier bermuziknya.
SANDARKAN KE BAHUKU (MAC CHEW / AMRAN OMAR)
Mac Chew memulakan sesuatu yang baru buat Jee di trak “Sandarkan Ke Bahuku” buat Jee. Di balik lambakan Balada yang cukup dominan dengan kerjaya muziknya, lagu ini menjadi pengisian berbeza dalam menikmati muzik Jee yang lebih moden ketika beredar di tahun 1994.
GELORA (RAZMAN / AMRAN OMAR)
Salah satu daripada personal favorite saya adalah “Gelora”. Melodinya cukup chill dengan feel dan groove secukupnya. Vokal Jee sangat menarik dinikmati dalam kesederhanaan yang menjadi lagu ini begitu sempurna buatnya.
MEDAN KASIH (HELEN YAP / Y. Yaakob)
“Medan Kasih” meneruskan kelangsungan muzik Pop Jee untuk keluar daripada kepompong Balada. Lagu ini hadir dalam standard komposisi Helen Yap namun cukup sebati dengan jiwa bermuzik Jee yang mampu membawakanlagu-lagu begini sebaiknya. Antara korus yang terhasil cukup baik.
HANYA DI SINI (HELEN YAP / JOHAN NAWAWI)
Sebuah lagi karya cipta Helen Yap yang cukup baik penghasilannya. Lagu ini benar-benar membebaskan jiwa Jee daripada terus terjerat dalam pasaran Balada. Penghasilan keseluruhan lagu ini cukup fun dan enjoy untuk dinikmati. Korusnya baik, vokal Jee dan suara latar di lagu ini membaluti sempurna kehendak melodi yang dihasilkan.
ARTIKEL BERKAITAN