Kemeriahan Syawal berulang lagi, lewat sebuah diaspora muzik yang meraikan. Tahun lalu Galok Raya (The Impatient Sisters), Serumpun (Mimifly), Meriah Lain Macam (Nadeera / Hael Husaini) sudah menjadi sebahagian daripada pengisian raya anda. Tahun ini lebih beragam meriah dan kompetitif.
1. SENYUM GUGUR DI PENGHUJUG DOA – DAYANG NURFAIZAH
(Hael Husaini / Iqie Hugh)
Hael Husaini komposer yang sentiasa memiliki melodi yang baik dan sekali lagi ia ditafsir sebaiknya lewat penciptaan “Senyum Gugur di Penghujung Doa”. Sempurna mengisi jiwa-jiwa yang kehilangan dengan feel dan vokal Dayang yang sempurna dalam kesederhanaannya. An instant classsic.
10/10
2. JODOH LEBARAN (AISHA RETNO)
(Aisha Retno / Radi)
Aisha Retno seorang lagi komposer dan pemuzik pelapis yang memiliki idea kreatif yang ditafsir baik dalam lagu ciptaannya. Setelah kolaborasi bersama Aziz Harun dua tahun lalu dengan “Ketipak Ketipung Raya” tahun ini aisha bergerak solo lewat joget dalam penciptaan “Jodoh Lebaran”. Catchy dan melekat dengan sekali pendengaran. Penulisan lirik Aisha sederhana namun masih rasional sebagai naskhah lagu raya. Memikat dengan sekali pendengaran.
10/10
3. RAYA MACAM RAYA (ALPHA / HAEL HUSAINI)
(Hael Husaini / Iqie Hugh)
Lagu ini sebetulnya kompleks dan memiliki momentum muzik yang sangat menderu. Sample “Selamat Hari Raya” dan “Geylang Si Paku Geylang” di lagu ini menciptkan satu adunan yang sempurna dengan melodi asal Hael. Penyatuan Pop yang kekinian dan momen nostalgianya diadun sebaiknya tanpa terlalu menyimpang pada kehendak teks penciptaan lagu-lagu raya.
9/10
4. BILA LAGI NAK JUMPA (FAIZAL TAHIR / SENARIOUNION)
(Glowrush / Faizal Tahir)
Kolaborasi paling menarik tahun ini. Setelah “Ragaman” dan Santai aya kira FT adalah penggerak lagu-lagu rakyat era kini. Ia dibuktikan sekali lagi dengan single raya “Bila Nak Jumpa” bersama Senariounion ini. Kemeriahannya terasa dan lagu ini lengkap sebagai naskhah raya yang memiliki nilai humor dan nostalgia yang cukup tinggi
9/10
5. RESTU RAYA (Nadeera)
(Hael Husaini / Iqie Hugh)
Berkali juga saya cuba mendengar lagu ini untuk menyanangi naskhah ini tetapi saya rasa dua single yang beredar tahun lalu terlalu kuat. “Meriah Lain Macam” malah single raya solonya “Dam Dim Dum Raya” juga kuat sebagai lagu raya yang lengkap kemeriahan. Lagu ini okey cuma saya terlalu suka dua singlenya tahun lalu.
7.5/10
6. DENDANG RAYA (MARSHA)
(Marsha / Nurul Najwa)
Marsha memilih sesuatu yang lebih klasik dan classy. Infusi Jazz dalam persembahan lagu lebaran sebegini sebetulnya bukan ilham baru cuma masih semakin jarang diramu kecuali Ushera dan Atilia. Marsha cheeky, bersahaja dalam penyampaian yang jarang-jarang sebenarnya berlaku dalam lagu-lagu Balada meruntun jiwanya. Lebih sedap begini.
6/10
7. DENDANG RAYA (MARSHA)
(Najmi Niery / MFMF.)
Romantisme raya lewat lagu ini lembut dan menyenangkan. Saya sukakan chemistry suara Najmi dan Adrianna – Keduanya begitu melengkapi kehendak teks lagu ini. Sweet, tenang dan lembut membuai. Sesuai untuk pasangan muda yang sedang asyiknya bercinta.
7.8/10
8. POK PEK RAYA (DE FAME)
(Yusoff Khan / Adam Armin)
Saya rasa ada satu beban dan tekanan untuk De Fam menghasilkan lagu baru setelah massive hits “Alamak Raya Lagi” dan lagu terbaru ini mengikut formula yang sama namun masih kurang mengikat seperti sebelumnya. It’s not a bad song cuma saya kira terlalu banyak lagu yang sebegini sekarang menjadikan penghasilannya biasa.
6/10
9. KAMPUNG KITA (WANI KAYRIE)
(Hanis Rafi / Khodi / Fitho)
Lagu ini ada elemen yang menarik di bahagian korus dan penghujungnya. Seperti ada pengaruh muzik siam yang disatukan dengan Pop tradisional menjadikan ia sebuah lagu yang ada daya penarik. Persembahan Wani sederhana namun melengkapi kehendak teks lagu yang diciptakan.
7/10
10. BERAYA DENGAN SAYA (SITI NURHALIZA)
(Siti Nurhaliza / Iqie Hugh / Omar K)
Kalau dibanding dengan tahun lalu, lagu ini agak kurang daya tarikan berbanding ciptaan Aisha Retno yang cukup besar sifatnya tahun lalu. Ia sedap namun “Raya Nak Ke Mana” terlalu sedap dan tinggi nilai evergreen yang tiada di lagu ini.
5/10
11. LAGU RAYA UNTUKMU (HAEL HUSAINI)
(Hael Husaini / Iqie Hugh)
Hael selalu tahu menghasilkan lagu raya dengan nuansa yang cukup fun dan menghiburkan. “Lagu Raya Untukmu” menjadi satu lagi portfolio lagu-lagu rayanya yang cukup menangkap pendengaran, korusnya catchy, liriknya yang mudah diingati dan struktur muzik yang cukup kekinian dan moden.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN