
New jack swing / New jack, / Swingbeat – sub genre dalam gabungan Pop, Dance, Rap dan R&B. Gerakan muzik yang cukup dominan di era 80-an oleh Janet Jackson dan Babyface antaranya. Dan kita memilikinya di Malaysia? YES.
Masih ingat filem XX-Ray yang pertama dengan soundtrack penuh groove Liza Aziz? “Bermula Cerita” yang beredar di awal 90-an ciptaan Azman Abu Hassan ini mejadi antara gerakan paling dominan jaluran sub-genre ini. Tidaklah terlalu popular tetapi New Jack Swing memiliki momennya tersendiri di Malaysia.
Rap mendominasi muzik Pop tempatan di awal era 90-an dengan kelibat KRU, NICO dan 4U2C datang dengan attitude berbeza untuk bergerak sama hebat dengan muzik Rock yang memonopoli pasaran muzik ketika itu (Seacrh, Wings, May dan Lefthanded).
Gerakan muzik ini berlegar dengan sambutan yang sangat okey sebetulnya. KRU mencipta momen mereka sendiri sebagai gagasan Pop berkumpulan yang sangat berpengaruh di era 90-an. Kreativiti bermuzik mereka tak terbatas, idea yang mengalir dizahirkan dalam sebuah persembahan muzik yang begitu tastefully produced.
Lagu seperti “Mengerti”, “Inikah Ertinya Cinta” dan “Awas” yang beredar sekitar tahun 1992 sehingga 1994 menjadi satu gerakan pentingNew Jack Swing di Malaysia. Dan meneruskan momentum tersebut datang juga grup wanita paling digilai, Feminin.
Bersama KRU grup Feminin mencipta momen yang cukup gemilang dengan styling dan attitude bermuzik yang cukup prominent. “Rindu” ciptaan Razman antara yanag datang dengan feel terbaik dalam pentafsiran sub-genre ini.
Liza Aziz menerusi album perdananya membawakan vibes Shanice yang cukup megujakan sekali. “Bermula Cerita” dan “Mercu” antara yang begitu menyerlahkan kelebihan Liza sebagai salah satu penyanyi wanita yang tidak hanya mahu terikat ilham Balada sahaja.
Debut albumnya itu diteruskan dengan ilham yang lebih solid di album kedua. “Masa”, “Kini Pasti” dan “Dahaga” menjadi kelangsungan feel New Jack Swing persembahan bermuzik Liza Aziz sebelum memutuskan tidak lagi menghasilkan album sehingga hari ini.
Masih ingat Freshies? Grup wanita yang datang dengan harmoni vokal yang begitu baik berbanding mana-mana grup wanita lain yang ada di Malaysia sehingga hari ini. Kredibiliti suara mereka dirangkumkan dalam dua album di bawah kendalian produser muzik Boon Tan. Penyatuann Pop, R&B dan Dance cukup di rasai di lagu-lagu hebat seperti “Sakitnya Rindu” dan “Semalam & Selamanya”.
Namun adakah kita memiliki seorang penyanyi dengan sepenuhnya memiliki feel New Jack Swing? Ada jawapannya. Farra yang cukup popular dengan single “Bagaikan Puteri” bersama produser muzik Zuraini menghasilkan debut “Puteri Tari” sebagai sebuah album Dance / NJS yang sempurna.
Lagu-lagu seperti “Hujan & Rindu” , “Kata Hati”, “G.I.L.A”, dan “Ributku” rujukan terbaik New Jack Swing di Malaysia. Mungkin tidak salah jika dilabelkan hanya Farra sahaja penyanyi solo wanita yang berani menghasilkan sound begini. Persembahannya cukup solid dan Farra sendiri memiliki attitude yang sempurna membawakan jaluran muzik begini.
Dan tidak mungkin juga untuk tidak menyatakan nama Ning Baizura dalam gerakan muzik ini. Lagu-lagu seperti “Getaran Rinduku” dan “Asmara” yang dimuatkan di album “Teguh” juga single “Alangkah” menjadi lagu-lagu terbaik dalam menikmati muzik Ning Baizura selain lagu-lagu Soulful Balladnya.
Jaluran muzik ini begitu kurang diraikan di sini, namun tidak di pasaran global. Beyonce menerusi album “Renaissance” sudah mengembalikan muzik begini namun sayang tidak ada pula yang di Malaysia mahu mengemudi dan membangkitkan kembali jaluran muzik ini dengan ilham baru.
Ning Baizura jika konsisten bermuzik dengan apa yang sudah dia lakukan di album “Teguh”, “Natural Woman” juga “East to West” juga lagu-lagu seperti “Mama Papa” dan “Raksasa” di album “Dewa” mampu menjadi Queen of Groove music begini tapi sayang dia seperti tidak begitu berminat meneruskannya.
ARTIKEL BERKAITAN