
Lagu: IMAN
Artis: Ismail Izzani
Komposer / Lirik: Alexander Oghenetejiri Anidi / Joe Flizzow / SonaOne
Produser: Joe Flizzow / Deekid
Ismail Izzani ketika awal mencuri perhatian dengan single “Sabar” benar-benar membuka mata pendengar tempatan dengan potensi besar yang dia miliki untuk bergerak sebagai pelapis Pop muzik tempatan yang mampu menghembus nafas segar pasaran Pop.
Hal ini ternyata sudah dia buktikan di fasa awal bermuzik dengan lagu-lagu “Bidadari”, “Demi Kita”, “Luar Biasa” dan “Berserah”. Beberapa lagu lain yang menjadi personal favorite saya adalah “Ada Cara” dan “Kembalikan” yang benar-benar memberu satu sound matang dalam muzik Ismail.
Musically (menolak cerita peribadi) Ismail sebetulnya mendahului jauh ke depan daripada segi sound, taste dan production muzik yang cemerlang selain Naim Daniel dan Andi Bernadee yang juga telah mengubah landskap Pop tempatan dengan cukup cemerlang dan forward.
Dan setelah rasminya dia merilis album perdana dua tahun silam, Ismail Izzani membuat keputusan membeku seketika dalam bidang muzik. Hal ini saya kira perlu juga untuk evolve dan tidak terburu dalam merilis lagu baru yang belum tentu percaturannya tepat.
Besama Def Jam Malaysia, Ismail menemukan sound baru yang cukup solid, dewasa dan semakin baik. Hal ini cukup jelas menerusi single terbarunya “IMAN” karya cipta Joe Flizzow bersama SonaOne dan Alexander Oghenetejiri Anidi yang mendewasakan Ismail sebagai pemuzik.
Lagu ini dihasilkan dengan kraf yang simple tetapi cukup matang. Apa yang saya maksudkan dengan matang? Tiada lagi beat sample copyright free yang biasa kita dengar di lagu-lagu awal kemunculannya bermuzik. Joe dan SonaOne benar-benar memberi satu sound yang solid untuk meninggikan standard bermuzik Ismail ke tahap yang setidaknya jauh lebih baik daripada apa yang pernah dia hasilkan sebelum ini.
Melodinya sangat catchy dan sekali lagi beat yang dihasilkan menjadi sakti utama. Saya sukakan riff gitar di tengah lagu dengan sax session yang minimal yang diselang-seli sepanjang lagu. Ilhamnya sangat mewah untuk sebuah Pop yang dihasilkan dengan cukup tastefully produced. “IMAN” saya letakkan sebagai salah lagu yang paling berevolusi tahun ini.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN