
Lagu: 慢动作 slow mo
Artis: Layla Sania
Komposer / Lirik: Kopi 林国伟 , 孙佩佳 , Eric裕凯
Produser: 伍家辉 , 陈海维
Layla Sania memasuki pasaran muzik tempatan dengan caranya yang tersendiri. Tanpa perlu terikat dengan idea mencuri perhatian pendengar Melayu sahaja, dia berjaya menarik minat pendengar berbangsa Cina dengan kemanisan yang dia miliki.
Sejak awal memulakan karier bermuzik Layla sudah mendapat perhatian saya cuma sebetulnya sehingga yang terakhir kali singlenya dirilis ia masih belum ada daya pengikat yang mampu menarik minat.
Namun dengan kehadiran single terbarunya 慢动作 atau “slow mo” Layla Sania akhirnya menemukan formula tepat untuk dia benar-benar menyerlahkan vokal manis, ringan dan berangin yang dia miliki. Lagu ini terhasil sangat cocok dengan karakter suaranya.
Ilham Akustik Pop dengan persembahan sederhana tetapi datang dengan melodi yang cukup kuat untuk membuat telinga saya terikat dengan persembahan keseluruhan. Attitude bermuzik Layla begitu dirasai di lagu ini.
Korus lagu ini menjadi killer utama lagu ini. Persembahannya benar-benar menyeimbangi keperluan dan kapasiti vokal serta feel yang dimiliki Layla Sania sebagai penggerak utama lagu ini.
Saya amat menyenangi lagu ini dan saya kira jika ia mampu menarik perhatian saya sudah pasti mampu mampu menarik perhatian pendengar pasaran semasa khususnya. Berbekal single ini saya kira Layla sudah menemukan formula terbaik untuknya terus bermuzik.
7.2/10
ARTIKEL BERKAITAN