
Setelah tampil EP kelahiran semula Najwa Mahiadin sebagai “NJWA” tahun lalu dengan single “Ocean”, April lalu, NJWA sempat melahirkan single berjudul “Take Love Back” April lalu, ciptaannya bersama Darren Ashley yang mengambil ilham Alternatif R&B.
Meneruskan kelangsungan populariti “Take Love Back” yang sudah distrim lebih 100k di Spotify, NJWA tampil muzik video rasmi lagu tersebut 9 September lalu di YouTube rasmi miliknya.
Muzik video yang diarahkan pengarah muda Nadirah Zakariya – yang juga mengarahkan muzik video Bila Entah (Aisyah Aziz) dan Sebentar (Dayang Nurfaizah) mengambil latar REX KL sebagai lokasi penggambaran.
“Take Love Back” sebuah naskhah melodious mengangkat kisah cinta perbezaan kaum, agama dan pegangan yang sering dilihat sebagi satu cabaran besar dalam menzahirkan cinta. Lagu ini hadir sebagai sebuah naskhah Pop yang membincangkan epidemik sosial di kalangan masyarakat hari ini.
Menzahir cerita menerusi muzik video ini, kemunculan istimewa Orked dan Jason yang cukup sinonim dengan kisah cinta interracial love menerusi “Sepet” dihadirkan sebagai metafora unik muzik video ini. Tonton sepenuhnya muzik video “Take Love Back”.
ARTIKEL BERKAITAN
Merentasi “Ocean” Dalam Versi 6 Pemuzik Berbeza Benua Bersama Mostacho Xprmnt & NJWA