Kolaborasi duo Lunadira dan Reddi Rocket yang terhasil menerusi penerbital EP “Tangerine” yang beredar tahun lalu memberi warna baru dalam kelangsungan pasaran muzik Urban Pop tempatan untuk bernafas lebih panjang lagi hayatnya dalam memberi variasi muzik tempatan. Terhasil dalam rangkaian lima lagu, “Tangerine” melalui fasa terbaru menikmati pengalaman muziknya dengan penghasilan rakaman langsung dalam bentuk visual.
“Tangerine (Peeled)” Merupakan sebuah persembahan visual meraikan EP ini dalam pengalaman berbeza buat penikmat muzik Lunadira dan Reddi Rocket dalam durasi 9 minit 30 saat yang hadir dalam 3 persembahan lagu keseluruhannya – “Mosquitos Bites” , “Please You” dan “Am I Gonna Die”.
Terhasil dalam kekangan kreativiti ketika perintah kawalan pergerakan, projek visual ini berjaya dihasilkan dalam sebuah rakaman muzik secara langsung yang diadun muziknya oleh produser muda Anuar Roslan yang sebelum ini menghasilkan hits “Ur Cute But Boring” yang dipersembahkan oleh Lunadira menerusi rilis solonya pada tahun 2019.
Projek rakaman langsung ini menurut Lunadira merupakan satu cara mentafsir “Tangerine” dalam pengalaman baru menikmati EP tersebut yang membentuk karakter bermuzik mereka berdua untuk dinikmati pendengar.
Dan menurut Reddi Rocket penghasilan persembahan visual rakaman langsung ini merupakan cara mereka untuk meraikan “Tangerine” dalam satu penghasilan visual yang menarik untuk dinikmati pendengar dalam situasi semasa yang membataskan. Rakaman 3 lagu ini boleh ditonton terus di saluran YouTube Lunadira.
ARTIKEL BERKAITAN
Menyemai Chemistry Dalam Feel Good Pop Lunadira & Reddi Rocket Menerusi EP 5 Lagu “Tangerine”