
Artis: Ella & Friends
Komposer & Lirik: Wah Idris / David Gates / Habsah Hassan
Produser: Helen Yap
Setelah 22 tahun usia Standing In The Eyes of the World yang awal diedarkan pada tahun 1998 bersempena Sukan Komanwel ke-16 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Lagu ini dipilih kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi menyambut Hari Kemerdekaan AS.
Lagu asal ciptaan Datuk Wah Idris yang dihasilkan bersama penyanyi dari AS, Bread iaitu David Gates dan Habsah Hassan ini diberi nafas baru oleh komposer Helen Yap.
Selain Ella, antara mereka yang terbabit ialah pemain gitar utama Guns N’ Roses, Ron Bumblefoot Thal; pemain gitar, Tony Memmel; vokalis Jazz, Gabrille Stravelli; kumpulan capella, Revoiced dan kumpulan muzik country yang dianggotai penyanyi wanita, Farewell Angelina.
Projek istimewa itu turut membabitkan pemain genderang dari Angkatan Tentera Udara AS, Band of the Pacific yang sekian lama menjadi teras utama dalam setiap sambutan 4 Julai anjuran kedutaan.
Kumpulan Band of the Pacific itu pernah membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Sarawak pada 2018 dan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 2019.
Sementara itu, Nick Lee, seorang graduan lulusan Berklee pula dipertanggungjawab menyusun lagu dan menyelaraskan artis dua negara dengan empat zon waktu yang berbeza. Selain proses mixing dan mastering lagu, Nick Lee membantu proses rakaman untuk bahagian di Malaysia.