
Lagu: Kasa Rubia
Artis: Margawatwa
Komposer / Lirik: Kimal / Fadhil
Produser: Loque
Ketika mengedarkan “Ego” pada tahun 2018, Margasatwa menjadi antara kugiran yang saya nantikan karya-karya mereka. Keluar daripada ilham biasa muzik Rock atau Indie, esen muzik mereka yang berpaksi pada ilham Folk Nusantara muzik mereka terhasil begitu nostalgik dengan lirik humanisme.
Terus bereksperimen dengan bunyian baru, Margasatwa menzahirkan sebuah melodi pembuka tahun baru menerusi single “Kasa Rubia” dengan sentuhan kemasan muzik Loque yang bertindak sebagai track producer.
Melodinya datang progression chord lagu-lagu Melayu lama dengan infusi Pop Yeh-Yeh yang minimal sebelum di minit ke 1.51 yang memberi monetum berbeza dengan riff gitar yang keras dan sekali lagi di minit 2.23 dilembutkan dengan tiupan sax yang memberi dimensi berbeza menikmati lagu ini.
Ia terhasil agak kompleks sebetulnya namun asas melodinya masih catchy dan mudah menangkap. Lagu ini bagaikan sebuah refleksi muzik 70-an / 80-an Malaysia yang dikemaskan dengan susunan muzik serta instrumentasi yang menambah warna pada penghasilan melodinya.
Dengan bantuan karakter vokal Kimal yang tersendiri menjadikan lagu ini datang dengan satu attitude berbeza. Lagu ini bergerak sebagai sebuah pemikiran dan markat sikap Margasatwa sebagai pemuzik yang sentiasa datang dengan idea serta kesungguhan.
7.5/10
ARTIKEL BERKAITAN