
Lagu: Ego
Artis: Lyodra
Komposer / Lirik: Mario G Klau
Produser: Tohpati
Lyodra cemerlang sepanjang tempoh 2021 dan 2022 sebagai penyanyi wanita papan atas yang sangat diraikan setiap karya muzik yang dihasilkan. Setelah menerbitkan album perdananya dengan hits “Pesan Terakhir”, tahun lalu dia menawan seluruh raga pendengar dengan hits rakaman semula “Sang Dewi”.
Dengan lebih 4 Juta pendengaran harian di Spotify, Lyodra menenuskan langkah bermuziknya dengan single terbaru ciptaan Mario G Klau menerusi single Balada berjudul “Ego”. Mendapat sentuhan muzik Tohpati, lagu ini mengulang kolaborasi kedua-dua komposer produser ini yang menghasilkan hits “Tak ingin Usai” tahun lalu.
Persembahan keseluruhan di lagu ini disusun cantik sekali Tohpati dalam tempo perlahan yang benar-benar membenarkan pendengar terlarut dalam balutan emosi Lyodra yang berkisah dalam lagu dengan cukup sempurna. Momentum lagu ini perlahan-lahan menaik tinggi di pertengahan lagu.
Saya sangat sukakan kawalan suara Lyodra yang tidak berlebih-lebihan dalam penyampaiannya. Emosinya benar-benar dijaga baik agar tidak over power the melody dan memberi justifikasi yang sebaiknya untuk menyempurnakan melodi galau ini.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Keisya Levronka Melanjutkan Perjalanan Bermuzik Dengan Single “Hidup Tanpamu”