
Album: New Classic
Artis: Dolla
Produser: Hyuk Shin / Mrey / Papi Lee / BARD / SonaOne / Joshua Tan / Rio / Alex Challey / MFMF. / ByHVN
Dolla saya kira a national treasure sebetulnya yang begitu boleh kita banggakan kerana standard muzik telah mereka bawa sejak awal muncul sehingga hari ini semuanya terhasil mengikut acuan muzik global yang current dan produksi muzik yang bukan calang-calang.
Dolla datang sebagai sebuah girl group yang siap dan rapi segala segi. Mereka bukan tentang vokal tetapi tentang muzik dan strategi pemasaran. Hal ini sudah saya bicarakan dalam ulasan-ulasan lagu mereka yang sebelum ini. Universal Music membentuk Dolla dengan cemerlang untuk dijual dan diraikan.
Saya antara yang teruja pabila mengetahui akhirnya album perdana mereka diedarkan. “NEW CLASSIC” menampilkan tujuk trak keseluruhan termasuk single “Damelo” yang beredar lebih awal. Menampilkan nama-nama besar dalam pasaran muzik K-Pop seperti Hyuk Shin (EXO, Shinee) dan MRey (DEAN, Taeyon) sebagai produser utama album ini sepastinya menjanjikan sound yang cukup menarik.
Dibuka cemerlang dengan “CLASSIC” (BARD / Hyuk Shin / Kyler Niko / Mrey / Papi Lee / Paulina Cerrilla) anthem terbaru Dolla yang datang dengan momentum muzik yang sangat hebat. Sound Pop dan EDM di lagu dengan beat yang berbalut kemas persembahan vokal Dolla menghidupkan “CLASSIC” sebagai pembuka yang cukup baik di album ini.
Momentum muzik ini diteruskan dengan lagu “DAMELO” sebelum “MASA” (Alex Cahlly Keys / Karli / Lio) yang meneruskan deru laju tenaga Dolla dalam lagu ini. Pre-chorus “Nuevo goteo on me
Pull up in a drop, beep, beep // When you lookin’ at me what do you see? // Mucho dinero, CC” di lagu ini is the best part untuk menikmati lagu ini sebelum diteruskan dengan simple chorus dengan hook “I got that // masa // masa // masa.” Such a fun track to play on repeat.
MFMF. menjadi antara produser yang turut menyumbangkan ilham kreatif mereka menerusi lagu “drip”. Hadir lebih striped down berbanding tiga trak terawal memberi sedikit chill menikmati muzik Dolla di album ini. Korus lagu ini sekali lagi menjadi killer utamanya. Loop pada bait “Drip, drip, drip” begitu addictive dan mengikat.
“best side” (SonaOne / Karli / Rio) meneruskan kelangsungan album ini dengan sangat baik sekali. Melodinya mengikat di saat pertama lagu ini berputar sebelum diteruskan dengan “BO$$ UP” (byHVN / Hyuk Shin / JJean) yang hadir dengan sound yang lebih wild. “Wake up ’cause I’m always on time // Adrenaline, it’s running so high.” mentafsir sifat keseluruhan lagu ini yang datang dengan feel Latin, EDM dan Pop yang disatukan dengan sangat baik. Drum line di hujung lagu dengan riuh suara Dolla yang mengiringi keseluruhan lagu terhasil cemerlang sekali.
“New Classic” memberi satu pengalaman luar biasa menikmati muzik tempatan. Pengisiannya solid dengan lagu yang bersifat kekinian, produksi muzik yang cukup cemerlang. Mendengarnya puas, merasuk dan kecanduan.
Dolla ternyata bergerak sebagai sebuah produk yang telah dilaksanakan oleh orang-orang yang peka, bercitara dan memiliki visi besar meninggikan sandard muzik tempatan Dan hal ini tentu saja harus diberi kredit buat batalion muzik di Universal Music Malaysia. Saya memutarkan album ini sepanjang minggu ini tanpa gagal. A definitely zero skip album.
ARTIKEL BERKAITAN