
Lagu: Karya
Artis: Poovaa
Komposer / Lirik: Omar K, Shazee Ishak, Firdaus Rahmat
Copyright: Soul Music Production
Biar bukan baru bergerak sebagai penyanyi di Malaysia, nama Poovaa tidaklah begitu diraikan. Atas beberapa faktor antaranya, pasaran muzik urban Pop tempatan yang niche membuatkan nama Poovaa sekadar diingati sebagai salah seorang pendatang baru yang memiliki trofi Anugerah Industri Muzik 2014.
Berbekal album Inggeris berjudul “Ticket to Faketown” Poovaa mencuba mencuri perhatian peminat muzik lokal namun hasilnya tidaklah memberi impak yang total untuk dia establish sebagai penyanyi yang komersil sedangkan umum tahu dia punya capability untuk menjadi the next Jaclyn Victor ketika itu.
Setelah itu namanya semakin kelabu dalam pasaran mainstream khususnya. Kini setelah hampir sedekad bermuzik Poovaa merilis single perdana berbahasa Malaysia berjudul “Karya” yang beredar Oktober lalu.
Lagu ini saya kira solid sebagai sebuah melodi Ballad yang ada suntikan serupa kebanyakan Balada Omar K yang lain – Sumpah (Naim Daniel) dan Semesta (Syuhada) antaranya. Melodinya very straight forward dan mudah menangkap pendengaran dengan hanya sekali dua mendengar.
Feel Poovaa terkawal baik dalam persembahan suaranya namun air lagunya masih ada bahagian yang boleh dilembutkan dan hal ini yang membuatkan saya fikir Jaclyn Victor mudah memenangi hati pendengar Melayu. Lenggoknya.
Namun saya kira sangat banyak hal yang mungkin tiada di versi studio ini yang boleh diperbaiki dalam nyanyian Poovaa untuk persembahan live-nya. Untuk seorang yang jarang menyanyikan lagu Melayu saya kira kita harus beri kredit buat Poovaa. She deliver deliver this song dengan baik.
Dan jika ada hal lain yang mungkin belum terlambat untuk diubah mungkin judulnya. Perkataan “Karya” untuk sebuah naskhah cinta mungkin agak asing sebagai judul yang akan buat orang fikir dua tiga kali juga untuk mendengar.
Lirik lagu ini disusun kemas dan baik jalan ceritanya cuma judulnya sahaja yang kurang membuat saya tertarik untuk mendengar. Kalau saya tak tekan play maybe saya akan assume ini lagu tema Kraftangan or badan kreatif NGO yang ada.
Banyak kata-kata yang tertulis di lirik ini yang lebih cantik sebagai sebuah Balada – “Episod Terakhir” , “Coretan Janji” , “Lakar Cinta”, “Cuma Permainan” – boleh digunakan since semuanya terisi sebagai pengisian lirik lagu ini.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
“Ada Cara” Sebagai Lambang Kematangan Bermuzik ismail Izzani