
rangkuman 50 lagu terbaik indonesia 2018
Cemerlangnya pasaran muzik Indonesia dengan penghasilan muzik penuh variasi menghasilkan lebih 60 album penuh tahun ini. Merangkumi bakat-bakat baru sehinggalah bakat senior yang masih percaya akan kuasanya muzik dalam merayakan kebudayaan dalam kehidupan.
Jaluran muzik urban memonopoli pasaran semasa dengan kebangkitan anak-anak muda yang sentiasa mahu berevolusi dalam muzik dalam cara yang cukup tersendiri. Nama Dipha Barus tentu saja mengepalai senarai dalam memberi rencah berbeza dalam pasaran muzik Indonesia selain beberapa produser muzik lainnya seperti Ari Renaldi dan Lale Ilman Nino yang cemerlang di legasi Pop.
Beberapa nama solo wanita baru yang benar-benar menarik perhatian adalah Nadin Amizah (Rumpang), Monica Karina (Skin to Skin), Diastika (Kesempatan), Rahmania Astrini (It’s Amazing), Rayssa Dynta (Something About Us) dan tentu saja Marion Jola (Jangan & So In Love) yang benar-benar berjaya meletakkan namanya di gagasan kelas A hari ini.

ramengvrl.
Namun dalam banyak-banyak nama tersebut tentu saja perhatian harus diberikan kepada RAMENGVRL yang saya sifatkan sebagai the game changer dalam pasaran muzik Indonesia hari ini. Sosok hip-hop wanita yang paling diperhatikan sepanjang tahun ini cukup mencuri tumpuan dengan naskhah-naskhah bersifat ‘rebellious’ nya dalam rilis hebat seperti “I’m Da Man” , “Ca$hmere” , “Whatchumean” dan yang terkini baru dirilis lagu berjudul “I Am Me”
Ramengvrl menongkah arus dengan menebusi pasaran Hip-Hop di saat solo wanita lain masih senang dengan Pop semasa
Dan di barisan solo lelaki saya paling terpikat dengan nama-nama berikut; Adrian Khalif yang semakin cemerlang dengan dua single tahun ini “Merona / Flawless” dan “Take Care” juga Sal Priadi yang tampil lebih puitis dalam lagu-lagunya baladanya seperti “Ikat Aku Di Tulang Belikatmu” dan “Melebur Semesta”
Seorang lagi sosok soloist yang terserlah adalah Ardhito Pramono yang memanipulasi muzik konvensional Jazz dalam feel urban Pop yang cukup menyenangkan. Dua single utamanya tahun ini iaitu “Fake Optics” dan “Bitterlove” terhasil cukup lembut dan manis sekali penerbitannya. Rizky Febian cemerlang dengan album penuh perdanaya berjudul “Jejak” dengan feel good Pop menerusi single “Menari”

adrian khalif.
Begitu juga dengan Pamungkas yang tampil yakin terus menerusi album penuh “Walk The Talk” yang menampilkan hits perdananya “I Love You But I’m Letting You Go”.
Dan melengkapi senarai solo lelaki tahun ini nama Kunto Aji dengan album maha hebatnya “Mantra Mantra” telah meletakkan standard muzik Pop di Indonesia di tahap yang cukup tinggi sekali.
Penghasilan Mantra Mantra cukup cemerlang segala segi. Kunto Aji dan batalion muziknya berjaya memberikan satu warna berbeza dalam pasaran muzik Indonesia.
Bakat-bakat senior di legasi Pop seperti Krisdayanti (Satu Sayap Tertinggal), Titi DJ (Imajinasi), Melly Goeslaw (Bintang di Hati) dan Rossa (Jangan Hilangkan Dia) masih memenuhi kehendak fans mereka dengan rangkaian Pop semasa seperti apa yang biasa mereka lakukan selama ini.
Afgan semakin moden dan ke depan dengan penghasilan lagu seperti “Heaven”, “Love Again”, “Sudah” dan “Take Me Back (Menampilkan Ramengvrl)” menerusi album ulang tahun sedekadnya.
Barasuara antara kugiran yang cukup inovatif tahun ini dengan single “Guna Manusia” yang cukup eksperimental selain Payung Teduh yang tampil tanpa Is dalam album “Mendengar Suara” dan Feast. yang tampil ilham sosio-budaya dan kritikan sosial dalam muzik yang cukup keras mesejnya menerusi album “Beberapa Orang Memaafkan”.
Keberanian pemuzik muda Indonesia menghasilkan sesuatu yang baru menambah warna dalam pasaran muziknya. Berikut 50 Rilis Terbaik Indonesia yang menjadi pilihan Muzik Kita.

1. My Kind of Crazy – Raisa & Dipha Barus
(Raisa & Dipha Barus)
Dipha Barus telah mencipta satu kosmik muzik Pop yang menghembuskan satu nafas baru muzik Indonesia ke arah yang begitu membanggakan. My Kind of Crazy antara penghasilan paling cemerlang tahun ini yang bergerak atas nilai komersil dan estetika muzik secara sejalan. Lagu ini antara rilis cukup penting pasaran muzik Indonesia tahun ini. Tastefully produced!

2. Buka Hati – Yura Yunita
(Tulus & Yura Yunita)
Yura membawa kita berlayar dalam perasaan paling jujur dalam muzik yang seseorang itu mampu hasilkan. Melodi ciptaan Tulus dalam Buka Hati ini cukup menyentuh sekali dibantu feel penyampaian Yura yang seadanya tanpa pelu merintih dalam nyanyian. Saya ulang ini adalah lagu paling jujur sekali perasaannya tahun ini.

3. Guna Manusia – Barasuara
(Gerald Situmorang & Iga Massardi)
Eksperimentasi muzik Barasuara berterusan dalam rilis perdana mereka tahun ini. Guna Manusia keras dalam synth Pop yang cukup komersil sekali penghasilannya dalam pesan masayarakat yang cukup mesra pendengaran. Produksi rakaman lagu ini antara yang nyata begitu baik tahun ini.

4. Take Care – Adrian Khalif & Cantika Abigail
(Adrian Khalif & Cantika Abigail)
Take Care saya catatkan sebagai lagu terbaik Adrian Khalif setelah dua single terawal Made in Jakarta dan Merona / Flawless diedarkan. Karya produksi Marco Steffiano ini dipadu merdua suara Adrian dan Cantika yang menyatu sempurna sekali. Adrian is one to watch, so much potential and so much love in his voice!

5. Underwater – Rendy Pandugo
(Fredrik Haggstam, John Gustafson, Rendy Pandugo & Sebastian Lundberg)
Visi dan citarasa muzik Rendy Pandugo begitu besar sekali. Underwater menjadi bukti Rendy adalah pemuzik yang serius dan jelas dengan arah muziknya. Penerbitan single ini cukup berkelas sekali dengan penciptaan melodi yang baik, penyampaian vokal sempurna dan produksi rakaman kelas satu.

6. Ikat Aku di Tulang Belikatmu – Sal Priadi
(Derry Haudin, Mahatamtama & Sal Priadi)
Melodi Ikat Aku di Tulang Belikatmu begitu dalam sekali perasaannya. Disatukan dengan penulisan lirik cukup puitis, lagu ini berdiri sendiri tanpa perlu dibayangi jaluran muzik semasa untuk dia ke depan seiring lagu-lagu di aliran Pop semasa. Kejelasan suara Sal Priadi dalam tutur melodinya begitu baik sekali.

7. Fake Optics – Ardhito Pramono
(Ardhito Pramono)
Nuansa Jazz Ardhito Pramono dalam Fake Optics memberi nafas sedikit berbeza yang keluar dari zon Hip-Hop atau Pop semasa. Lagu ini cukup genius sekali penghasilannya dalam memberi suntikan segar Jazz dengan cara yang cukup moden dan terkini sifatnya tanpa perlu terikat dengan ilham big band yang biasa diasosiasikan dengan Jazz.

8. Sailor – GAC
(GAC & Harry Sommerdahl)
GAC membuka mata saya akan keseriusan mereka dalam muzik menerusi single Sailor ini. Lagu ini saya sifatkan antara lagu Pop terbaik Indonesia tahun ini dengan suntikan urban yang menjadikannya segar dan terkini. Lagu ini dikordinasi kemas melodi, susunan muzik dan tentu saja vokal hebat tiga bersaudara ini yang begitu merinding sekali, Cantika Abigail terutamanya.

9. CA$HMERE – Ramengvrl
(Defa Muhamad & Putri Estianti)
Seperti yang saya kata tadi, Ramengvrl is a game changer. Pasaran muziknya melawan arus solo wanita lain yang masih mahu menghasilkan Pop dan balada. Sejujurnya tidak sabar saya menantikan apa lagi yang mahu ditawarkan gadis ini di tahun 2019.

10. Rumpang – Nadin Amizah
(Nadin Amizah)
Ilham folk Nadin dalam Rumpang sebetulnya mengejutkan. Di saat dia diperkenalkan Dipha Barus menerusi single All Good saya kira dia akan menghasilkan lebih lagu bersifat R&B namun Rumpang mengubah persepsi saya terhadapnya. Melodi Rumpang terhasil indah dengan bait-bait puitis dalam penulisan liriknya. Karakter vokal Nadin juga antara yang memikat pendengaran saya terhadap single ini.
11. Topik Semalam (Kunto Aji)
12. Sesaat Yang Abadi (Monita Tahalea)
13. Harus Bahagia (Yura Yunita)
14. Jangan (Marion Jola)
15. Kesempatan (Diastika)
16. Mine (Raisa & Dipha Barus)
17. Skin To Skin (Monica Karina & Dipha Barus)
18. We Don’t Still Water (Maudy Ayunda & Teddy Adhitya)
19. Hilang (Bam Mastro)
20. Why Would I Be (Teddy Adhitya)
21. School (A Nayaka, Laze & Emir Hermono)
22. Sudah (Afgan)
23. I Love You But I’m Letting Go (Pamungkas)
24. Money Honey (Dipha Barus & Monica Karina)
25. Rubber Song (Sore & Vira Talisa)
26. Labirin (Tulus)
27. It’s Amazing (Rahmania Astrini)
28. Capone (Jevin Julian & A Nayaka)
29. Jingga (Fatin)
30. She – On & On (Emir Hermono, A Nayaka & Rayi Putra)
31. Love Will Stay (GAC)
32. So In Love (Marion Jola)
33. Tunggu Apa Lagi (Lalahuta)
34. Lelah (Radhini)
35. Heaven (Afgan, Isyana Sarasvati & Rendy Pandugo)
36. Padi Milik Rakyat (Feast.)
37. Dari Seberang (Mondo Gascaro)
38. Bitterlove (Ardhito Pramono)
39. Burgundy (Pijar)
40. Sour (Elephant Kind)
41. Tanpa Tergesa (Juicy Luicy)
42. Izinkan Aku (Aldwin Dinata)
43. Imajinasi (Titi DJ)
44. Ikebana (Anomalyst)
45. Crazy Over You (Rinni Wulandri)
46. Indah Bagimu, Indah Bagiku (Bagas Zaki)
47. Menari (Rizky Febian)
48. And Time Froze (Duara)
49. Something About Us (Rayssa Dynta)
50. Berani Bermimpi (Abirama)
ARTIKEL BERKAITAN
#502018 Seputar Muzik Malaysia 2018 & Senarai Lengkap 50 Rilis Terbaik