Lagu: Pupus , Risalah Hati
Artis: Pamungkas
Komposer / Lirik: Ahmad Dhani
Arranger / Produser: Pamungkas Jr
Pamungkas menjadi pelapis muzik yang cukup baik dalam mengembangkan pasaran muzik Indonesia ke tahap yang cukukp membanggakan. Sejak berawal mencuri perhatian pendengar dengan lagu seperti “Kenangan Manis” dan “To The Bone” dia konsisten dalam menzahirkan karya-karya yang cukup hebat.
Kurang lima tahun bergelar pemuzik muncul dengan hampir dengan enam album termasuk album remix, beberapa EP dan kolaborasi bersama artis lain Indonesia meletakkan Pamungkas sebagai pemuzik papan atas lapangan muzik indonesia yang paling tinggi permintaan.
Meneruskan langkah bermuziknya, sebuah kolaborasi hebat bersama legenda muzik nusantara, Dewa 19 terhasil daripada The Unexpected Collaboration Show yang berlangsung Jun lalu. Sebuah penyatuan dua generasi yang memberi siren bahawa radar muzik Indonesia itu berada di tahap yang cukup baik.
Menerusi showcase yang dijalankan secara virtual itu Pamungkas mengulang rakam dua lagu secara solo yang disusun kembali muziknya mengikut acuan Pamungkas. “Pupus” dan “Risalah Hati” dipilih dan terhasil sebagai sebuah kelangsungan lagu malar segar ini untuk kekal relevan dalam pasaran semasa.
“Risalah Hati” awal diterbitkan menerusi album “Bintang Lima” pada tahun 2000 dan “Pupus” dirakam khusus untuk album “Cintailah Cinta” menjadi lagu terpenting dalam kembara muzik Dewa 19 terhasil cemerlang di tangan Pamungkas.
Tanpa perlu tertalu bereksperimen dengan susunan muzik yang beragam, Pamungkas meletakkan jiwa dalam persembahan nyanyiannya sebagai jentera menggerakkan “Pupus” dan “Risalah Hati” yang baru ini dengan cukup berbeza rasanya, rasa yang lebih Pamungkas, lebih raw dan current.
Kolaborasi begini saya kira satu penyatuan dua generasi dalam muzik yang sangat baik bagi meninggikan lagi standard muzik Indonesia itu sendiri tanpa perlu bergantung kolaborasi dengan bakat luar. Mengangkat legenda yang sedia ada yang sudah memnggerakkan pasaran muzik terdahulu dengan mengangkat kembali naskhah mereka dengan cara baru itu is a smart move sebagai penyatuan muzik berganti generasi.
9.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Meluruh Dalam Rasa Rindu Andien Menerusi Rakaman Terkini “Selamat Jalan Kekasihku”