
Lagu: Peluang Kedua
Artis: Nabila Razali
Komposer / Lirik: Hael Husaini
Produser: Hael Husaini / MFMF.
“Peluang Kedua” menjadi rilis yang begitu booming tahun ini sejak beredar April lalu. Dengan jumlah views di YouTube dan streaming digital mampu tidak untuk kita menafikan luar biasanya penerimaan lagu ini oleh masyarakat.
Hael Husaini sekali lagi dengan magis melodinya menghasilkan sesuatu yang saya kira cukup personal dan dekat dengan jiwa muda hari ini. “Peluang Kedua” dikemaskan muziknya dan ditinggikan standard produksinya oleh MFMF. (Music For My Friends) yang belum pernah gagal menerbitkan lagu yang bagus.
Bagi yang belum kenal MFMF. silalah dengar produksi hebat mereka di lagu “Aku & Laguku” (Hani & Zue), “Gerak Dulu” (Dayang Nurfaizah), “Flashes” (Bil Musa) dan “Passin Through” (Daiyan Trisha).
Produksi MFMF. kami sifatkan sebagai sebuah kolaborasi Pop yang cukup genius dengan sound yang cukup current, forward dan seiring produksi muzik yang ada di pasaran global dalam menghasilkan sesuatu yang cukup antarabangsa bunyinya.
“Peluang Kedua” menjadi peluang terbaik MFMF. untuk lebih dikenali dalam skala lebih besar sebetulnya. Melodi lagu ini terlalu bagus menurut saya dan liriknya yang relatable dengan jiwa-jiwa muda yang seringnya hanyut dalam perasaan sendiri.
Penafsiran Hael dalam melaksanakan sebuah Pop Ballad dengan citarasa masa kini saya kira sudah berjaya dengan penghasilan “Peluang Kedua”. Lagu ini antara Pop yang sempurna tahun ini selain “X Missing U” – kedua-duanya telah lift up Pop lokal ke tahap yang sangat baik.
Mengukur lagu ini daripada persembahan Nabila semata saya kira mungkin tidak adil sebab kita semua pun tahu kemampuan menyanyi Nabila tu setakat mana. She’s just lucky dapat lagu yang hebat ini.
Apa yang Nabila perlu adalah tajamkan skil menyanyinya sahaja. Akan ambil sangat banyak masa sebetulnya, tapi kalau dia benar-benar mahu lama di bidang ini dia memikul satu tanggungjawab untuk memperbaiki nyanyiannya.
Sebab saya kira it’s a lil bit selfish untuk dia popular dengan bakat yang ada sekarang tanpa memperbaiki kualiti kerjanya sebagai penyanyi. Bukan apa ramai sangat yang berbakat di luar sana perlukan material sebegini tapi tak ada peluang yang Nabila ada.
Jadi saya amat berharap Nabila dapat perbaiki semua hal-hal kekurangan dalam nyanyiannya itu dalam satu disiplin kerja dan tanggungjawab yang tinggi supaya popularitinya itu seiring bakat.
Hael dan MFMF. you both did a great job unTuk hasilkan sebuah Pop yang current menerusi “Peluang Kedua”. Saya memberi markah penuh untuk produksi muzik lagu ini.
Dan buat Nabila bila ada yang berkata “Engkau bisikkan ‘ku yang paling sempurna…” You should know it’s a lie.
10/10
ARTIKEL BERKAITAN
“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!