
Persona R&B seberang, Rinni Wulandari akhirnya melancarkan album ketiganya setelah kali terakhir muncul dengan album penuh pada tahun 2017 dengan judul “I Am Independent”. Album terbarunya yang mengambil judul “SKINS” ini menampilkan 14 lagu keseluruhannya.
Proses dua tahun menyiapkan album ini berawal dengan pengedaran lebih 5 single yang bermula dengan lagu “Born Ready” tahun lalu sebelum merilis lagu berjudul “Bertahan” beberapa minggu lalu sebelum disatukan dalam “SKINS”.
Rinni menerusi album ini meneruskan DNA muzik R&B dan Urban Pop yang cukup kental sekali identitinya. Lagu-lagu terisi di album ini jika anda tidak terlalu enjoy jaluran muzik begini saya kira agak sukar untuk memahami transisinya kerana muzik di album ini tidak tipikal ilham Indo Pop yang biasa kita dengar.
Pengaruh muzik Soul Rinni dizahirkan dalam lagu yang cukup baik seperti “Takut Nanti Rindu”. Lagu ini saya kira antara yang paling mudah menangkap rasa pendengar Pop. Feel Rinni cukup hebat dalam kesederhanaan penyampaian vokalnya. Bersahaja dan tersusun sekali.
Sebuah lagi lagu yang menarik perhatian saya adalah “Jealosuy” kolaborasi bersama Kara Chenoa yang mengendong ilham Urban Pop Kontemporari dalam penyampaian R&B Rinni yang cukup rencah groove dan sensualnya. Groove serupa di lagu ini diteruskan menerusi lagu “Keep On Movin”.
Rinni perlahan-lahan memberi rasa yang lebih mellow di penghujung album ini dengan penghasilan lagu “Seutuhnya” dalam tempo acoustic Pop yang menyenangkan sebelum menutup album ini dengan 2 lagu berjudul “Home” dan “Bertahan”.
Saya terlarut dengan petikan piano di lagu “Bertahan” yang melatari melodi lagu ini dengan cukup indah sekali. Vokal Rinni di tahap ini saya kira adalah yang terbaik. Persembahannya minimal tetapi rasanya cukup mentafsir dan memaknakan barisan bait lirik yang dilagukan.
“SKINS” lengkap sebagai sebuah persembahan R&B / Soul yang cukup baik. Penghasilan lagu-lagu di dalamnya terhasil dalam satu konteks yang mentafsir siapa Rinni Wulandari itu sendiri. Semakin matang menuju usia bermuziknya, Rinni antara vokalis wanita yang cukup serius dalam menjual muziknya tanpa perlu berkompromi dengan produski muzik semasa semata-mata.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Menjejak Sedekad Langkah Bermuzik, Tulus Hadir Dengan Single “Ingkar”