
The new voice of Indonesia’s R&B! Setelah kejayaan kolaborasi bersama produser muzik Dipha Barus menerusi single Money Honey yang mencipta kejayaan tersendiri, Monica Karina tampil lebih meyakinkan dengan summer beat menerusi single berjudul Skin to Skin.
Lagu yang dicipta dan ditulis liriknya oleh Monica sendiri ini mendapat sentuhan produksi Dipha Barus yang menurut Monica banyak membantu dalam menstruktur Skin to Skin menjadi maskhah R&B yang solid. Dengan bantuan Matter Mos lagu ini terhasil dengan cukup catchy dan mudah menangkap pendengaran.
Apa yang lebih manis, biar hanya dengan single Money Honey sebagai pertaruhan perdananya, Monica Karina sudah mampu tersenyum bangga pabila mendapat nominasi Pendatang Baru Terbaik AMI Awards 2018 – bersaing hebat bersama nama besar bintang baru Indonesia seperti Bam Mastro, Nona Ria, Ramengvrl, Rayssa Dynta, Marion Jola dan Reality Club.

Kurang sebulan Skin to Skin diedarkan di semua gedung muzik digital, lagu ini sudah distrim lebih 200,000 kali di Spotify sahaja. Lirik video lagu ini juga sudah tersedia di saluran YouTube rasmi Monica Karina.
Trivia Monica Karina;
- Merupakan mahasiswa jurusan perfileman di Universitas Pelita Harapan, Jakarta.
- Banyak terinspirasi daripada pola muzik Kali Uchis, SZA, Sabrina Claudio dan Kehlani.
- Pertama kali tampil di pentas besar ketika menjadi opening act untuk persembahan The Chainsmoker.
- Diperkenalkan kepada Dipha Barus menerusi teman baiknya Cindercella yang juga merupakan penyanyi di Indonesia.