
Album: Dari Balik Jendela
Artis: Monita Tahalea
Produser: Indra Perkasa / Monita Tahalea / Yosua Gian
Label: Rans Music
Monita Tahalea nama utuh pasaran muzik Jazz / Folk seberang sudah menghadirkan dua album keseluruhan yang cukup solid penghasilan muzik yang cukup detail dengan kualiti bunyi, melodi yang quirky dan penulisan lirik-lirik yang cukup puitis.
Penghasilan album “Dream of Hope” (2010) yang mendapat sentuhan produksi muzik Indra Lesmana terhasil begitu baik sekali. Tidak salah saya katakan jika album tersebut sehingga hari ini menjadi album terpenting Indonesia sehingga hari ini.
Kemudian dia bergerak sendiri dengan lebih cemerlang di album “Dandelion” (2016) dengan hits “Memulai Kembali” yang hadir dalam ilham Folk Pop yang keseluruhan albumnya memutik rasa yang senang, lapang dan sederhana dalam kesempurnaan.
Terkini Monita hadir dengan sebuah lagi produksi muzik setelah lebih 3 tahun bekerja untuk sebuah album yang lebih personal diberi judul “Dari Balik Jendela”. Album berisi 10 lagu ini diproduksi Monita sendiri bersama rakan muziknya Indra Perkasa hampir kesemua lagu.
Berawal dengan single “Sesaat Yang Abadi” yang beredar tahun lalu, Monita sudah memberi bayangan bagaimana album ini akan terhasil. Lebih moody, bermain ambien rasa yang dalam dan penuh kesepian.
Penawaran rasa-rasa ini diteruskan lagi dalam lagu-lagu lainnya seperti “Jauh Nan Teduh” yang lebih sepi dan sunyi. Hal-hal ini terlihat dalam bait-bait teks yang cukup lirikal.
Deras hujan dan hangatnya pelukan
Meluruhkan segala kepiluan
Desau angin dan hampanya lamunan
Bertautan sepanjang perjalanan

“Tapak Hening” meneruskan ciri khusus muzik Monita Tahalea di album “Dandelion”. Lagu begini ternyata sebuah lagu yang cukup besar sifat Monita Tahalea-nya. Melodinya lembut menyenangkan. This is one of the best track in this album. Dinamik muziknya dirasai sekali saat Yosua Gian yang bertindak sebagai produser bermain dengan ambien rasa.
“Laila” sebuah lagi lagu yang benar-benar terhasil baik. Berawal dengan perlahan, lagu ini bergerak dalam momentum muzik yang cukup penuh dinamik. Laila meninggikan lagi standard muzik Monita ke tahap yang cukup baiik. Saya terkagum mendengar kualiti rakaman lagu ini yang cukup sempurna sekali penghasilannya.
Di lagu “Sibu-Sibu” Monita kembali cukup Jazz dengan scatt voalnya yang cukup sederhana, lembut dan menyenangkan. I can listen to this whole day.
Mendengar keseluruhan album “Dari Balik Jendela” ini membuatkan saya fikir Monita bergerak seperti sepuluh tahun ke depan dengan penghasilan muzik yang bakal dibicarakan pada masa akan datang – Bagaimana penghasilan melodi, lirik dan vokal menyatu menjadi satu inspirasi muzik yang genius.
Album ini mungkin agak berat untuk pasaran besar muzik semasa tetapi album begini penting sebagai satu gerakan positif dalam muzik yang semakin dahagakan sesuatu yang dibaluti rasa, kualiti dan bervisi.
10/10
ARTIKEL BERKAITAN