
Lagu: Mr. Sun
Artis: Rendy Pandugo
Komposer / Lirik: Rendy Pandugo
Produser: Rendy Pandugo / Enrico Octaviano
Kematangan bermuzik Rendy Pandugo sepanjang bermuzik sejak 2016 terisi dengan barisan karya-karya ciptaannya yang tidak kalah dalam menolak ilham Pop semasa yang biasa-biasa. Lagu-lagu hasil ciptaannya semakin besar sifat personal dalam muzik.
Hal-hal ini saya kira membuatkan Rendy bergerak secara cukup tersendiri dalam merangka kerjaya muziknya agak tidak terbanding dengan mana-mana bakat lain. Sebetulnya itulah keistimewaan bakat-bakat seberang mereka berdiri ckukup tersendiri dengan ideologi muzik yang berbeza-beza.
Rendy sebaris rakan pemuzik lainnya seperti Kunto Aji, Sal Priadi, Petra Sihombing, Hindia dan Pamungkas menjadi nama yang cukup membanggakan pasaran muzik Indonesia. Cara mereka bekerja secara bebas membernarkan kreativiti mengalir dengan cukup baik.
Setelah usai fasa kolaborasi bersama Afgan dan Isyana menerusi projek AIR, Rendy Pandugo tidak menoleh kebelakang lagi denganmenghasilkan lagu yang sekadar biasa sifatnya. Dia cukup evolve dengan sound yang lebih berat tetapi masih mesra pendengaran.
Setelah merilis lagu berjudul “Home”, Rendy menghasilkan “Mr. Sun” sebuah Folk Pop yang tidak perlu lama mengingatkan saya pada lagu “Cherry” milik Harry Styles di album “Fine Line”.
“Mr. Sun” terhasil dalam melodi lembut dengan persembahan vokal sederhana Rendy dalam mentafsir butir kata dalam lirik yang disusun kemas. Mengambil cerita tentang matahari dalam humanisme perjalanan kisahnya terhadap ekosistem kehidupan.
Lagu ini menjadi penanda aras kedewasaan Rendy Pandugo dalam muziknya biar masih tidak lama berada di industri muzik Indonesia. Keberanian melaksanakan sesuatu yang berbeza begini menjadikan muzik Indonesi cukup besar jiwanya.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Penyatuan Melodi Pop Dalam Produksi Muzik Mewah “Semenjak Internet” Oleh Petra Sihombing