
Usaha melestarikan lagu-lagu karya ciptaan Glenn Fredly terus diraikan dalam sebuah projek khusus dilakukan kugiran Jazz The Bakuucakar. Banyak mengiringi persembahan Glenn sepanjang hayatnya, kugiran ini memberi nafas baru lagu-lagu hits yang pernah dirakam.
Mengulang sejenak sejarah The Bakuucakar bersama Glenn, kugiran ini pernah menghasilkan sebuah projek album berjudul “Luka, Cinta & Merdeka” – album rakaman langsung pada tahun 2012. Menampilkan rakaman hits “Malaikat Juga Tahu” selain beberapa lagu lain seperti “Luka & Cinta”, “Renjana” dan “Menanti Arah”.
Terkini The Bakuucakar menampilkan tiga versi terkini yang menmpilkan nyanyian Andmesh, Paul Partohap, Anneth dan Lalahuta menerusi rakaman semula yang diadun dengan kemasan muzik yang lebih cocok dengan persembahan vokal mereka.
“Terserah” yang juga all time favorite saya daripada Glenn dirakam kembali dengan vokal Paul Partohap yang cukup kuat jiwa R&B dalam penyampaian vokalnya. Tanpa mengubah terlalu banyak di versi asal, kemasan muzik baru ini dihasilkan kemas dan sebaiknya. Vokal Paul benar-benar memberi ruang untuk kita meresapi feel yang ada padanya.
Andmesh seperti biasa tanpa gagal dalam vokal bersahajanya membuat kita melayang dan larut dalam persembahan “Kisah Yang Salah”. Vokalnya cukup mahal dan cukup flawless dalam bercerita menerusi lagu yang juga tidak banyak diubah daripada versi asal.
Projek ini saya kira dihasilkan sebagai sebuah penghargaan yang mampu memberikan nyawa berterusan pada karya-karya Glenn Fredly yang seharusnya terus diraikan.
ARTIKEL BERKAITAN