
Masih bermain lagi di fikiran saya ketika Marion membawakan lagu “Havana” dalam satu siri Indonesian Idol sebelum dia berjaya ke peringkat dua belas teratas program tersebut. Her vocal runs was amazing dan sejak itu saya tahu jika dia bakal punya masa depan yang baik dalam bermuzik.
Dan terbukti dengan kejayaan single perdananya “Jangan” yang mendapat perhatian luar biasa kejayaannya tidak hanya di medan popular malah memberikannya trofi Anugerah Muzik Indonesia yang lalu.
Sejak itu nama Marion Jola saya kira sudah menjadi antara yang bakat yang dinantikan karya-karya terbarunya. Dengan rangkaian single lainnya seperti “So In Love”, “Pergi Menjauh” dan duet bersama Rizky Febian menerusi lagu “Tak Ingin Pisah Lagi” – Marion Jola meniti titian popular dengan begitu cemerlang sekali.
Dengan kolaborasi produser Pop berpengalaman dalam membikin sesuatu yang segar, Lale Ilman Nino mencorak muzik Marion dengan acuan yang cukup terkini dan moden sekali.
Debut yang mengambil namanya sebagai judul menampilkan 11 lagu rakaman ini kesemuanya dihasilkan Lale Ilman Nino. Dibuka dengan lagu berjudul “Damba” dalam biasan feel dan melodi “Finesse” oleh Bruno Mars nyata cocok dengan karakter vokal Marion. Lagu saja saya kira sudah memberi keterujaan menikmati “Marion” dalam persembahan Pop yang menghiburkan.

duet terhangat tahun ini “tak ingin pisah lagi”
Album ini diteruskan dengan tiga single terawal pembabitan Marion dalam bermuzik sebelum diteruskan dengan lagu berjudul “Merah Jambu” yang tampil lebih moderate Pop yang cukup catchy sekali. Saya sukakan korus lagu ini yang cukup santai dan cukup “Marion” sekali sifatnya.
Dan semua elemen-elemen yang begitu “Marion” diteruskan dalam lagu “Favorite Sin” yang menampilkan rapper meningkat naik Tuantigabelas. Marion tampil lebih R&B menerusi single Inggeris berjudul “It’s Not Over Yet”.
Namun pendengaran saya lebih teralih dengan lagu berjudul “Rayu” yang merupakan single perdana album ini. Melodi Rayu cukup baik sekali. Tidak salah jika saya katakan Rayu antara lagu terbaik ciptaan Lale Ilman Nino setelah “Siapkah Kau Tuk Jatuh Cinta Lagi” dan “Tunggu Apa Lagi”.
Saya mengulang dengar berkali-lagu lagu “Rayu” ini sebelum terlarut dalam emosi Marion menerusi “Menangis Tanpa Air Mata” yang begitu indah sekali penghasilan melodinya. Saya benar-benar sukakan lagu ini, feel Marion berada di tahap yang sangat-sangat baik sekali.
Album ini saya kira contoh terbaik membikin Pop terkini sama seperti apa yang ditawarkan Rizky Febian menerusi debut “Jejak” yang beredar lebih awal. Semua lagu dihasilkan atas penciptaan melodi yang mudah ditangkap, susunan muzik penuh terkini dan beat-beat semasa yang penuh groove serta tentu saja sensual vokal Marion yang memberi justifikasi pada setiap lagu di album ini.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Eva Celia Meniti Kedewasaan Menurusi EP “LIFELINE: Introduction”