
Lagu: Puspita
Artis: NAKI / Irfan Danish
Komposer / Lirik: Naki Zainal / Darien Sebastian
2023 Menemukan saya dengan banyak nama-nama baru yang cukup menarik perhatian pendengaran. Datang dengan idea masing-masing membentuk muzik yang tersendiri tanpa bergantung pada apa yang popular di pasaran semasa semata-mata.
NAKI satu daripada yang menarik perhatian. Berbekal single demi single juga EP, tahun lalu seperti tahun yang membuah ilham besar buatnya berkarya bebas. Single seperti “Pamit” dan “Lelah” antara yang terhasil memikat sekali namun pendengaran saya begitu terarah pada lagu “Puspita”.
Terilham sebagai sebuah Folk love song, NAKI menulis lagu ini dengan cukup puitis sekali. Terpesonanya saya pada pendengaran pertama kerana membacakan penulisan liriknya. Bersama melodi yang membuai bait-bait indahnya disusun begitu kemas. “Senandika ku berkata ku merinduimu // Ku terperangkap // Dalam asmaraloka // Bersama sahmura yang nirmala.”
Melodinya begitu memikat di bahagian korus sehingga ke hujungnya semurna dibaluti kakarater vokal NAKI yang menyenangkan. NAKI memiliki attitude tersendiri dalam penyampaiannya yang datang dengan sifat cukup manly dan kuat karakternya.
Melodi lagu sebegini sememamngnya memberi kelebihan buat karakter vokal yang dia miliki. “Puspita” datang dengan potensi besar untuk NAKI dikenali dan disenangi. Semoga beroleh rezeki dia mampu diraikan menjadi pemuzik yang dewasa dengan idea bermuziknya.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN