
Album: Harap Harap Emas
Artis: Adrian khALIF
Produser: SOIN / Greybox / Faishal M Fasya / Rendy Pandugo / S/EEK / Kenny Gabriel / Kamga
Adrian Khalif saya temukan menerusi kolaborasi bersama Dipha Barus menerusi single “Made in Jakarta” yang memberi satu nafas segar muzik R&B tempatan dengan sebuah persembahan yang cukup segar dihasilkan. Ketika itu juga tahunnya Dipha Barus begitu besar di pasaran muzik Indonesia dengan beberapa kolaborasi yang cuku meyakinkan saya pendengar bahwa Indonesia memiliki pelapis muzik yang cukup besar idea dan hebat penghasilannya.
Setelah itu nama Adrian Khalif saya ikuti perkembangan muziknya. Melewati alunan R&B dengan pengaruh Hip-Hop (Kanye West antara pengaruh muzik AK) disatukan dalam satu feel muzik yang cukup seimbang dalam memberi tafsiran baru muzik Pop Indonesia.
“Flawless / Merona”, “Take Care”, “Utopia”, “Alibi” dan “Khilaf” antara karya-karya awal AK yang tanpa gagal menjerat pendengaran saya. Namun lagu-lagu ini hanyalah satu permulaan untuk langkah AK bertemu satu keseimbangan dalam muziknya. R&B yang dibawakan sangat kuat dan ada hal yang hilang atau kurang untuk dia benar-benar menemukan titik puncak apa yang penggemar muzik nusantara mahukan.
Maka dengan itu, hasil kerja keras dan tuah, “Sialan” kolaborasi bersama Juicy Luicy berjaya membawa nama AK ke radar muzik semasa yang menjadikan lagu-lagunya diguna pakai berkali-kali di TikTok sehinggalah jumlah strim 147, 248, 443 Juta telah didengarkan. Magisnya dari mana? Saya kira sepastinya kerana kehadiran Mahalini di salah satu rakaman langsung lagu ini yang mengendeng Mahalini bersama.
Itulah rezeki seorang Adrian Khalif dan tanpa perlu terlalu menunggu lama untuk terus membahagiakan pendengar muzik nusantara, AK memutuskan album keduanya “HARAP-HARAP EMAS” beredar dengan focus track yang kali ini semakin bijak pemasarannya, AK membawa populariti Bernadya bersama mengemudi album ini menerusi “Asumsi”.
Sempurna itu saja yang bermain di fikiran saya saat usai mendengarkan kali pertama lagu. Awalnya ketika AK mengumumkan koaborasi ini tertanya juga di fikiran saya apa ia mampu menjadi naskhah yang menarik kerana kedua-dua mereka memiliki esen muzik yang berbeza. Namun dengan kebijaksanaan Rendy Pandugo sebagai produser muzik, keseimbangan yang sangat baik ditemukan.
“Asumsi” membuat saya benar-benar larut dalam persembahan keseluruhan. Folk Bernadya dan R&B Adrian Khalif disatukan dengan cukup sempurna menjadi satu lagu yang cukup beremosi. Liriknya menjadi killer utama. “Padahal kamu sibuk rayakan cinta barumu // Sedang aku, sibuk coba lupakanmu.” Dan back-up vokal Kamga melatari lagu ini dengan begitu sempurna sekali.
“Tidak Karuan” (Kamga) menjadi antara favorite track saya di album ini. R&B yang dihasilkan Kamga begitu sempurna membaluti kemampuan Adrian dalam persembahan lagu-lagu ini. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali sebelum meneruskan perjalanan keseluruhan album ini. Minit 2:16 sehingga ke hujung lagu ini antara pengalaman terbaik saya mendengarkan mana-mana Pop R&B Indonesia tahun ini. Dan sekali lagi vokal Kamga yang melatari lagu ini just give the best justice.
Album ini dibuka dengan lagu “Berani” yang memiliki korus yang begitu haunting. Saya tertarik pada penghasilan “Sedetik” yang lebih mellow. Piano yang membuka lagu ini sahaja sudah cukup membuat saya melayang menikmati persembahan keseluruhan lagu yang memberi satu balance yang buat album ini.
“HARAP-HARAP EMAS” turut menampilkan beberapa lagu lain yang sudah beredar awal memberi pemahaman pendengar akan arah muzik Adrian Khalif. Lagu-lagu seperti “Sialan”, “Menawan”, “Sini” dan sebuah lagu yang saya sifatkan antara lagu terbaik Adrian Khalif sepanjang kariernya iaitu “Maling” cukup membuat dia bergerak tersendiri tanpa dibayangi mana-mana bakat sedia ada.
Saya senang dengan persembahan album ini. Adrian Khalif saya kira sudah menemukan formula muzik terbaik baginya untuk terus bernadi di pasaran muzik nusantara untuk tempoh masa yang lebih lama lagi. Hits sedia ada sudah menjadi naskhah cari makannya di bidang ini dan lagu-lagu lain di album ini yang menanti masa untuk digilai akan terus memberi sebaik rezeki buatnya.
9.5/10
ARTIKEL BERKAITAN