
Lagu: Look At This
Artis: Dolla
Komposer / Lirik: Laurell Barker / Josefin Glennmark / Johen Gustafsson / SYA
Produser: Johen Gustafsson
Dolla berjalan dalam landskap pemasaran muzik yang cukup grand dan bermodal besar saya kira. Pelaburan meletakkan mereka untuk tampil solid sebagai sebuah girl group tempatan yang boleh dibanggakan sesuatu yang harus dipelajari banyak pasukan pemasaran muzik lainnya.
Satu demi satu single diraikan penggemar mereka menjadikan perjalanan muzik Dolla cukup menarik sekaligus memberi satu warna menarik dalam pasaran muzik tempatan secara amnya. Hal ini tentu sahaja dilaksanakan sebaiknya pasukan di belakang empat gadis ini.
Setelah tahun lalu hadir dengan single “Bad”, kolaborasi Pop bersama Naim Daniel menerusi “Lagu Paling Sedih” dan “Sudi” bersama YonnyBoii. Dolla meneruskan langkah bermuzik di tahun baru ini dengan sebuah lagi momentum muzik yang dasyat menerusi “Look At This”.
Dolla cemerlang saya kira dalam persembahan lagu yang begitu baik membaluti tenaga mereka berempat. Lagu ini bergerak laju dalam percaturan mengekalkan Dolla dalam radar popular, dinamik, energy dan vibe nya sukar untuk kita tidak menyukai hasilnya.
Liriknya juga menarik, santai dalam frasa mudah dan dekat dengan pendengaran pendengar muda pasatinya. Bait “Kau pandang di sini // Mata memerhati // But I ain’t even worried about that.” dan ia menjadi lebih cool di bait rap “Notifikasi tak pernah diam / Ku takde masa nak layan dm.”
Dolla is a national treasure saya kira sebagai pelapis muzik yang harus diraikan persembahan muzik mereka. Mungkin ya belum sempurna tetapi ruang masih sentiasa ada kerana apa yang penting muzik yang mereka bawakan berjaya meninggikan standard Pop tempatan daripada terus dirasuk lemas muzik Balada mengilai.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN