
Album: Seandainya Masih Ada Cinta (2001)
Artis: Dayang Nurfaizah
Produser / Arranger: Boon Tan / Aubrey Suwito / Ajai / Syed ENV / Freddie Khaw / Azlan Abu Hassan
Sekitar 1995 teras Pop R&B yang dibawa Ning Baizura dan Liza Aziz menerusi dua album terbaik mereka “Teguh” dan “Hati Ini” mencipta satu landskap muzik tempatan yang baru dengan sentuhan R&B Soul pengaruh barat.
Styling dalam susunan muzik dan gaya nyanyian menjadikan memberi satu warna berbeza pasaran Pop dekitar awal 90-an dengan hadirnya dua album ini.
Meneruskan pasaran muzik yang sama, Anuar Zain dalam comeback serba barunya setelah usai fasa Kain Pelikat tampil dengan album solo perdana berjudul “Anuar” menghasilkan ilham Pop R&B yang serupa sekitar 1998.
Namun sebelum itu sebetulnya ada dua soloist lainnya seperti Casey (Seribu Impian) dan Leonard Tan (Bintang Bukannya Satu) terlebih dahulu menonjol dengan ilham muzik begini. Seandainya Masih Ada Cinta (2001) persembahan Dayang Nurfaizah menjadi sebuah lagi album penting dalam gerakan Pop R&B tempatan.
Boon Tan (individu penting di balik penerbitan Teguh dan Bila Resah) menghasilkan sebuah lagi album dalam percaturan Pop serupa yang disulami feel R&B lokal yang cukup baik sekali penghasilannya.
Maka terbitlah kerdipan bintang bernama Dayang Nurfaizah yang lebih awal mencuba memikat pasaran muzik tempatan dengan balada “Hakikat Cinta” dan “Kembalilah Sayang” menerusi sebuah album Pop R&B paling berpengaruh berjudul “Seandainya Masih Ada Cinta”.
Beredar pada Februari 2001, dalam pasaran muzik yang dimonopoli lambakan album-album Balada dari label Suria Records, SMAC berdiri dengan sendirinya mencipta satu lapangan muzik Pop dalam legasi komersil yang berjaya memanjat carta radio dan menjadi siulan penggemar lagu-lagu tempatan.
“Seandainya Masih Ada Cinta” menapilkan nama-nama besar dalam produksi muzik Pop tempatan seperti Aubrey Suwito, Ajai dan Azlan Abu Hassan yang memberi sentuhan R&B tempatan yang cukup tastefully produced.
Dibuka dengan “Sedingin Mana Cintamu” (Aubrey Suwito / Johari Teh) lagu ini terhasil cukup segar ketika ia beredar 20 tahun yang lalu. Melodi Aubrey dilagukan Dayang dengan cukup baik sekali dan sehingga hari ini saya kira ia masih satu antara karya Pop terbaik Aubrey sepanjang karier muziknya.
The evergreen track “SMAC” sentuhan melodi Ajai dengan kemasan muzik Syed ENV di lagu bagi saya adalah turning point kepada pasaran muzik Balada R&B tempatan. Persembahan lagu yang cukup orginal, melodius dan sangat diperlukan pasaran muzik ketika itu.
Allbum menjadi nadi penggerak Balada R&B yang semakin diikuti selepas itu. Naufara Yasin (Ku Bukan Milikmu Lagi) dan Shahira (Cinta Terluhur) antaranya yang cukup dekat dengan ilham album ini.
Beberapa Balada lain yang cukup baik penghasilannya di album ini adalah “Lenakan” (Aubrey Suwito), “Berserah Kasih” (Ajai) dan “Kembalilah Sayang” (Azalea). Ketiga-tiga lagu ini beredar saya kira ia tercipta cukup cemerlang penghasilannya untuk pasaran muzik ketika itu.
Melodi begini saya kira memecah standard Balada Saari Amri, Adnan Abu Hassan sehingga Azmeer ketika itu yang memonopoli pasaran semasa. Sekali gus menjadi penerus kelangsungan daripada apa yang telah dihasilkan Ning Baizura, Casey, Anuar Zain dan Liza Aziz.
“Sekali Lagi” dan “Bahagia” menjadi contoh lain yang melengkapkan album ini sebagai sebuah album Pop R&B yang cukup solid penghasilannya. Penghasilan melodi simple yang catchy, radio friendly dan moden.
Mendengar album ini setelah 20 tahun beredar tidak terasa ketinggalan muziknya. Penghasilan setiap lagu di album ini disempurnakan attitude vokal Dayang yang cukup tersendiri tanpa dibayangi penyanyi lainnya. Dan saya pasti biar untuk 20 tahun mendatang album ini masih sedap didengar, dinikmati.
ARTIKEL BERKAITAN
#RetrospektifMuzik 20 Tahun “Memori” Dalam Lipatan Sejarah Pop R&B Tempatan