
Lagu: Akhir Cinta
Artis: Marcell
Komposer / Lirik: Lianto Lee
Soloist Pop R&B Marcell antara penyanyi senior yang masih aktif dalam penghasilan lagu-lagu baru. Biarpun harus siap bersaing dengan generasi penyanyi yang baru itu bukan hal yang menjadi kekangan buatnya untuk terus berkaya dalam muzik. Tahun ini sahaja dia siap mengedarkan single “Miracle” bersama Alena Wu sebelum menghadirkan single Jazz “Give Me Back My Broken Heart”.
Perjalan muzik Marcell bergerak radikal sejak penghasilan “This Is Not Jazz” yang beredar di tahun 2019. Tanpa perlu bergantung dengan kehendak pasaran muzik semasa Marcell bermuzik dengan bebas sekali. Lihat sahaja bagaimana dia membentuk “Perih” yang beredar tahun serupa album Jazznya itu dihasilkan. “Perih” saya letakkan antara single terbaiknya setelah fasa baru bermuziknya itu berjalan.
Menerusi single itu saya kira Marcell sudah mahu menjalani spektrum muzik yang baru. Lari terus daripada tipikal Balada “Semusim” mahupun “Takkan Terganti”. Terkini bersama komposer Lianto Lee, Marcell hadir dengan Balada yang datang dengan suntikan muzik 80-an dan 90-an menerusi lagu “Akhir Cinta”.
Lagu ini hadir dalam persembahan serupa yang pernah dia bawakan dalam single “Perih” – terhasil cukup sederhana tetapi masih hadir dengan daya pemikat yang tersendiri. Dan dalam hal ini karakter vokal Marcell itu sendiri yang menjadi faktor utama untuk kita suka dengan lagu ini.
“Akhir Cinta” tidaklah terhasil dengan sesuatu yang baru atau berbeza untuk ia bergerak dengan sendirinya. Melodinya agak lambat untuk saya hadam, korusnya okey namun tidaklah terlalu kuat untuk menarik pendengaran dengan sekali dengar. Namun masih berbaloi untuk dinikmati.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Persembahan Jiwa & Cinta Sivia Diteruskan Menerusi EP “Camellia”