Terkini,

Mengenal Nadin Amizah “The Addictive Cake” in Music

Rumpang yang beredar tahun lalu membawa nama Nadin Amizah ke persada segar muzik Indonesia dengan jumlah strim mencecah 2 Juta kini.

Kelembutan melodi “Rumpang” benar-benar memikat pendengan saya saat pertama mendengarnya. Ditambah dengan teks lirik puitisnya menjadikan Nadin dalam senarai one to watch tahun ini dalam lapangan muzik indonesia.

Sweet surprise mengawali tahun 2019, Nadin merilis sebuah lagi single terbarunya berjudul “Sorai” yang meneruskan nota-nota muzik folk dalam persembahan Balada yang cukup lembut dan membuai. Sorai dicipta sepenuhnya Nadin bersama produser muzik Ibnu Dian.

Nama Nadin mula diperkenalkan menerusi single “All Good” bersama produser muzik muda paling handalan hari ini, Dipha Barus. All Good diedarkan pada tahun 2017 mencuri tumpuan pasaran muzik Indonesia dengan acuan muzik EDM dan Pop semasa yang menjadi signatur muzik Dipha. Setelah itu dia muncul duet bersama Adera dalam hits 90-an “Beauty & the Beast” yang lebih menyerlah merdu suara miliknya.

Ciri khas Nadin dalam penyampaian lagu-lagunya menjadikan dia keluar dari kepompong muzik semasa yang merayaka balada tipikal dalam jaluran muzik R&B seperti kebanyakannya. “Rumpan” dan “Sorai” menjadi a good start bakat ini untuk terus menyerlah sepanjang 2019.

TRIVIA

1. Nama instagramnya @Cakecaine merupakan gabungan perkataan Cake & Coccaine – manis dan addictive yang kami simpulkan sebagai “the addictive cake” in music
2. Single “All Good” mendapat 3 nominasi AMI Awards termasuk Karya Produksi Terbaik.
3. Diperkenalkan dengan Dipha Barus menerusi followers di Instagram.
4. Bermula dengan minat terhadap Beyonce, Nadin meluaskan pendengaran muziknya ke arah lebih variasi seperti Folk dan Pop.

Terkini,

Eksplorasi Folk Monita Tahalea Menerusi “Sesaat Yang Abadi”

Pasca pernikahan Monita bersama Bayu Risa masih kami menanti-nanti karya terbarunya. Hanya sekadar single rakam ulang “Antara Kita” yang menjadi pengisian runut bunyi Aruna & Lidahnya, Monita akhirnya kembali dengan single dalam ilham Folk yang menyaksikan dia bereksplorasi dengan bunyian elektronik yang minimal.

Lagu yang dicipta sepenuhnya Monita ini merupakan kolaborasinya bersama produser muzik Indra Prakasa dalam sebuah tema muzik yang disebut scientific- romantic. Hal ini dicipta menurut Monita kerana mahu memberi kepelbagaian dalam muzik yang lebih berisi dan bereksperimentasi.

Tambah Monita lagu ini bercerita tentang sebuah ruang atau personal yang tak lepas dari ingatan. Menariknya, single “Sesaat yang Abadi” tidak hanya tersedia dalam bentuk audio, tetapi juga dirilis dalam format video klip, yang disutradarai oleh Shadtoto Prasetio. Single ini juga telah tersedia dalam semua digital platform dari tanggal 28 Desember 2018 lalu.

Highlight, Review, Terkini,

‪Mengintip Pasaran Urban Penuh Sensual KLAV x Rizkia Larasti Menerusi EP Basic. ‬

Menjejak kreativiti pemuzik muda Indonesia, menemukan saya dengan sosok muda dewi bergelar Keshia Aita (KLAV) dan Rizkia Larasti dalam sebuah EP lima lagu yang sebetulnya sudah beredar Februari tahun lalu dalam satu nuansa pasca Indo Pop yang cukup moden, soulful dan berevolusi.

Debut EP ini menampilkan kesemua lagu karya cipta Keshia dibantu Rizkia Larasti dan Pradipta Ratrikala yang dibuka penuh groove menerusi lagu “Ambition, Creation”. Beat moden melatari lagu ini dengan cukup baik sekali dilatari tiupan saxophone di hujung lagu tampil ilham sensual dalam penghasilannya.

 “Lover” menjadi single perdana album ini meneruskan groove yang ada. Lagu begini mengingatkan saya pada lagu-lagu seperti Deeper & Deeper dan Little by Little dalam soundtrack “Long Vacation – CAGNET” tetapi dengan pertaruhan muzik yang lebih current.

Sensualiti dalam muzik KLAV terang sekali dalam penggunaan saxophone yang berjaya menerbitkan originality dalam setiap lagu

“You Make Me Feel Like” membuat saya semakin suka dengan duo ini. Kolaborasi mereka dalam menghasilkan sesuatu yang cukup moden, content dan tak kalah kualiti cukup membanggakan sekali.

Lima lagu dalam album ini seiring dengan beberapa lagi bakat lain seperti Rayssa Dynta contohnya yang cukup kental dalam permainan muzik bercorak urban sebegini.

Album ini ditutup dengan lagu “Been Awhile” dalam feel R&B + Soul + Jazz yang disatukan kemas dan tersusun indah tanpa terlalu mencuba dengan eksperimentasi muzik yang keterlaluan.

Jika anda mahukan sesuatu yang segar, perfect for weekend atau tentu saja untuk memulakan hari yang lebih baik, kolaborasi KLAV dan Rizkia Larasti menerusi EP Basic ini adalah jawapannya.

Review, Terkini,

“1/4” Pertaruhan Synth Pop Dalam Redup Suara Petra Sihombing

Saya mencari satu perkataan paling tepat mentafsir penghasilan album ini. Antara pengaruh John Mayer dan biasan Rendy Pandugo – saya menemukan satu kata yang tepat dalam pelayaran album berjudul 1/4 iaitu “redup” atau mungkin “teduh” kerana keseluruhan persembahan 1/4 menzahirkan dua kata tersebut dengan cukup sinonim.

Album kedua sosok singer songwriter dari kita Jakarta ini muncul 23 November lalu setelah kali terakhir dia menerbitkan album penuh pada tahun 2014 berjudul “Mine” yang lebih John Mayer di fasa “Room For Squares” dan setelah empat tahun fasa itu ditinggalkan dengan nuansa yang lebih menyenangkan, eksperimentasi muzik yang justifikasinya cukup baik sekali.

Album ini dibuka dengan trak “1992” yang cukup calm sekali penghasilan melodinya. Bercerita tentang dirinya sebagai lelaki dalam lembaran hidup yang baru. Sedap sangat lagu ini terutama di bahagian korusnya yang amat catchy sekali. Diteruskan dengan lebih groove di trak “Take It Or Leave It” dan “Masalah Dirimu” yang kembali tenang dalam pengaruh synth pop.

Groove album ini diteruskan dengan lagu seperti “Imagination” dan “Business is Better If You Mind Your Own” yang ada pengaruh acid jazz dalam riff gitar elektrik dan tiupan sexaphone.

“Kembali Sendiri” dan “Keliling Dunia” kembali lembut dan menawan dalam seruan vokal Petra yang teralu sedap bunyinya – lembut dan mendamaikan sekali. Begitu juga dengan lagu “Jawaban” yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik album ini. Sempurna dipasang saat menikmati senja di persisir pantai.

1/4 menjadi album yang saya ulang dengar berkali-kali tahun ini. Esen muzik Petra Sihombing yang dulunya kuat pengaruh akustik evolves seiring masa dan kematangannya sebagai seorang lelaki, seorang pemuzik. Album ini nyata bukan untuk semua but give it a try, dengar dua tiga kali dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.

BACA JUGA:

Freestyler Blues Cara Jason Ranti Menerusi “Akibat Pergaulan Blues”

Review, Terkini,

“Diastika – Live In Bandung” Persembahan Nota-Nota Jazz Yang Menyenangkan 

Kalendar muzik Indonesia tidak pernah kering dengan bakat-bakat muda yang mahu melakukan apa yang mereka percaya tanpa terikat kehendak pasaran muzik semasa. Nama Diastika mula mencuri tumpuan ketika single “Kesempatan” diedarkan tahun lalu. Kelembutan suara miliknya dalam soothing number tersebut menjadikan namanya meniti bibir pengamal muzik Indonesia dan penggemarnya secara am.

Setelah tampil cukup menyenangkan dengan single “Kesempatan” terkini, Diastika melancarkan album mini “Live In Bandung” menampilkan enam track yang rata-ratanya merupakan lagu yang pernah dirakamkan dalam debut Diastika (yang ketika itu menggunakan nama Dias) sekitar tahun 2016.

“Jatuh” antara all time favorite saya dalam album mini rakaman langsung ini.

Tiga rakaman langsung iaitu “Dreamer”, “Jatuh” dan “Under The Influence” dirakam di Hotel Melaka, Bandung bersama produser muzik Ari Renaldi (Tulus & Yura Yunita) dalam tempo sederhana yang cukup menyenangkan.

Clarity dalam tone vokal Diastika cukup memikat bagi saya ditambah dengan karekter nyanyian yang cukup sensual sifatnya. Persis bakat-bakat awal 2000 Indonesia seperti Shemolita, Shakila dan Reza.

Album ini turut menampilkan rakaman awal daripada album yang diedar tahun 2016 dalam penyatuan jazz dan pop yang mendamaikan. Bakat yang nyata punya masa depan cerah dalam bidang muzik.


ARTIKEL BERKAITAN

Ardhito Pramono – Jelmaan “Jamie Cullum” Dalam Feel Nusantara

Review, Terkini,

Rizky Febian Dalam “Jejak” Pop Semasa

Kemunculan awal Rizky dengan single “Kesempurnaan Cinta” memikat pendengar nusantara dengan melodi Pop catchy yang manis dan lembut sifatnya dalam korus yang cukup indah. Ia menjdi titik tolak Rizky mencuri perhatian pendengar bukan sahaja di Indonesia namun pengaruhnya cepat berlegar ke Malaysia.

Dan tanpa membuang banyak masa Rizky tampil single demi single seperti Penantian Berharga (2016), Cukup Tau (2017) serta dua single tahun ini Indah Pada Waktunya (bersama Aisyah Aziz) dan Hargai Cinta sebelum mengeluarkan album berjudul “Jejak” yang beredar di semua gedung muzik digital pada 30 November lalu.

Album ini menyenaraikan produser Pop yang menguasai carta muzik Indonesia hari ini seperti Lale Ilman Nino dan Rudi Pohang dalam menghasilkan rendisi Pop semasa yang cukup menyenangkan hasilnya.

Dibuka dengan energi “I’m Not Ready For Another Love” mid tempo dalam bait lirik cinta muda mudi. Lagu “Nona” dan “Reuni” meneruskan melodi-melodi Pop yang begitu mudah untuk diraikan pendengaran semua.

Saya lebih tertarik dengan lagu “Ragu” Lo-fi R&B dengan feel Rizky yang cukup baik sekali.

Ini trak kegemaran saya dalam album ini secara keseluruhan, begitu lembut dan mengujakan. Semua keterujaan dalam lagu ini diteruskan dalam lagu seterusnya “Pergi Menjauh” yang sedap sekali penghasilan melodinya.

Rizky menjadi semakin baik dari trak ke trak sehingga single perdana album ini “Menari” dalam nuansa Pop mid tempo. Bagai sebuah keraian pengharapan cinta yang paling indah, Menari disusun cukup cantik sekali melodinya. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali dengan bait indah “Izinkan aku jadi takdirmu…”

Mendengar album Jejak buat saya fikir formula Pop Rizky ini sebaiknya menjadi acuan muzik perdana hari ini. Tidak terlalu cheesy apa lagi lembik dengan melodi-melodi meruntun jiwa. Masih ada kesegaran dan keterkinian dalam jalinan muzik yang cukup baik sekali penghasilannya.

BACA JUGA:

Sandhy Sondoro Beautiful Soul – Persembahan Muzik Di Ruang Jiwa Yang Cukup Personal

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

#502018 Dominasi Pasaran Urban, Kebangkitan Jiwa Baru & 50 Rilis Terbaik 2018 (Indonesia)

rangkuman 50 lagu terbaik indonesia 2018

Cemerlangnya pasaran muzik Indonesia dengan penghasilan muzik penuh variasi menghasilkan lebih 60 album penuh tahun ini. Merangkumi bakat-bakat baru sehinggalah bakat senior yang masih percaya akan kuasanya muzik dalam merayakan kebudayaan dalam kehidupan.

Jaluran muzik urban memonopoli pasaran semasa dengan kebangkitan anak-anak muda yang sentiasa mahu berevolusi dalam muzik dalam cara yang cukup tersendiri. Nama Dipha Barus tentu saja mengepalai senarai dalam memberi rencah berbeza dalam pasaran muzik Indonesia selain beberapa produser muzik lainnya seperti Ari Renaldi dan Lale Ilman Nino yang cemerlang di legasi Pop.

Beberapa nama solo wanita baru yang benar-benar menarik perhatian adalah Nadin Amizah (Rumpang), Monica Karina (Skin to Skin), Diastika (Kesempatan), Rahmania Astrini (It’s Amazing), Rayssa Dynta (Something About Us) dan  tentu saja Marion Jola (Jangan & So In Love) yang benar-benar berjaya meletakkan namanya di gagasan kelas A hari ini.

ramengvrl.

Namun dalam banyak-banyak nama tersebut tentu saja perhatian harus diberikan kepada RAMENGVRL yang saya sifatkan sebagai the game changer dalam pasaran muzik Indonesia hari ini. Sosok hip-hop wanita yang paling diperhatikan sepanjang tahun ini cukup mencuri tumpuan dengan naskhah-naskhah bersifat ‘rebellious’ nya dalam rilis hebat seperti “I’m Da Man” , “Ca$hmere” , “Whatchumean” dan yang terkini baru dirilis lagu berjudul “I Am Me”

Ramengvrl menongkah arus dengan menebusi pasaran Hip-Hop di saat solo wanita lain masih senang dengan Pop semasa

Dan di barisan solo lelaki saya paling terpikat dengan nama-nama berikut; Adrian Khalif yang semakin cemerlang dengan dua single tahun ini “Merona / Flawless” dan “Take Care” juga Sal Priadi yang tampil lebih puitis dalam lagu-lagunya baladanya seperti “Ikat Aku Di Tulang Belikatmu” dan “Melebur Semesta” 

Seorang lagi sosok soloist yang terserlah adalah Ardhito Pramono yang memanipulasi muzik  konvensional Jazz dalam feel urban Pop yang cukup menyenangkan. Dua single utamanya tahun ini iaitu “Fake Optics” dan “Bitterlove” terhasil cukup lembut dan manis sekali penerbitannya. Rizky Febian cemerlang dengan album penuh perdanaya berjudul “Jejak” dengan feel good Pop menerusi single “Menari”

adrian khalif.

Begitu juga dengan Pamungkas yang tampil yakin terus menerusi album penuh “Walk The Talk” yang menampilkan hits perdananya “I Love You But I’m Letting You Go”.

Dan melengkapi senarai solo lelaki tahun ini nama Kunto Aji dengan album maha hebatnya “Mantra Mantra” telah meletakkan standard muzik Pop di Indonesia di tahap yang cukup tinggi sekali.

Penghasilan Mantra Mantra cukup cemerlang segala segi. Kunto Aji dan batalion muziknya berjaya memberikan satu warna berbeza dalam pasaran muzik Indonesia.

Bakat-bakat senior di legasi Pop seperti Krisdayanti (Satu Sayap Tertinggal), Titi DJ (Imajinasi), Melly Goeslaw (Bintang di Hati) dan Rossa (Jangan Hilangkan Dia) masih memenuhi kehendak fans mereka dengan rangkaian Pop semasa seperti apa yang biasa mereka lakukan selama ini.

Afgan semakin moden dan ke depan dengan penghasilan lagu seperti “Heaven”, “Love Again”, “Sudah” dan “Take Me Back (Menampilkan Ramengvrl)” menerusi album ulang tahun sedekadnya.

Barasuara antara kugiran yang cukup inovatif tahun ini dengan single “Guna Manusia” yang cukup eksperimental selain Payung Teduh yang tampil tanpa Is dalam album “Mendengar Suara”  dan Feast. yang tampil ilham sosio-budaya dan kritikan sosial dalam muzik yang cukup keras mesejnya menerusi album “Beberapa Orang Memaafkan”.

Keberanian pemuzik muda Indonesia menghasilkan sesuatu yang baru menambah warna dalam pasaran muziknya. Berikut 50 Rilis Terbaik Indonesia yang menjadi pilihan Muzik Kita.

1. My Kind of Crazy – Raisa & Dipha Barus
(Raisa & Dipha Barus)

Dipha Barus telah mencipta satu kosmik muzik Pop yang menghembuskan satu nafas baru muzik Indonesia ke arah yang begitu membanggakan. My Kind of Crazy antara penghasilan paling cemerlang tahun ini yang bergerak atas nilai komersil dan estetika muzik secara sejalan. Lagu ini antara rilis cukup penting pasaran muzik Indonesia tahun ini. Tastefully produced!

2. Buka Hati – Yura Yunita
(Tulus & Yura Yunita)

Yura membawa kita berlayar dalam perasaan paling jujur dalam muzik yang seseorang itu mampu hasilkan. Melodi ciptaan Tulus dalam Buka Hati ini cukup menyentuh sekali dibantu feel penyampaian Yura yang seadanya tanpa pelu merintih dalam nyanyian. Saya ulang ini adalah lagu paling jujur sekali perasaannya tahun ini.

3. Guna Manusia – Barasuara
(Gerald Situmorang & Iga Massardi)

Eksperimentasi muzik Barasuara berterusan dalam rilis perdana mereka tahun ini. Guna Manusia keras dalam synth Pop yang cukup komersil sekali penghasilannya dalam pesan masayarakat yang cukup mesra pendengaran. Produksi rakaman lagu ini antara yang nyata begitu baik tahun ini.

4. Take Care – Adrian Khalif & Cantika Abigail
(Adrian Khalif & Cantika Abigail)

Take Care saya catatkan sebagai lagu terbaik Adrian Khalif setelah dua single terawal Made in Jakarta dan Merona / Flawless diedarkan. Karya produksi Marco Steffiano ini dipadu merdua suara Adrian dan Cantika yang menyatu sempurna sekali. Adrian is one to watch, so much potential and so much love in his voice! 

5. Underwater – Rendy Pandugo
(Fredrik Haggstam, John Gustafson, Rendy Pandugo & Sebastian Lundberg)

Visi dan citarasa muzik Rendy Pandugo begitu besar sekali. Underwater menjadi bukti Rendy adalah pemuzik yang serius dan jelas dengan arah muziknya. Penerbitan single ini cukup berkelas sekali dengan penciptaan melodi yang baik, penyampaian vokal sempurna dan produksi rakaman kelas satu.

6. Ikat Aku di Tulang Belikatmu – Sal Priadi
(Derry Haudin, Mahatamtama & Sal Priadi)

Melodi Ikat Aku di Tulang Belikatmu begitu dalam sekali perasaannya. Disatukan dengan penulisan lirik cukup puitis, lagu ini berdiri sendiri tanpa perlu dibayangi jaluran muzik semasa untuk dia ke depan seiring lagu-lagu di aliran Pop semasa. Kejelasan suara Sal Priadi dalam tutur melodinya begitu baik sekali.

7. Fake Optics – Ardhito Pramono
(Ardhito Pramono)

Nuansa Jazz Ardhito Pramono dalam Fake Optics memberi nafas sedikit berbeza yang keluar dari zon Hip-Hop atau Pop semasa. Lagu ini cukup genius sekali penghasilannya dalam memberi suntikan segar Jazz dengan cara yang cukup moden dan terkini sifatnya tanpa perlu terikat dengan ilham big band yang biasa diasosiasikan dengan Jazz.

8. Sailor – GAC
(GAC & Harry Sommerdahl)

GAC membuka mata saya akan keseriusan mereka dalam muzik menerusi single Sailor ini. Lagu ini saya sifatkan antara lagu Pop terbaik Indonesia tahun ini dengan suntikan urban yang menjadikannya segar dan terkini. Lagu ini dikordinasi kemas melodi, susunan muzik dan tentu saja vokal hebat tiga bersaudara ini yang begitu merinding sekali, Cantika Abigail terutamanya.

9. CA$HMERE – Ramengvrl
(Defa Muhamad & Putri Estianti)

Seperti yang saya kata tadi, Ramengvrl is a game changer. Pasaran muziknya melawan arus solo wanita lain yang masih mahu menghasilkan Pop dan balada. Sejujurnya tidak sabar saya menantikan apa lagi yang mahu ditawarkan gadis ini di tahun 2019.

10. Rumpang – Nadin Amizah
(Nadin Amizah)

Ilham folk Nadin dalam Rumpang sebetulnya mengejutkan. Di saat dia diperkenalkan Dipha Barus menerusi single All Good saya kira dia akan menghasilkan lebih lagu bersifat R&B namun Rumpang mengubah persepsi saya terhadapnya. Melodi Rumpang terhasil indah dengan bait-bait puitis dalam penulisan liriknya. Karakter vokal Nadin juga antara yang memikat pendengaran saya terhadap single ini.

11. Topik Semalam (Kunto Aji)
12. Sesaat Yang Abadi (Monita Tahalea)
13. Harus Bahagia (Yura Yunita)
14. Jangan (Marion Jola)
15. Kesempatan (Diastika)
16. Mine (Raisa & Dipha Barus)
17. Skin To Skin (Monica Karina & Dipha Barus)
18. We Don’t Still  Water (Maudy Ayunda & Teddy Adhitya)
19. Hilang (Bam Mastro)
20. Why Would I Be (Teddy Adhitya)
21. School (A Nayaka, Laze & Emir Hermono)
22. Sudah (Afgan)
23. I Love You But I’m Letting Go (Pamungkas)
24. Money Honey (Dipha Barus & Monica Karina)
25. Rubber Song (Sore & Vira Talisa)
26. Labirin (Tulus)
27. It’s Amazing (Rahmania Astrini)
28. Capone (Jevin Julian & A Nayaka)
29. Jingga (Fatin)
30. She – On & On (Emir Hermono, A Nayaka & Rayi Putra)
31. Love Will Stay (GAC)
32. So In Love (Marion Jola)
33. Tunggu Apa Lagi (Lalahuta)
34. Lelah (Radhini)
35. Heaven (Afgan, Isyana Sarasvati & Rendy Pandugo)
36. Padi Milik Rakyat (Feast.)
37. Dari Seberang (Mondo Gascaro)
38. Bitterlove (Ardhito Pramono)
39. Burgundy (Pijar)
40. Sour (Elephant Kind)
41. Tanpa Tergesa (Juicy Luicy)
42. Izinkan Aku (Aldwin Dinata)
43. Imajinasi (Titi DJ)
44. Ikebana (Anomalyst)
45. Crazy Over You (Rinni Wulandri)
46. Indah Bagimu, Indah Bagiku (Bagas Zaki)
47. Menari (Rizky Febian)
48. And Time Froze (Duara)
49. Something About Us (Rayssa Dynta)
50. Berani Bermimpi (Abirama)


ARTIKEL BERKAITAN

#502018 Seputar Muzik Malaysia 2018 & Senarai Lengkap 50 Rilis Terbaik

Review, Terkini,

Ramuan Rock N Roll Kyoto Protocol Dalam “The Pen Is Mightier”

guilty plea single perdana album “the pen is mightier”

Pertama kali saya betul-betul mendengar Kyoto Protocol hanya ketika mereka berkolaborasi bersama Liyana Fizi menerusi single “Jelita” sekitar 2013 dan selepas itu rasanya mereka tampil dengan anthem “KL I Love You”  dan kemudian versi bahasa diedarkan pada tahun 2016 “KL I Sayang You”

Ramuan rock n roll mereka saya kira cukup authentic tanpa pengaruh Pop yang keterlaluan untuk masuk dengan pasaran massa seperti kugiran lain. Esen rock mereka saya kira jika anda bukan jenis layan rock n rolll macam saya pun rasanya tak ada masalah sangat untuk dapat feel.

Antara sebabnya saya kira sebagai orang Malaysia rasanya rencal rock n roll dah sebati sejak zaman Search dan Wings lagi sekalipun apa yang dihidangkan KP bukanlah seratus peratus serupa dengan apa yang Search atau Wings pernah beri.

Album ini dibuka sederhana dengan “Universal Rhyme” yang momentum muziknya bergerak perlahan dan menjadi rancak hingga ke hujungnya. Persis corak muzik The Stroke dan Franz Ferdinand. Momentum muzik hebat trak pertama tadi diteruskan dengan “Guilty Plea” yang terlebih awal diedarkan sebagai single perdana album ini.

“Guilty Plea” lebih catchy dengan drum beat, riff guitar yang memang boleh layan. Korusnya menjadi lebih baik dan seronok didengar. Saya sukakan pengucapan Fuad dalam menutur lirik dalam nyanyiannya. Jelas dan punya attitude. Kalau AIM masih ada saya mahu Fuad mendapat nominasi Vokal Lelaki Terbaik. This song definitely represent pasaran muzik hari ini – Masih catchy dalam ramuan rock-nya.

“One Step” dan “The End” dua trak favorite saya dalam album ini selain Guilty Plea yang punya melodi yang sedap dan mesra pendengaran. Pembukaan “The End” cukup menarik dengan bait lirik “It’s the end of your life you got nothing to hide.” “Beautiful” yang lebih relaks sifatnya.

Kyoto Protocol saya kira punya visi muzik mereka yang jelas tanpa terikat idea untuk conquer pasaran massa tetapi lebih kepada mengekalkan estetika muzik yang mereka juangkan. Album ini saya sifatkan sebagai sebuah produksi muzik yang cukup solid dan kemas penghasilannya.

#PerspektifMuzik, Terkini,

#502018 Seputar Muzik Malaysia 2018 & Senarai Lengkap 50 Rilis Terbaik

Rencana muzik tempatan tahun ini sebetulnya tidaklah terlalu berevolusi dengan penghasilan muzik yang terlalu gah tetapi masih ada ruang dipenuhi dengan anak muda yang sentiasa mahukan sesuatu yang ke depan dan current. Pasaran muzik Hip-Hop khususnya cukup menunjukkan perkembangan positif dalam meninggikan martabat muzik tempatan ke tahap yang cukup membanggakan.

Nama senior seperti Joe dan Altimet sudah selesa di kedudukan mereka dalam meneruskan kelangsungan pasaran muzik ini. Upcoming music producer seperti Alif khususnya amat membanggakan dengan penghasilan hit-hit sepanjang tahun. Bermula dengan Buat Selamanya kemudian Luar Biasa (Ismail Izzani), Sibuk (Kaka), Satu Peluang (Andi Bernande), Sampai Jadi (Joe & Alif), Sang Saka Biru (Altimet, Sonaone, Joe & Alif) dan Semua Sudah (Elizabeth Tan) – Alif mencipta satu kosmik muzik yang cukup current sekali.

Alif seperti apa yang pernah saya tulis sebelum ini (Baca Di Sini) mampu mencorak pasaran muzik tempatan ke arah yang lebih membanggakan. Jika Indonesia ada Dipha Barus saya kira kita harus bangga dengan citarasa muzik, kredibiliti dan dengan semua hasil karya yang dia sudah produce hari ini. Dan tidak salah rasanya Warner Muzik melantiknya mengepalai label “Black Hat Cat” – individu paling tepat sekali.

 

Zamaera tampil cukup meyakinkan menerusi single Z VS Z

Bakat Baru Harapan 2018

Dalam legasi Pop, terlalu ramai kiranya nama-nama baru yang tidak perlu saya sebutkan semua kerana dari segi citarasa ia bukan di par legasi yang Muzik Kita mahukan dalam menjadi wakil muzik negara. Santesh, One Avenue Band, Floor 88 atau Ara Johari terlalu domestik sifatnya dan biarlah mereka di situ selamanya.

Dalam legasi urban nama-nama seperti Airliftz, Zamaera, Kuizz, Aina Abdul, Talitha, Kaka Azraff, Lunadira mampu digilap menjadi bintang masa depan yang mampu bersinar tanpa kita rasa malu.

Gemersik suara Jamilah menerusi lagu “Imaginasi” yang diciptanya sendiri bersama Shereen Cheong antara yang paling menarik perhatian.

Entah bila agaknya kali terakhir saya mendengar alunan merdu begini tanpa perlu show off ability yang keterlaluan. Semuanya berdasar rasa dan kualiti rakaman yang cukup baik. Saya mahu melihat perkembangan karier muzik Jamilah di tahun 2019 menjadi lebih besar skalanya.

Zamaera, Aina, Kuizz dan Airliftz sudah berada di landasan yang  betul. Apa yang mereka perlukan adalah untuk terus berkarya tanpa perlu berhenti atau memikirkan apa yang pasaran semasa tempatan mahukan. Pasaran luar lebih besar untuk dikejar daripada sibuk nak masuk AJL seperti ermm tak mengapalah.

 

percaturan mengena andi bernande menerusi lagu “satu peluang”

 

Andi Bernande, Asad Motawh dan Ismail Izzani tiga bakat yang saya kira jika diberi lebih peluang mereka akan evolve seiring usia. Acuan muziknya sudah berada di percaturan yang tepat – cukup segar, modern dan current. Ada muka yang boleh dijual, pemasaran muzik yang betul dan terus terang lagu mereka not bad at all. Selain Aziz Harun yang semakin konsisten dan cemerlang.

Dua single Ismail, “Luar Biasa” dan “Bidadari” juga lagu As’ad Motawh “Percaya” sudah cukup sebetulnya. Saya paling sukakan acuan Alif buat Andi Bernande dalam “Satu Peluang”. Setidaknya pasaran muzik serta citarasa mereka lebih baik daripada Selamat Tinggal Sayang atau Di Matamu.

Good Comeback, Bad Comeback!

Gegar Vaganza seperti biasa menjadi medan untuk mengembalikan bintang-bintang lama mendapatkan landasan pemasaran yang tepat. Sarah dengan single “Semakin” antara yang cukup cemerlang di bahagian rakaman suaranya.

Liza Hanim (Mimpi) dan Aishah (Malar) antara yang nyata masih berbisa tetapi pasaran muzik mereka mungkin semakin kecil atas faktor zaman dan era yang tidak masuk dengan citarasa anak-anak muda khususnya. Tetapi penghasilan kedua-dua single ini cukup baik sebetulnya.

Dan ya, Misha Omar yang cukup menjadi sekali comeback nya dengan lagu berhantu Sampai Bila yang cukup melankolik sekali penghasilannya.

comeback yang paling menjadi dan membanggakan tahun ini

Fenomena pasaran muzik artis senior semakin kecil sebetulnya normal jika di Amerika Syarikat sekalipun. Brian Mcknight, Toni Braxton, Christina Aguilera dan Celine Dion contohnya tampil dengan lagu baru yang hanya sekadar mampu menarik perhatian penggemar sedia ada. Itu saya kira kitaran biasa pemasaran muzik yang sentiasa mahukan yang baru.

Dan bad comeback? Azharina. Saya tepuk dahi mendengar dan menonton MV “Lakar Janji” yang terlalu teruk penghasilannya. Anda dengar, tonton dan nilaikanlah sendiri. Single “Cinta Terbagi Dua” karya Julfekar buatnya jauh lebih baik berbanding lagu ini.

Kebanyakan artis kita hanya invest untuk hasilkan material baru tetapi tidak invest untuk pemasaran muzik yang lebih luas.

Hal ini yang membuatkan sesebuah comeback itu gagal terus. Elyana, Syura (comeback yang amat merugikan), Lan Kristal, Ferhad antara yang sudah mengeluarkan single baru namun gagal mendapat perhatian atas faktor pemasaran yang tidak kuat. Belajar sesuatu daripada comeback Misha Omar – Lagu yang baik, imej yang kemas, muzik video kelas satu, penampilan live yang meyakinkan.

Zaman sudah berubah dan dalam setiap perubahan itu pasti saja ada revolusi yang dicipta. Rugi jika tidak grab peluang yang ada kerana landasan terlalu luas dan semakin banyak. Jika hanya mahu senang selesa di corak pemasaran serupa maka tidak ke manalah arahnya.

Berikut 50 Rilis Terbaik tahun ini yang dipilih tanpa ada quota untuk lagu Balada atau apa saja. Lagu-lagu dipilih kerana kualiti komposisi, rakaman, listrik lirik dan potensinya untuk menjadi wakil suara ke peringkat lebih global dan membanggakan.

1. Obvious – Sonaone & Alif
(Alif & SonaOne)

Obvious meninggikan citarasa muzik tempatan. Penghasilan lagu ini cukup segala ramuannya untuk kita mendunia. Alif saya letakkan sebagai up and coming music producer yang mampu mengubah globe muzik kita lebih ke depan, bervisi dan tidak lagi ketinggalan dua puluh tahun ke belakang seperti lagu-lagu yang ada di carta JOOX.

2. Ocean – NJWA
(NJWA)

Transisi Najwa Mahiaddin ke NJWA dalam EP self-titled yang beredar tahun ini sudah cukup membuktikan kematangan juga keseriusan NJWA dalam berkarya tanpa berkompromi dengan kehendak pasaran semasa. Ocean sebuah lagu yang cukup lengkap perasaannya. And definitely one of the the best vocal performance tahun ini.

3. Debar Lembut – Salammusik
(Muhd “Payung” Irhas / Ashraaf “Salam” Azlan)

Membaca teks lirik Debar Lembut membuat saya teringatkan kembali zaman lagu-lagu  Zainal Abidin dan M.Nasir menerusi album awal mereka seperti Gamal dan Canggung Mendonan. Komposisi lagu ini dikemaskan cukup baik dengan feel yang cukup authentic dengan kualiti rakaman muzik kelas satu. People don’t do this kind of music anymore but they did dengan cukup cemerlang tanpa rasa pretencious. Terima kasih Salammusik untuk naskhah muzik paling indah tahun ini.

4. Shiver – Bunkface
(Sam)

Terus mahu kekal relevan dengan gerakan pasaran muzik global, Bunkface sentiasa berevolusi dalam muzik mereka. Dua single besar mereka tahun ini, “Shiver” dan “Apa Pun Tak Boleh” (Bersama Jeffry Din) antara naskhah muzik yang dihasilkan dengan cukup berkelas sekali.

5. Z VS Z – Zamaera
(Zamaera)

This girl is on fire! Zamaera membawa Hip-Hop tempatan ke tahap yang cukup membanggakan. All the strings and the emotion dalam Z VS Z menyatu bagai satu jiwa yang dalam sekali perasaannya. Zamaera menepis persepsi bahawa Hip-Hop itu tidak mampu menusuk rasa, Z VS Z menjadi naskhah yang cukup besar jiwanya tanpa perlu melantun nota-nota tinggi tak berarah. Good Job Z!

6. Shadow – Aina Abdul
(Aina Abdul)

Setelah beberapa single yang diedarkan sebelum ini, “Shadow’ saya kira naskhah terbaik Aina setakat ini. Lagu ini begitu kena dengan karakter vokal serta stail nyanyiannya. Aina antara bakat muda yang harus kita push untuk berada di tahap lebih jauh dan membanggakan. Power vocal miliknya begitu emas sekali. Sayang jika kita meminggirkan bakat begini.

7. Ego – Margasatwa
(Kimal)

Lama sebetulnya kita tidak diperdengarkan dengan folk pop nusantara begini. Seperti mendengar runut bunyi road movie, Margasatwa mengembalikan segala keindahan dalam muzik folk seperti mana yang pernah kita enjoy saat mendengar Kembara atau Kopratasa dulu tetapi dengan ramuan yang lebih segar dan terkini tanpa rasa basi sedetik saat pun dalam penghasilannya. Saya menantikan lebih lagi naskhah dari band ini. Lirik Ego bagi saya antara yang terbaik selepas Debar Lembut (Salammusik) dan Igauku (Mafidz).

8. Rahsia – Hafeez Mikail
(Dedeq & Malique)

Lagu ini sepatutnya menjadi benchmark ballad pop masa kini. Dedeq dan Malique menghasilkan ilham lo-fi yang cukup popular hari ini. Bakat-bakat seberang sudah banyak menuju kearah ini. Saya berharap nama-nama besar seperti Kaer, Dayang Nurfaizah atau Idayu dapat kearah muzik begini. Cukup segar dan sangat-sangat sedap penghasilan melodinya. Trak ini saya lihat seiring dengan lagu It’s You (Sezairi).

9. Layarlah Kembali – Dayang Nurfaizah
(Aubrey Suwito / Ad Samad)

Dalam legasi balada, struktur muzik Layarlah Kembali antara yang cukup kemas sekali penghasilannya. Aubrey bukan komposer biasa-biasa, dia menerbitkan satu rasa yang luar daripada apa pasaran hari ini mahukan tetapi perlukan. Bait lirik Ad Samad is everything ! Terlalu indah dan sedap sekali penulisannya. Ya, tentu saja disempurnakan vokal cemerlang Dayang Nurfaizah.

10. Sila Robek Hati Ini – Amir Jahari
(Amir Jahari)

Tampil serba baru serba matang serba hebat dalam album penuh keduanya “Siang & Malam” Amir mempertaruhkan single “Sila Robek Hati Ini” yang  jauh meninggalkan lagu-lagu lapuk di carta radio. Baca saja review lengap di pautan ini (Review album Siang & Malam)

11. Satu Peluang – Andi Bernande
12. Sibuk – Kaka X Alif
13. Sampai Bila – Misha Omar
14. Vibe – Kuizz
15. Call Me When It’s Over – Airliftz
16. Igauku – Mafidz
17. Untuk Kamu – Nastia
18. Sampai Ke Hari Tua – Aizat
19. Hana – Aziz Harun & Hana Delisha
20. Sebelum & Selepas – Estranged
21. Starfeather – Faizal Tahir
22. DJ – Salammusik
23. Jutaan Purnama – Alyah
24. Izinkanku – Adeep Nahar
25. Stereotype – AKM
26. Gita / Malam – Bayangan
27. Imaginasi – Jamilah
28. When Love Was Around – Midnight Fusic
29. Tak Pernah Hilang – Amylea X Kaer
30. Malar – Aishah
31. Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
32. Percaya – As’ad Motawh
33. Bidadari – Ismail Izzani
34. Sebenarnya – Alif Satar & Siti Nordiana
35. Percayakan Hati Kita – Hazama & Noryn Aziz
36. Semakin – Sarah
37. Guilty Plea – Kyoto Protocol
38. Apapun Tak Boleh – Bunkface X Jeffry Din
39. Oh! – Leaism
40. Ada Dalam Tiada – Nora
41. Stuck With You – Lunadira
42. Sa-Ekor Burung – Mad & Rissa
43. Nyawa & Raga – Sarah Suhairi
44. Mimpi – Liza Hanim
45. Jangan Salah Faham – Kayda
46. Material – Bahiyya Haneesa
47. Hanyut – The Impatient Sisters
48. Ragaman – Faizal Tahir
49. Bangun – Aman Ra
50. Bahagia Itu Sederhana – Cora


ARTIKEL BERKAITAN

#502018 Dominasi Pasaran Urban, Kebangkitan Jiwa Baru & 50 Rilis Terbaik 2018 (Indonesia)

Review, Terkini,

Pasca GV, Aishah Tampil “Malar” Balada Ilham Hazami

Tanpa perlu pengenalan, Aishah legenda muzik Pop tempatan yang sudah kukuh namanya dalam persada muzik tempatan. Barisan hits Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Kasih Kita, Merenung Bulan dan Cinta Beralih Arah sudah meniti bibir penggemarnya lebih dua dekad lamanya.

Kehebatannya dalam menerajui bidang Pop nusantara tidak dapat disangkal lagi dengan barisan persembahan hebat, lagu-lagu yang sentiasa menjadi siulan sekali gus menjadi idola ramai penyanyi yang menjadikannya inspirasi.

Setelah kejayaan dalam program TV Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017 dia kembali dengan naskhah Balada yang menjadi kekuatannya selama ini dengan pengalaman selama 30tahun didalam industri muzik.

Meneruskan rangkaian hits di atas, Aishah tampil dengan single “Malar” karya cipta Hazami sepenuhnya yang cukup menyentuh dengan kemampuan vokal Aishah yang cukup mempesona.

Malar adalah sebuah lagu bergenre balada yang hasil ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer terkenal, Hazami dan telah diterbitkan sepenuhnya oleh Cloudworks Entertainment. Malar menceritakan tentang Aishah yang masih kekal didalam industri sehingga kini.

Ia juga menceritakan tentang betapa kekalnya kasih sayang sesama manusia juga terhadap Pencipta. Pada 12 Disember 2018 ini, Aishah bakal melancarkan lagu dan muzik video rasmi Malar yang akan diadakan di Red Box Karaoke, The Gardens Mall. Lagu dan muzik video rasmi Malar boleh didapati didalam versi karaoke eksklusif disemua rangkaian karaoke Red Box, Red Box PLUS dan Green Box.


ARTIKEL BERKAITAN

Aishah: 3 Dekad Ranjau & Gemilang Suara Seorang Biduanita