Pasaran lagu-lagu Raya semakin rancak tahun ini dengan rilis-rilis terkini yang menyatukan ilham Pop dengan muzik tradisi Raya yang penuh nostalgia.

Lagu: Ketipak Ketipung Raya
Artis: Aisha Retno / Aziz Harun
Komposer / Lirik: Aisha Retno / Aziz Harun / Glowrush
Verdik: 9 / 10
Dua genius Pop masa kini dalam sebuah persembahan paling catchy, mengikat dan fun. “Ketipak Ketipung Raya” sebuah penyatuan muzik moden dan melodi tradisi raya yang diramu dengan cukup menghiburkan. Biar hanya dalam durasi kurang 3 minit lagu ini cukup formulanya untuk menjadi the brand new raya classic yang akan didengar berganti generasi pastinya.

Lagu: Alamak Raya Lagi
Artis: De Fam
Komposer / Lirik: Awan / Ja’a / Mage / Sophia Liana
Verdik: 8.8 / 10
Sebuah lagi lagu raya yang bakal meneruskan kelangsungan penghasilan Pop Raya moden seperti “Raya Raya Raya” (Dolla) dan “Pejam Celik Raya” (Iman Troye). Lagu ini menjerat dengan sekali pendengaran. Korusnya adalah killer utama. Awan, Mage, Ja’a dan Sophia Liana bijak dalam mencari satu formula tepat menghasilkan lagu raya. Melodi yang simple, hook pada korus dan lirik yang mudah dihafal. Persembahan lagu raya begini benar-benar memberi pentafsiran mood raya era kini.

Lagu: Hari Raya Romantis
Artis: NAKI
Komposer / Lirik: NAKI / Darian Sebastian
Verdik: 9 / 10
NAKI menzahirkan sebuah ilham romantis raya dengan dengan begitu flawless sekali. Melodinya cukup menyenangkan, sedap didengar dengan feel serta persembahan vokal NaKI yang soothing. Persembahan keseluruhannya memberi mood berbeza dalam menikmati sebuah lagu raya. Kisahnya lari daripada tipikal cerita raya namun masih bergerak atas kehendak situasi yang sering terjadi di musim raya.

Lagu: Ingin Pulang
Artis: Amir Jahari
Komposer / Lirik: Amir Jahari
Verdik: 9 / 10
Persembahan muzik Amir Jahari jarang gagal dalam memberi feel yang baik dalam menikmati karya-karyanya. “Ingin Pulang” terhasil santai dan bersahaja dengan persembahan melodi simple dan penulisan lirik yang tidak sukar diikuti. “Aku rindukan // Saat pertemuan kita di desa penuh gelak dan tawa // Aku rindukan masakan ibu // Dan senyummu // Penat lelahmu takkan ku lupa.” Lagu ini terhasil dalam sebuah persembahan dengan nilai nostalgia yang cukup tinggi.

Lagu: Raya Janji Happy
Artis: Asmidar & Aizat Amdan
Komposer / Lirik: Asmidar / Aizat Amdan
Verdik: 9 / 10
Keroncong menjadi akar penghasilan melodi lagu ini. Terhasil merdu dan menyenangkan. Lagu ini dimodenkan dengan kemasan muzik dan penulisan lirik yang lebih santai dan catchy. persembahan vokal Asmidar top notch sekalipun sekadar untuk penghasilan lagu raya. This is one of the most original and fun Raya song yang terhasil beberapa tahun kebalakangan ini.

Lagu: Raya Mana?
Artis: Nabila Razali
Komposer / Lirik: Ezra Kong
Verdik: 6.7 / 10
Penghasilan lagu ini cukup fun dan mengena dengan kemampuan Nabila Razali sebagai penyanyi. Melodi pada korusnya mudah melekat dan liriknya tidak sukar dihafal. Namun penghasilan keseluruhannya tidaklah terlalu mengujakan namun masih memiliki sound yang current untuk sebuah naskhah lagu raya. Bait “Nak balik // Nak balik Kampung // Kampung siapa dulu” akan diulang nyanyi oleh pendengar pastinya.

Lagu: Raya Kita Raya
Artis: Hael Husaini
Komposer / Lirik: Hael Husaini / Ezra Kong
Verdik: 7 / 10
Festive mood di lagu ini cukup kuat seawal ia dibuka. Cukup membangkit. Melodinya tidak sukar untuk didekati cuma kemasan muziknya agak kompleks terutama di bahagian music bridge menajdikan ia agak kedengaran kurang feel raya. Namun semakin ia berhujung lagu ini semakin terhasil baik. Sebuah lagi penghasilan dengan idea yang biasa kita dengar dalam lagu-lagu raya kolaborasi Hael dan Ezra.

Lagu: HAHAHAHari Raya
Artis: Ernie Zakri
Komposer / Lirik: Ajay Amai / Ernie Zakri / Mage
Verdik: 6.8 / 10
Lagu ini sederhana dengan ilham tipikal melodi raya yang dimodenkan dengan penghasilan penulisan lirik yang mudah diingati, melodi yang simple dan persembahan Ernie yang cheeky. Ada transisi muzik yang berbeza daripada verse ke korusnya menjadikan ilhamnya sedikit berbeza. Penghasilan keseluruhannya menarik namun perlu menikmatinya berulang kali untuk benar-benar pendengar enjoy.

Lagu: Macam Dulu-Dulu
Artis: Marsha & Khai Bahar
Komposer / Lirik: Audi Mok / Shazee
Verdik: 7 / 10
Feel retro di lagu ini terhasil cukup fun dan bersahaja. Formula lagu raya begini lari sedikit daripada ilham muzi Joget dan Zapin dalam kebanyakan lagu raya yang terhasil namun masih kuat ramuan dan elemen nostalgianya. Sebuah lagi lagu raya yang berjaya dihasilkan dengan korus yang ada hook tersendiri dan mudah diingati.

Lagu: Santai Raya
Artis: Faizal Tahir & Naqiu
Komposer / Lirik: Faizal Tahir / Ezra Kong / Glowrush
Verdik: 8 / 10
Santai versi raya hadir lebih lively dan seronok dinikmati terutama korusnya yang diubah liriknya dengan cukup mengena sekali dengan feel raya. Penghasilannya enjoyable dan berjaya menghidupkan suasana raya itu sendiri. Kekuatan pada korusnya akan terus mengikat pendengar tidak kiralah versi asal atau versi raya ini.

Lagu: Jalan-Jalan Hari Raya
Artis: Aina Abdul
Komposer / Lirik: Aina Abdul / Ezra Kong
Verdik: 5.6 / 10
Sebuah lagi lagu yang datang dengan formula Ezra Kong yang biasa kita dengar. Melodinya sedap seperti biasa namun masih tiada faktor untuk ulang dengar lagu ini berkali-kali seperti “Ketipak Ketipung Raya” dan “Alamak Raya Lagi” yang ada formula baru, lebih segar dan current penghasilannya. Namun lagu ini masih okey untuk dinikmati sebagai pengisian yang mampu menambah mood raya.

Lagu: Lebaran Mulia
Artis: Suki Low
Komposer / Lirik: Aden King / Mas Dewangga / Jova Devito / Sang Hitam / Suki Low
Verdik: 5 / 10
Lagu yang terhasil agak kompleks dan kurang memikat melodinya. Kemasan muzik EDM di lagu ini juga kedengaran agak bising dan melelahkan. Mungkin jika bukan naskhah lagu raya ia ok cuma untuk penghasilan lagu raya seharusnya tuntutan feel nostalgia dan simple catchy chorus itu perlu ada.

Lagu: S.H.R.U.S
Artis: Sissy Imann
Komposer / Lirik: Sissy Imann
Verdik: 4.5 / 10
Lagu ini terhasil okey-okey sahaja, feel baru dan current agak tidak dirasai. Daya pengikatnya juga tidak begitu menarik pendengaran namun ada usaha dalam memberi suntikan berbeza di kemasan muziknya. Not bad namun tiada faktor ulang dengar.

Lagu: Raya di Rumah Dinda
Artis: XPOSE & Dina Nadzir
Komposer / Lirik: XPOSE
Verdik: 6.8 / 10
Ilham Zapin yang meneruskan idea yang banyak dalam penghasilan lagu-lagu raya. Kolaborasi Dina dan XPOSE ini terhasil cukup fun dan ada daya pengikat yang cukup baik. Penceritaan dalam liriknya juga tidaklah klise. Melodinya mudah didekati dan persembahan keseluruhannya begitu menghiburkan. Ada feel lagu-lagu Zapin dalam ilham komedi rakyat persembahan kumpulan Senario.
ARTIKEL BERKAITAN