
Lagu: Cerita Kita
Artis: Insomniacks / Nabila Razali
Komposer / Lirik: Iqie / Iskandar / Danial
Produser: Johan John / Syed Azleem / Ash
Insomniacks datang ke pasaran muzik tempatan sebagai kejutan manis. Sejak single “Pulang” mencuri perhatian pendengar dengan puluhan juta strim sebelum diteruskan dengan single “Sempurna” menyambung populariti mereka sehingga hari ini.
Siap dengan beberapa single lainnya seperti “Reminisensi” dan “Igauan Malam” – Insomniacks menjadi bukti formula lagu yang simple itu juga mampu mengikat pendengar muzik semasa. Lagu-lagu mereka tidak terhasil kompleks, dalam acuan muzik Pop yang dekat dengan jiwa muda dengan lirik yang simple.
Namun untuk bergantung pada melodi yang simple sahaja mungkin akan membuatkan pendengar bosan dengan same old formula. Jadi pemasaran yang bijak harus ada dalam kembara bermuzik mereka untuk kekal dalam radar popular. Dan pabila berbicara soal pemasaran yang bijak berilah tanggungjawab ini pada pasukan Universal Music. (Lihat bagaimana Dolla dibentuk dengan pemasaran yang cemerlang).
Maka dengan kebijaksanaan yang entahkan idea siapa untuk mengendeng Nabila Razali di lagu terbaru mereka ini, boleh saya katakan sekali lagi ini pemasaran muzik yang bijak. Kerana sekali lagi lagu ini terhasil begitu simple dan tiada pun hal-hal baru yang terlalu berevolusi sebenarnya.
Namun pabila meletakkan Nabila Razali bersama Insomniacks, di situlah fungsi sebenar pemasaran dalam muzik – Kolaborasi. It is always work dalam capaian golongan pendengar yang lebih besar. Dan pabila capaian pendengar lebih besar, lagu ini akan lebih cepat diperkatakan, diperdengarkan.
“Cerita Kita” datang dengan melodi yang kalau sekali dengar tidak mengikat pendengaran saya kerana ia terlalu simple dengan lirik-lirik zaman universiti sehinggalah dinamiknya terasa di hujung lagu saat vokal Iqie memberi punch yang datang dengan momentum muzik yang baik. Vokal Nabila begitu-begitu sahajalah.
Namun sekali lagi saya mahu tekankan penghasilan “Cerita Kita” adalah strategi juga percaturan pemasaran muzik. Bagaimana mahu meneruskan hayat kedua-dua bintang Pop muda ini untuk kekal dalam radar popular. Markah penuh untuk pasukan pemasaran kedua-duanya.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN