Akhiran ini saya banyak mendengar pasaran muzik Hip-Hop / R&B / KRNB / Lo-Fi serantau yang tenaganya luar biasa sekali. Terima kasih Spotify dengan adanya feature Fans Also Like membantu untuk explore lebih jauh nama-nama terpinggir pasaran semasa yang cukup baik sekali penghasilan muziknya.
Semuanya bermula dengan kemunculan Kuizz dengan single No Matter dan Vibe yang cukup berkelas sekali penghasilannya dan Alif (Sleeq) yang sentiasa konsisten menjadi produser naskhah-naskhah hebat Kaka – bermula dengan Bukan Hal Aku, Kembali, Terima Kasih sehingga yang terkini Sibuk.
Alif mula mendapat perhatian kerjaya solonya dengan single Mama (Tengok MV lagu ni, pedih mata beb!) – freestyler hip-hop yang cukup kemas sekali penghasilan perasaannya. Selepas Buat Selamanya menjengah pasaran hujung tahun lalu Alif cukup aktif dalam projek sebagai produser muzik termasuk kolaborasi bersama Ismail Izzani menerusi lagu Luar Biasa serta kolaborasi bersama Joe Flizzow dalam single Sampai Jadi.
Gelombang 16 Baris ilham agung Joe Flizzow dan rakan-rakan menarik perhatian saya untuk terus explore mengenal beberapa nama dominan pasaran muzik Hip-Hop. Yang cukup dikenali dalam clan ini sudah tentu Joe, SonaOne, Altimet, Alif dan Aman RA yang tidak perlu pengenalan. Mereka sudah cukup besar di pasaran mainstream.

Dua nama yang paling menarik perhatian adalah Airliftz dan Yung Raja. Airliftz mendapat hebohan meluas tahun lalu ketika dia menerbitkan EP berjudul BAGEL menampilkan hits Appreciate sebelum mengeluarkan single Everything awal tahun ini. Dan baru-baru ini Airliftz menampilkan single terbarunya Call Me When It’s Over yang cukup impresif sekali penghasilannya. Pengaruh Lo-Fi Hip-Hop dengan sentuhan R&B dalam naskhah-naskhahnya begitu menjadi dan tidak kedengaran pretentious.
Yung Raja (Singapura) menerusi single Mustafa kental semangat dan energi authentic hip-hop yang lebih neon, bold & provocative pastinya.
Pelayaran pendengaran MK terus melaju jauh terbang ke lapangan muzik Indonesia yang sudah nyata maju sepuluh langkah ke depan dengan nama-nama hebat seperti Dipha Barus, Ramengvrl, Bam Mastro, Emir Hermono, Rayi Putram A.Nayaka, Adrian Khalif, Monica Karina, Eva Celia dan lainnya.
Dipha Barus antara produser muzik generasi kini yang cukup cemerlang dan Bam Mastro juga. Muzik mereka membentuk kosmik muzik mainstream yang baru di Indonesia. Bunga Citra Lestari, Titi DJ, Andien, Bams dan beberapa nama pasaran urban seperti Teza Sumandra dan Rinni Wulandri telah terlebih dulu mendapatkan kerjasama Dipha Barus dalam naskhah Pop mereka.
Dua EP Bam Mastro iaitu I Bleach My Skin dan I’m An Albino Polar Bear Living in Captivity & I Know Alien Don’t Exist bagi kami sudah membuat Indonesia jauh ke depan dengan cukup agresif memajukan Pop yang lebih pregresif.
A.Nayaka seorang lagi bakat Hip-Hop yang kami kira sudah mampu berbangga menjadi artis Hip-Hop pertama yang menjadi lima teratas AMI Awards 2018 menerusi kategori Album Terbaik. Album berjudul Candance Blue itu mencipta sejarah tersendiri sepanjang 21 tahun anugerah tersebut berlangsung. Pengiktirafan tertinggi kiranya buat muzik Hip-Hop di Indonesia.

Monica Karina solo wanita yang kental feel R&B yang mula diperkenalkan Dipha Barus menerusi single Money Honey yang beredar awal tahun ini. Dan baru-baru ini dengan single solo perdananya Skin to Skin membawa Monica ke satu tanda aras lebih tinggi pasaran muzik urban Indonesia.
Dan tentu saja attitude yang ada pada rapper wanita RAMENGVRL antara yang paling mendapat perhatian kami. Tonton saja MV I’m Da Man dan Ca$hmere cukup quirky dan unik latar muzik dan budaya cult yang penuh dengan fur, bling & ch$ng! Anda boleh menonton video-video temubual RAMENGVRL di YouTube and see how cool she is! Itu belum lagi bicara tentang kehebohan populariti Rich Brian dan NIKI di bawah pemasaran muzik 88Rising yang berlokasi di New York.
Bakat-bakat baru ini kiranya mencipta pengaruh mereka sendiri tanpa perlu lagi mengharapkan media konvensional. Jika anda seperti MK yang baru untuk faham dan mendekati muzik begini, berikut beberapa lagu yang harus anda dengarkan.
Money Honey (Dipha Barus & Monica Karina)
Idols (Bam Mastro)
Skin to Skin (Monica Karina)
Ca$mere (RAMENGVRL)
DJ – Salammusik
Flawless / Merona (Adrian Khalif)
Vintage (NIKI)
Vibe (Kuizz)
Mustafa (Yung Raja)
Too Much (Emir Hermono, Theodra & Puffie)
Something About Us (Rayssa Dynta)
Sailor (GAC)
Don’t Call Me Baby (Ellez, Ndoubledob, Nathn E & Russy)
Buat Selamanya (Alif)
Sibuk (Kaka)
School (A.Nayaka)
Hilang (Bam Mastro)
All Good (Dipha Barus & Nadin)
Fly (Radhini & Ramengvrl)
Hold On (Gloria Jessica)