
Lagu: Senja
Artis: Heidi Moru
Komposer / Lirik: Heidi Moru
Produser: Floralcansas
Menyaksikan perjalanan vokalis wanita tempatan yang rata-ratanya memilih jalan selamat menyanyikan Balada untuk meraih perhatian pendengar semasa sesuatu yang memenatkan sebetulnya. Saban hari ilhamnya serupa dan persembahan melodinya begitu-begitu sahajalah.
Heidi muncul sebagai wakilan penyanyi wanita yang mahu keluar daripada kepompong Balada yang tipikal dalam pasaran muzik tempatan. Ilham muziknya saya kira benar-benar melawan arus yang tersedia dalam lambakan Pop semasa dengan menzahirkan sesuatu yang lebih individuality sifatnya.
Setelah kali pertama pada tahun 2018 menerus lagu “Kata Hati” – Heidi kekal dengan jaluran muzik yang mungkin dipengaruhi elemen muzik folk dan new age dalam persembahan indie. Sehingga yang terkini dia muncul dengan lagu berjudul “Senja” ciptaan sepenuhnya Heidi.
Lagu ini sebuah melodi galau sebetulnya dalam perasaan sayu dan rindu dihasilkan cukup jelas penulisan lirik Heidi. Bait syahdunya “Di dalam sepi aku teringatkan kamu // Di dalam sepi aku takut tiada kamu.”
Saya tertarik dengan cara lagu ini diramu. Kemasan muziknya yang disela-selinya beriring efek-efek khas memberi pengalaman berbeza dalam mendengarkan bunyian muzik tempatan terutama sekali vokalis wanita. Seperti didayung leka dalam feel Heidi yang seakan mendengar Nadin Amizah.
Menikmati lagu ini di versi live nya lebih menarik. Saya menonton persembahan Heidi di Anugerah Lagu Indie menerusi lagu ini dengan feel yang lebih sampai dan intense namun masih in control tanpa berlebih-lebihan.
Bakat yang ada pada Heidi datang dengan potensi dan saya pasti banyak hal lagi yang boleh dikeluarkan dalam dirinya. Perjalanannya masih panjang dan jauh saya kira, apa yang dia perlukan adalah keseimbangan antara estetika muzik yang dia ada sekarang dengan nilai komersil untuk mengikat pendengar semasa yang skalanya lebih luas.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN