
Album: Pulanglah Perantau (2000)
Artis: Aishah
Produser: S. Atan / Pak Ngah
Berbicara tentang album sambutan perayaan, sebuah album yang akan sering saya dendangkan adalah album raya terbaik dalam karier Aishah berjudul “Pulanglah Perantau” yang saya sifatkan cukup solid daripada segi pemilihan lagu sehinggalah feel terbaik Aishah dalam mengalun lagu-lagu malar segar dan lagu yang turut dirakam.
Maeatro muzik Pop Melayu Asli S. Atan bersama Pak Ngah mengemudi lagu ini dengan cara tersendiri. Irama Tradisional digabun sebaiknya dengan sentuhan moden dalam kemasan muziknya. Dibuka dengan “Pulanglah Perantau” dalam dialek Negeri Sembilan menyuntik pengalaman berbeza menikmati lagu-lagu raya.
Album ini turut memuatkan lagu-lagu rakaman semula seperti “Selamat Hari Lebaran” yang pernah dinyanyikan beberapa penyanyi legenda lain seperti Sharifah Aini, “Kepulangan Yang Dinanti” dan “Dari Jauh Kupohon Maaf” yang dipersembahkan dengan cara tersendiri Aishah.
Namun pendengaran saya lebih terarah pada lagu baru ciptaan Pak Ngah berjudul “Senandung Lebaran” yang hadir dengan festive mood yang cukup meriah dalam irama Joget yang cukup fun dan cukup mood hari rayanya.
Penulisan lirik di lagu ini juga melengkapi kehendak naskhah raya itu sendiri. Terhasil dalam persembahan tipikal idea lagu-lagu raya – kuih raya, duit raya, lemang ketupat yang menjadi pengisian utama lagu-lagu raya yang saya kira acceptable untuk diulang guna formulanya.
Pendengaran saya paling teralih pada rakaman semula yang saya sifatkan cukup sempurna penghasilannya. Kemasan muziknya memberi satu suntikan berbeza menikmati versi ini berbanding versi yang pernah dirakam Uji Rashid. Feel Aishah terbaik saya kira di lagu ini, benar-benar membuai rasa dalam kata-kata yang dialunkan.
One of the best raya remake. Persembahannya dihasilkan dalam feel Soulful Ballad yang cukup kena dengan feel melodi, lirik serta persembahan vokal Aishah yang saling melengkapi.
Aishah turut merakam “Air Mata DI Kuala Lumpur” yang sekali lagi hadir dengan susunan muzik yang lebih moden menarik untuk dinikmati. Feel R&B di lagu ini benar-benar memberikan satu nafas berbeza menikmati lagu ini. Antara favorite saya di album ini.
“Pulanglah Perantau” saya sifatkan sebagai salah satu album sambuta raya yang penting untuk diraikan pada setiap kali datangnya Syawal. Lagu-lagunya cukup klasik dan menarik biar tanpa lagu ikonik Aishah “Pulanglah” yang dirakam untul label rakaman lain, namun album ini masih berdiri sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN