
Lagu: Jangan Menangis Cinta
Artis: Idayu
Komposer / Lirik: Mohariz Yaakup / Siti Rosmizah
Pasaran muzik runut bunyi drama bersiri masih belum lagi memperlihatkan trend penurunan. Saban masa akan ada sahaja rilis-rilis baru bersilih ganti menjadi percaturan penerbit drama televisyen untuk memikat pendengar muzik tempatan.
Hal ini ada baiknya kerana dari segi jumlah penghasilan lagu-lagu baru akan bertambah dan penambahan ini memberi lebih pilihan untuk pendengar berbeza-beza. Balada akan sentiasa menjadi percaturan terbaik dalam menarik minat pendengar.
Terkini giliran vokalis handalan Idayu kembali bertaut dalam persembahan melodi “Jangan Menangis Cinta” setelah sekian lama tidak hadir dengan naskhah lagu-lagu baru. Sebuah lagu dalam nuansa yang sangat terhasil memberi kelebihan buat vokalnya.
Lagu ciptaan Mohariz Yaacob dengan tulisan lirik Siti Rosmizah ini dikemaskan susunan muziknya oleh Riddydoodie yang menyuntik kesederhanaan yang sangat diperlukan dalam penghasilan Balada agar ia tidak terhasil berlebih-lebihan.
Emosi Idayu juga terkawal dalam persembahan vokalnya yang cukup solid, tidak lebih dan tidak kurang. Secukupnya dalam memberi apa yang patut dalam penceritaan yang disulam baik melodi, lirik dan vokalnya. Penyatuan tiga elemen penting dalam Balada agat tidak ada yang over power satu sama lain.
Hal ini sangat membuatkan “Jangan Menangis Cinta” menjadi naskhah Balada yang acceptable di pendengaran saya. Kesyahduannya tidak memerlukan Idayu terlalu menjerit-jerit di dalam lagu ini seperti kebanyakan Balada bingit yang ada di pasaran. Idayu is a smart singer. Di saat dia boleh sahaja berlebih-lebihan, dia memilih untuk memberi justice yang secukupnya buat melodi lagu ini.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN