
Lagu: Now I Know
Artis: Kaleb J
Komposer / Lirik: Abraham Edo / Belanegara Abe / Belanegara Abimanyu
Produser: Belanegara Abe / Abraham Edo
Journey saya di katalog digital muzik Spotify berubah alih daripada satu pemuzik ke pemuzik lainnya menemukan saya pada bakat-bakat seberang yang cukup berani bermuzik dengan cara mereka sendiri. Tanpa perlu terikat dengan idea komersial pasaran semasa semata-mata.
Dan dalam perjalanan itu pendengaran saya terhenti pada seorang bakat bergelar Kaleb J yang saya lihat angka streamingnya not bad at all biar hanya siap mengedar 2 single sahaja sejak setahun ini. Dengan jumlah pendengar lebih 1.9 Juta bulanan, how come do i missed this one?
Saat verse awal lagu “Now I Know” bermain saya sudah siap terpesona dengan vokal Kaleb. Tone R&B yang dia miliki cukup heavy sekali yang jelas menunjukkan pengaruh muzik R&B nya bukan calang-calang. Fikiran saya terus membayangkan pesona Babyface, Brian McKnight dan Ne-Yo dalam persembahan vokalnya.
Bergerak menuju korus, Kaleb semakin membuat saya seronok melayani melodi yang sangat sedap terhasil dalam kemasan muzik R&B yang secukup rasa. Feel Kaleb sampai dan lagu ini benar-benar memberi refleksi 2000’s R&B dengan gaya yang cukup kekinian.
Terus-terang Kaleb antara bakat baru yang paling menawan pendengaran saya sepanjang tahun ini. Nyanyiannya cukup sempurna tanpa perlu melebih-lebih. Lagu ini boleh saja membuat dia jadi bermacam-macam stail nyanyiannya tetapi dinyanyikan secara bersahaja dengan perasaann yang tepat.
“Now I Know” antara lagu yang cukup bagus penghasilannya sepanjang tahun ini. Dan saya tidak sabar menantikan apa lagi yang bakal ditawarkan anak muda ini di masa mendatang.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Mengintai Langit Rasa Teddy Adhitya di Single “Langit Favoritku”