
Lagu: Pentas
Artis: Bil Musa
Komposer / Lirik: Iqie Hugh / Firdaus Rahmat
Produser: Iqie Hugh
Bil Musa bermula di lapangan muzik semasa dengan persona sweet indie darling dalam panahan muzik akustik dengan lirik manis, menyentuh. Persembahan sederhananya dalam lagu seperti “The Beach”, “4AM”, sehingga kolaborasi bersama MFMF. (Flashes) dan Alex Ungku (Let Me In) menawan dengan cara tersendiri.
Setelah usai menjalani karier muzik bersama YRR, Bil Musa meneruskan perjalanan bermuziknya dengan cara berbeza, sound berbeza. Hal ini sudah dibuktikan menerusi single kolaborasi bersama Noki tahun lalu bagi lagu “Pantang” yang mengubah landskap muziknya.
Terhasil dalam ilham Pop dalam tempo upbeat dan Hip-Hop Noki lagu tersebut menyuntik persoalan inikah arah baru muziknya atau sekadar percubaan sahaja. Dan jika itu arah barunya, saya kira “Pantang” bukanlah percaturan yang baik. Ia tidak membantu mengeluarkan sisi terbaik Bil Musa sebagai pemuzik.
Terkini Bil menghadirkan sebuah lagi single terbaru berjudul “Pentas” karya cipta Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat yang semakin laju dalam menghasilkan lagu-lagu bagi penyanyi tempatan. Dan lagu ini saya kir terhasil dengan attitude yang tepat untuk Bil berbanding “Pantang”.
Korus lagu ini sakti utama untuk kita melekat dengan penghasilan keseluruhan. Vokal Bil juga berada di tahap yang baik untuk sama bergerak dengan melodi yang terhasil. Kemasan muzik Iqie dalam menghasilkan sesuatu yang segar dan current berjaya menjadikan naskhah ini terdengar kekinian.
Penghasilan yang sederhana namun saling melengkapi – kehendak melodi, kemasan muzik sehingga vokal. Membaluti sebaiknya untuk kita melayani persembahan lagu ini. Biarpun saya masih menggemari Bil Musa yang dulu tapi saya percaya dia juga mahu evolve dengan caranya yang sendiri.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN