
Lagu: Emas
Artis: Nadeera
Komposer / Lirik: Omar K / Iqie Hugh / Firdaus Rahmat / Alyah
Perjalanan panjang Nadeera untuk meyakinkan kita sebagai pendengar yang dia juga selayaknya berada di barisan papan atas muzik tempatan itu bukan pendek dan mudah. Dengan segala ini dan itu dia berjuang semahunya biar dalam skala besar atau kecil untuk menokhtahkan itu mungkin bukan pilihan.
Jadi berjalanlah dalam sukar anak muda ini mencari tahu apa agaknya yang pendengar kita mahukan. Suara sedap tiada yang menidakkan, kebolehan menyanyi secara live juga tiada siapa yang menyangkal. Jadi di mana silapnya ya? Itu soalan bernilai satu juta ringgit.
Ia berbalik pada selera pendengaran kita. Pendengar diberi pilihan untuk suka, untuk menolak atau untuk terus meraikan apa yang sedia ada. Namun tidak adil juga jika kita hanya meraikan apa yang sudah sedia ada tanpa membuka ruang untuk potensi lain yang ada.
Jadi dengan keterbukaan yang ada akhirnya, Nadeera membuktikan sekali lagi yang dia sudah memang cukup sedia to be there – there! Maka dengan kejuaraan di pentas Big Stage yang lalu nama Nadeera mengisi ruang juga kesempatan to be there setidaknya untuk seketika waktu ini.
Apa percaturan seterusnya? Tentulah lagu baru, maka terjasil single “Emas” sebuah melodi mewakili dirinya – tentang kepayahan juga jeritan lubuk dalam untuk pendengar muzik tempatan membuka ruang selebarnya untuk dia bersayap dan terbang jauh seperti mana penyanyi wanita lainnya.
Secara dasarnya lagu ini terhasil okey-okey sahaja. It’s giving me “Gemilang” dan “Memori Tercipta” vibes yang dihasilkan lebih sepuluh tahun lalunya. So do we need an idea of ten years back to represent music now? Ya dan tidak jawabnya. Okey saya di sini akan menjadi sedikit kritikal dalam ulasan.
Produksi lagu ini saya kira grand dengan kemasan muzik yang boleh tahan besar sifatnya (Sepertimana Gemilang juga Memori Tercipta or maybe juga “Never Enough”). Namun cukup mampukah ia menyentuh jiwa-jiwa yang tidak memahami apa itu muzik yang grand? Hal ini membuatkan saya tertarik untuk membawa pendengar kepada lagu “Jiwa Yang Bersedih” (Ghea Indrawari) dalam ilham serupa tentang impian, kesempatan dan ruang suara yang ingin didengarkan.
Kenapa lagu itu berjaya? Kerana ia menyentuh jiwa-jiwa manusia biasa yang mungkin tidak faham apa itu kemasan muzik yang grand tetapi dihasilkan dengan penuh kesederhanaan untuk membuatkan ia relatable dengan pendengar. Bait “Selama ini kau hebat // Hanya kau tak didengar” jika mahu dibandingkan dengan “Kerana kau harus tahu // Kasih ini lebih bernilai dari emas.” yang mana anda akan lebih relate dan menyentuh?
Penciptaan lagu hari ini saya kira tidak perlu terlalu kompleks dengan idea yang terlalu besar (jika mahu mengusik jiwa pendengar semasa). Banyak hal yang ada di Indonesia boleh dijadikan panduan juga rujukan. Benar tidak semuanya baik tetapi cuba fikir kenapa lagu-lagu galau mereka yang terhasil sesimple melodi mampu menyentuh banyak jiwa dan distrim puluhan juta kali banyaknya.
Hal ini juga sudah terbukti di sini – “Langit Yang Sama” (Dalia Farhana), “Hasrat” (Jahari) juga “Pulang” (Insomniacks) yang distrim berjuta kalinya. Dan tidak bermakna menyanyikan lagu begini tanpa nada tinggi dan modulasi kita tidak mampu menikmati kemerduan alunan penyanyinya.
Ambillah pelajaran itu dan rendahkan sedikit kemahuan dan keinginan dalam membuktikan entah apa lagi. Kita semua sedia maklum Nadeera itu penyanyi yang strong, ada power yang luar biasa. Apa kata selepas ini Nadeera fokus bagaimana mahu menjentik perasaan pendengar pula dengan persembahan melodi yang simple dan lirik yang terus menusuk jiwa yang mendengar.
This is obviously not a bad song – vokal Nadeera membaluti baik penghasilan keseluruhan lagu ini tetapi saya sejujurnya mahu melihat Nadeera dalam persembahan Pop with some beats and punch seperti “Boneka”, “Siapa Tak Mahu” atau “Ikut Rentakku” yang lebih groove dan attitude. Itu arahnya kalau Nadeera mahu show off her power vocal. Power Ballad just too much di sini dan dia perlu be different and bold. Namun jika Nadeera benar-benar mahu fly high dengan Balada dia perlu benar-benar fahamkan apa yang pendengar biasa mahukan.
6.8/10
ARTIKEL BERKAITAN